His beautiful Wife
"NOH ROKIAH." Dahlia terbahak-bahak melihat kucingnya yang sedang memakai baju maid itu. Dia baru sahaja belikan tadi dekat 7E. Tak sangka pula dia kucingnga sangat comel memakai seperti itu.
"Puan gelakan apa ni." Erna mepangkah mendekati Dahlia yang terbahak-bahaj sendiri dibelakang dapur itu. Alangkah terkejutnya dia melihat imej kucing itu sekarang. Dengan dress nya masyallah.
Dia mengelengkan kepalanya. Puan mudanya tak buat hal satu hari tak sah. Nasib Tuan mudanya tak tau lagi ni, kalau tau.
Habis mengamuk member.
"Tengok lah cindy ni. Dah macam Rokiah dah." Dahlia memegang perutnya. Tak berhenti-henti dia gelakan kucing yang sedang memandangnya tanpa perasaan.
Meoww..
Cindy hanya pasrah mendapat tuan seperti itu.
"Kesian dia puan.." Erna tergelak kecil. Dahlia menganggukan kepalanya, betul kesian juga ibu berpantang ini. Dia membuka kembali pakaian yang dia pasangkan ketubuh kucing itu.
"Okay.. jangan marah mama dah. Mama dah tanggal dah pun." Dahlia mengusap kepala kucing itu, dia bangun dari duduknya. Jam menunjukan pukul 4petang.
Awal lagi.
Dia bergerak meliar dalam ruangan dapur itu, tudung dikepalanya dikemaskan.
"Apa aku boleh buat ni." Dahlia bergurutu sendiri. Dia benar-benar bosan, nak mengaji dia tak reti sangat mengaji. Selalunya suaminya yang mengajarkannya setelah selesai sahaja solat subuh ataupun isya'
"Maira." Tegur satu suara. Dahlia terloncat sedikit akibat teguran mengejut itu. Dia mengusap dadanya perlahan sambil menoleh ke arah suara itu. Ibu mertuanya sedang tersenyum ke arahnya.
Erk. Matanya beralih pula ke arah gadis bertudung ditepi ibu mertuanya. Gadis itu hanya memandangnya dengan pandangan yang susah untuk ditafsir. Eh macam kenal.
"Mama.." Dahlia bergerak mendekati wanita separuh abad itu lalu tunduk untuk menyalam. Tak lupa juga dia menyalam tangan gadis bertudung itu.
"Macam kenal lah." Dahlia mengerutkan keningnya. Ingin mengingati siapa gadis itu.
"Ardeena Ernea?” Gadis itu tersenyum lalu menganggukan kepalanya beberapa kali. Dahlia tersenyum, sungguh kebetulan.
“Saya lah tu kak.” Mereka saling berbalas senyuman.
“Kamu berdua kenal?” Ibu mertuanya mengerutkan kening.
“Ya kami dah kenal lama mama.” Gurau Dahlia.
“Kamu ni.” Mereka sama-sama tergelak.
Dahlia menjemput ibu mertuanya dengan gadis itu untuk duduk disofa dapur itu. Walaupun dia sangat ingin tau, apa kaitan gadis itu dengan mak mertuanya dia tetap tidak bertanya. Takut gadis itu sangkakan dia tak suka pula kehadiran dirinya dalam rumah ini.
“Besar sangat lah rumah abang ni kan mama?” Erk. Hampir tercekik Dahlia mendengar panggilan yang digunakan oleh Ernea itu. Abang?mama? Dia adik kandung suaminya?
YOU ARE READING
ISTERI TUAN GHIBRAN
RomanceShe is mine❞ "Tuan muda, puan buat hal lagi dia curi ayam jiran." Menjadi suami seorang gadis yang nakal memang pilihan nya namun menjaga gadis itu bukan lah sesenang yang disangkakan oleh nya. "Tuan muda tuan muda eh tak sedar ker diri tu da...