꧁DAHLIA×EMIR꧂
"Gendut-gendut si gendut anak paling nakal, bila sekolah kerjanya hanya makan. Eh betul ker lirik tu? Ah lantak lah kita buat lek wat peace."Dahlia mengangkat bahunya. Dia menyambung aktivitinya yang tergendala tadi. Mencuci pinggan yang kotor.
Dia sudah acap kali dilarang namun dia tetap degil. Dia bosan sebenarnya, suaminya sudah gerak pergi ke kerja pada awal pagi tadi. Biasalah suaminya dengan kerja mana boleh pisah.
Dia penat melayan suaminya semalam.
Aip jangan nak travel, perangai gila suaminya atau lebih tepat nya. Suaminya meminta urut dari pukul sebelas sampai pukul satu. Penat? Argh suaminya tak peduli.
Dia memang sengaja nak buli dia, Tuan tua !
"Puan udah biar aku aja beresin nya, nanti bisa-bisa tuan muda ngemarahin kami."Ujar salah satu pembantu rumah Emir. Mereka serba salah, takkan tuan rumah pula yang bersihkan rumah kan? Tapi setiap kali mereka menghalang.
Setiap kali itu juga puan muda mereka mengeleng tanda tidak setuju dengan cadangan mereka.
"Takpe bik, sikit jer ni. Korang duduk lah minum kat situ dulu. Korang mesti penat kan? Buat kerja seharian."Jawab Dahlia lembut. Jujur sesiapa sahaja yang dapat majikan yang baik seperti Dahlia, mungkin mereka akan betah untuk bekerja dibawah majikan itu.
Dah lah baik, peramah pulak tu. Memang untung.
"Ng--"
"Tuan Wildan." Mereka semua menundukkan kepala. Dahlia mengerutkan keningnya, Wildan? Siapa Wildan. Dia lantas menoleh ke arah gerangan tersebut.
Seorang jejaka yang memakai serba hitam menyapa kornea matanya, dia mempunyai aura yang dingin yang dapat dirasakan oleh sesiapa yang berhampiran dengan nya.
"Ni ker isteri abang aku?" Dingin.
"Ya T--tuan." Gagap. Mereka sungguh gerun dengan aura adik tuan muda mereka. Jika Emir mereka boleh ajak bergelak ketawa manakala dengan Wildan mereka hanya boleh menunduk akibat gerun dengan aura tersendiri yang ada pada Wildan itu.
"Mana abang aku?" Dahlia hanya menjulingkan matanya. Wat lek wat peace lah, mati tanam. Wildan menjungkitkan sebelah kening nya, Wow berani.
"Kerja lah. Ingat dia menganggur macam awak?" Bidas Dahlia. Para pekerja Emir cuak, sungguh berani puan muda mereka berkata begitu dengan Wildan. Puan muda nya tak tau ker Wildan ni berbahaya.
"Muka cantik otak ko." Wildan meninggalkan mereka semua yang terkebil-kebil memandang nya. Setelah kelibat Wildan hilang dari pandangan mata mereka, mereka mulai mendekati puan muda mereka yang masih santai menyuci pinggan itu.
"Berani nya puan." Dahlia tersenyum. Dia nak takut apa? Wildan tu bukan Allah untuk ditakutkan.
"Wat lek wat peace lah, Wildan tu baik jer cuma ada masalah kot itulah jadi macam tu." Mereka mengangguk bersetuju dengan ujaran puan muda mereka.
"Puan nak tau tak? Tuan Wildan ada-"
"Puan. Tuan muda suruh ambil awak untuk pergi ke office segera." Kening Dahlia berkerut hairan dengan arahan mengejut suaminya, namun dia hanya menganggukan mengiyakan.
YOU ARE READING
ISTERI TUAN GHIBRAN
RomanceShe is mine❞ "Tuan muda, puan buat hal lagi dia curi ayam jiran." Menjadi suami seorang gadis yang nakal memang pilihan nya namun menjaga gadis itu bukan lah sesenang yang disangkakan oleh nya. "Tuan muda tuan muda eh tak sedar ker diri tu da...