His beautiful wife
"Lambat lah tuan ni! Penat lah tunggu." Dahlia menghentak-hentak kaki nya. Geram akibat tindakan sambil lewah suaminya. Dia sudah lah excited!
"Aku cekik kang leher kau ni. Sabar sikit lah, aku tengah betulkan tudung kau yang senget ni." Emir menarik-narik perlahan tudung isterinya bagi membetulkan awning isterinya yang masih senget.
"Biar lah senget. Tiada siapa pun nak tengok awning saya ni. Ish." Dahlia menolak tangan suaminya. Dia sudah penat tunggu suaminya, senget pun senget lah. Emir mendengus kasar.
Ada kang yang kena babap nanti jangan tanya kenapa. Aku lah budak ni.
Ingin sahaja Emir mengigit pipi tembam yang ikut bergoyang apabila mulut isterinya terkumat-kamit membebel. Sama jer macam tuan dia!
"Kau ni kan aku humban bagi ayam makan baru tau. Sabar sikit lah." Emir mendongakan kepala isterinya kembali. Buat sakit leher jer lah betul kan awning budak pendek ni.
"Tuan ni lah. Lambat!" Dahlia mendongakan kepalanya untuk memandang wajah Emir yang tekun mengemaskan tudungnya membuatkan jantung nya berdegup laju. Hensem lah pula encik suaminya ni roar!
"Nak cepat buat sendiri. Pergi buat."
Nak sangat cepatkan. Hah amik kau!
"Mana reti.." Dahlia meletakan dagunya di dada bidang milik Emir. Dia mana reti semua itu, selalunya suaminya yang pakaikan dia tudung.
"That's why sayang aku tolong betulkan. Ni nak jadi ultraman ker tudung tajam macam ni." Ujarnya. Dahlia menganggukan kepalanya. Dia nak jadi ultraman.
Emir menolak perlahan tubuh Dahlia. Dia membelek-belek wajah isterinya. Okey cun!
"Dah okey dah. Jom." Dahlia menganggukan kepalanya. Tapi tubuhnya masih statik berdiri ditempat yang sama. Emir menarik, Dahlia menarik kembali. Emir mengigit bibir bawahnya. Aku lah budak ni!
"Cepat lah Dahlia. Tunggu apa lagi?" Tanya nya.
"Tuan nyanyi lah lagu sikit." Emir memicit dahinya. Time ni lah baru nak menyanyi.
"Lu sekarang kalau masih mau ikut dengan wa. Lebih baik lu cepat sebelum wa takek kepala lu." Dahlia mengangkat sebelah keningnya. Wow, dah reti.. belajar dari siapa entah dia ni.
"Wow dah berani lawan wa? Lu ada berapa nyawa?" Kak long kawasan sudah mari. Dia bercekak pinggang memandang suaminya.
"Dah lah sayang nanti kita lambat." Nada Emir kedengaran merengek. Kalau tak buat macam tu sampai bila Dahlia tak berhenti. Asyik ada je akal nak menjawab.
"Tuan ni tak sweet lah." Dahlia mendengus. Dia melepaskan genggaman tangan mereka lalu dengan selamba melanggar bahu suaminya. Macam lah jalan tu sempit sangat.
Beberapa kali dia menghadiahkan jelingan kepada suaminya. Emir hanya pasrah.
Lantak kau lah sayang..
Emir mengekori isterinya daripada belakang, Langkah pendek isterinya lantas disaingi. Dia berjalan bergandingan isterinya.
Mereka bersama-sama turun ketingkat paling bawah tanpa bersuara. Masing-masing diam tanpa bunyi. Dahlia memainkan jarinya sesama sendiri, Emir pula hanya dia sambil menekan-nekan telefon bimbitnya.
YOU ARE READING
ISTERI TUAN GHIBRAN
RomanceShe is mine❞ "Tuan muda, puan buat hal lagi dia curi ayam jiran." Menjadi suami seorang gadis yang nakal memang pilihan nya namun menjaga gadis itu bukan lah sesenang yang disangkakan oleh nya. "Tuan muda tuan muda eh tak sedar ker diri tu da...