ISTERI TUAN GHIBRAN | 18

38.6K 3.6K 742
                                    

His beautiful wife

    “Jom lah !” Daus membalas dengan gelengan, gila agaknya ajak puan mudanya keluar dalam keadaan hujan deras di luar sana.

“Tak boleh puan, nanti tuan muda marah kami.”

“Tuan muda tuan muda dia dah tua lah ! Ala please jom Daus. Awak nak tengok saya mati sebab tak beli novel baru ker?” Dahlia menyantumkan kedua tanganya sambil membuat sehabis comel. Daus serba salah.

“Bukan macam tu puan. Tapi tuan muda tu kalau marah bukan boleh main-main. Silap haribulan hilang nyawa.” Sekali lagi palawaannya ditolak. Pening dia nak melayan puan mudanya ini, hyperactive.

“Takdelah tuan awak tu sayang saya.”

“Dia memang sayang puan tapi pada kami tak.” Dahlia mengigit bibir bawahnya. Tak boleh jadi ni, dia perlukan novel baru sekarang.

Okay.” Daus mengerutkan keningnya, aik tadi bukan main memujuk? Dia mengecilkan matanya memandang puan mudanya.

Ada agenda ker apa ni?

“Saya nak naik atas dulu. Bye.” Langkah Dahlia diperhatikan oleh Daus. Something wrong? Namun seketika dia mengangkat bahunya.

Mungkin betul lah, puan mudanya give-up?

Aduh perut aku sakit lah pulak.” Daus berlari ke arah tandas yang berdekatan. Akibat makan banyak kot semalam. Habis semua disumbatnya ke dalam mulut.

Dahlia perlahan-lahan melangkah ke pintu setelah kelibat Daus hilangm fuh ! Allah mudahkan urusan aku.

“Bye, pape roger.” Dahlia melangkah ke arah salah-satu kenderaan disitu lalu dengan pantas dia menyelinap masuk

Dengan lafaz bismillah dia memulakan pemanduannya. Hujan yang deras membuatkan pemandangan nya agak sedikit terhalang, dengan keadaan yang licin lagi.

Ya Allah mudahkan lah urusan ku.

Bum !

Dahlia cuak, adakah dia baru sahaja melanggar orang? Jantungnya berdegup laju. Bibirnya berpucat, badan nya bergetar hebat.

Perlahan-lahan Dahlia keluar daripada kenderaan milik suaminya itu, dia menggunakan payung untuk mengelakan tubuhnya basah akibat terkena hujan yang masih lebat bersilih ganti dengan kilat yang menyambar sesama sendiri.

Alangkah terkejutnya dia melihat seorang warga emas yang terduduk di jalan tar dan berusaha bangun. Air matanya mengalir, apa kau buat ni Dahlia.

“Makcik..” Dahlia berlari pantas ke arah wanita separuh abad itu. Dia menggunakan payung itu untuk menghalang air hujan terus menerus membasahi tubuh wanita itu.

“Saya minta maaf. Minta maaf.” Berulang-ulang kali Dahlia meminta maaf. Dia jatuh kesian melihat kuih-muih yang ingin dijual oleh makcik itu jatuh berterabur di tanah.

“Takpe cu. S–sikit jer ni. Maaf lah makcik tak nampak kereta kamu. Maaf kalau kereta kamu ada calar.” Warga tua itu berkali-kali menundukan badannya untuk meminta maaf. Dahlia menahan tubuh tua itu daripada terus menerus menunduk, ini salahnya kenapa wanita itu perlu minta maaf?

ISTERI TUAN GHIBRAN Where stories live. Discover now