His beautiful Wife
"Along-" Kayra menegur abangnya yang santai menonton wayang di kaca televisyen itu. Emir tidak mengedahkan panggilan adiknya dia. Dia masih marah dengan gadis itu."Along maaf lah." Kayra menundukan kepalanya, tersiksa rasanya tak bercakap dengan abang sendiri. Emir menjeling sekilas, sebelum dia menarik tubuh kecil milik adiknya ke dalam pelukan.
"Aku minta maaf. But tindakan kau tu boleh mendatangkan dosa. Kesian bini aku kena tanggung dosa." Emir mengosok perlahan belakang tubuh Kayra. Kayra mencebik, dia bukan sengaja.
"Ye lah sorry lah." Kayra melepaskan pelukan abangnya.
"Mana tudung kau? Kau dah besar tau Kayra Alana tak kan nak tunggu mama bising baru reti tutup aurat tu." Kayra tersenyum-senyum dengan teguran abangnya.
"Adik tak sedia lagi lah."
"Nak tunggu disembahyangkan ker baru reti nak tutup aurat. Kita tak tau ajal kita Kayra." Tegur Emir sambil mengusap rambut adiknya, Kayra menunduk malu.
"Tapi adik masih nak enjoy mesti kalau dah pakai baju yang macam kak long guna tu tak boleh enjoy. Tak boleh nak buat apa dah."
"Islam ni indah Kayra, islam tak pernah melarang kita untuk buat perkara yang membahagiakan kita. Kau nak berbasikal, naik motor kesayangan kau pun islam tak pernah larang. Asal jangan sampai memudaratkan diri sendiri dengan orang lain. Kau kalau nak naik motor pakai lah baju yang besar jangan pakai baju yang macam kau guna sekarang ni." Emir jeda seketika.
"Baju kau ni kalau kena air habis nampak benda kat dalam tu. Kau pergi ganti sekarang, kau nak tunjuk dekat siapa kau pakai macam ni?" Emir menolak tubuh adiknya.
"Ala tak best lah along ni."
"Besyukur sikit dapat abang aku ni, tak biarkan kau kena panggang kat sana nanti." Kayra mengetap bibirnya, dia menghentak-hentak kakinya menuju ke kamar tetamu.
Apa lah nasibnya dapat 2 abang yang mulut takde insurans.
"Tuan.. psst !" Emir menoleh ke arah Dahlia yang memanggil-manggil dirinya, dia mengeluh apa lagi budak kecil ni nak?
"Kau nak apa ni?" Emir bangun lalu melangkah mendekati isterinya. Dia berpeluk tubuh memandang Dahlia seperti pencuri yang terjengket-jengket menuju ke dapur sambil memberikan signal untuk dia mengikuti.
Emir melangkah jua mengikut arahan isterinya.
"Apa kau ni?" Marah Emir. Hairan dengan tindakan isterinya itu.
"Diam boleh tak. Ikut jer lah banyak songeh." Dahlia mencebik, Emir menjulingkan matanya lalu mengikut sahaja langkah isterinya.
Sesampai mereka didapur Dahlia menoleh ke arah Emir lalu tersenyum-senyum membuatkan Emir pelik. Emir menjungkitkan sebelah keningnya.
"Tolong saya ambil tu." Dahlia menunjuk 'benda' yang berada di rak dapur itu. Emir melangkah mendekati tempat yang tunjuk oleh isterinya. Dia mengerutkan keningnya.
"Kau nak apa ni?" Emir bercekak pinggang.
"Ambil cabai tu tak sampai lah buta ker !" Marah Dahlia. Amboi dia marah-marah pulak kita yer. Emir bercekak pinggang memandang gadis itu.
YOU ARE READING
ISTERI TUAN GHIBRAN
RomanceShe is mine❞ "Tuan muda, puan buat hal lagi dia curi ayam jiran." Menjadi suami seorang gadis yang nakal memang pilihan nya namun menjaga gadis itu bukan lah sesenang yang disangkakan oleh nya. "Tuan muda tuan muda eh tak sedar ker diri tu da...