ISTERI TUAN GHIBRAN | 13

39.3K 3.3K 283
                                    

His beautiful wife

"Nak ikan yang mana cik?" Makcik yang separuh usia itu bertanya. Dahlia mengetuk bawah dagunya, masih memikir terlupa pulak dia bertanya dengan opah nya. Emir mengerutkan keningnya, tidak selesa dengan suasana dalam pasar ini.

Aku pakai punya main hensem, last-last masuk pasar jer. Hampeh betul.

"Ikan siakap ada makcik?" Tanya Dahlia, dia masih menilik-nilik semua ikan yang ada disitu. Makcik itu tersenyum lalu menganggukan kepalanya.

"Harga dia seribu lebih ker makcik?" Terbatuk-batuk makcik penjual itu, pandai nganjing budak ni. Dia hanya membalas dengan senyuman tipis bersama gelengan.

"Kalau macam tu nak 3 kilo." Jawab Dahlia tanpa banyak songeh lagi, Emir hanya diam lalu memberikan beberapa keping not 50 kepada makcik itu.

"Simpan jer baki."

"B-banyak ni." Dahlia mengelengkan kepalanya lalu menolak kembali duit yang dikembalikan oleh makcik itu. Setakat macam tu, celah gigi Emir pun tak lepas.

Bukan riak, nanti Allah marah.

"Takpe makcik sikit jer ni nak bandingkan tenaga makcik. Makcik ambil yah, beli apa yang perlu untuk kat rumah." Dahlia berkata lembut bersama senyuman yang tidak lepas dari bibirnya. Makcik itu mengeluh kesyukuran kerana dapat dipertemukan oleh dua insan yang sangat baik hati ini.

"Dah?" Emir menarik tangan isterinya menggunakan sebelah tangan lalu melangkah setelah meminta diri daripada makcik itu.

"Beli sayur lagi." Emir mengangguk, dia mengengam erat tangan isterinya sambil membetulkan topi yang berada di atas kepalanya bagi menyorokan sedikit wajahnya.

Dia menyelit, dia menarik isterinya kedada lalu dibawa menyelit sama. Dia sedaya upaya mengelakan isterinya daripada tersentuh dengan para jejaka yang berada disitu.

"Excuse me mister, take your hand off." Emir mengetap bibirnya. Dahlia yang ingin mengangkat kepalanya terhenti apabila Emir menolak kembali kepalanya untuk terus disorokkan didada jejaka itu.

Posesif.

"Upss, sorry my fault." Emir menyambung langkahnya. Dia melangkah sambil menyorokan dan sedaya upaya mengelakan kulit isterinya tersentuh dengan mana-mana ribuan manusia disitu.

"Huh, alhamdulilah." Keluh Emir setelah berjaya melepasi ribuan manusia yang masih riuh di bahagian tempat menjual ikan itu. Ni first and last aku pergi !

"Jom, kita cari sayur la-"

"Again?" Emir mengeluh.

"Tak boleh esok ker? Takpaya makan sayur lah hari ni." Pap ! Bahunya selamat dipukul oleh Dahlia, senang-senang jer cakap macam tu. Itu arahan opahnya takkan dia tak ikutkan.

"Ish, tak boleh lah tuan. Ni arahan opah, tuan pergi lah masuk kereta dulu saya nak cari kat situ. Gi lah." Emir memandang jam tangannya dan isteri nya bersilih ganti. Panas sebenarnya. Dia mengangguk.

"Aku nak masuk. Pastikan 10 minit jer kat dalam ni, kalau ada orang nak sentuh kau. Tekan jam ni." Emir memberikan seutas jam tangan berjenama kepada Dahlia. Dia memasangkan jam itu dengan berhati-hati. Takut melukai isteri tercintanya.

ISTERI TUAN GHIBRAN Where stories live. Discover now