ISTERI TUAN GHIBRAN | 39

14.8K 1.2K 163
                                    

His beautiful wife

Dua orang saling berbalas pandangan. Tidak ada satu suara pun keluar daripada mulut mereka. Hanya suasana hening yang tinggal.

"Dah puas?" Gadis itu tersenyum sambil mengeleng.

"Nope. Aku tak akan pernah puas dalam hal ini, Elman." Ujar si gadis, sambil memainkan belati tajam. Belati tajam itu hanya dianggap hanya seperti mainan oleh si gadis, tidak sedikit pun gerun.

"Kau dah cederakan banyak pihak. Dan kau masih tak puas. Kau ni manusia ker syaitan?" Wajah si jejaka kian bengis.

"Diam Elman, kau dan aku sama sahaja. Dua-dua tak akan pernah puas dalam hal ni. Jangan berlagak kau malaikat kat sini, namun syabas. Kau dah berjaya, berjaya buat keluarga tu hampir hancur." Elman diam. Tidak membalas kata-kata gadis itu, dia membalas bukan dapat apa pun.

Lebih baik diam.

Dia lakukan semua ini bukanya saja-saja, dia lakukan semua ini untuk membalas perbuatan lelaki itu. Di sebabkan oleh Emir, adiknya meninggal dunia.

Dia akan hancurkan satu persatu. Dia ingin semua ahli keluarga ini merasakan sakit apa yang dia rasa. Jikalau boleh, dia ingin mereka lebih sakit.

Dia sudah tidak tahan melihat ibunya dan ayahnya selalu meratapi kepergiaan adiknya.

Gadis itu memandang lelaki di hadapan nya. Lelaki itu adalah rakan subahatnya. Mereka sama-sama ingin Emir dan Dahlia hancur.

Sama-sama mempunyai dendam tersendiri. Mereka mempunyai moto yang sama, ingin melihat kehancuran Dahlia dan Emir. Namun perbezaan nya Elman hanya ingin menjatuhkan Emir, dan wanita itu ingin menjatuhkan segala tentang isteri dan jejaka itu.

Dahlia adalah gadis yang pernah melanggar nya suatu ketika dahulu, namun gadis itu lah juga yang telah meninggalkan nya kesakitan di atas tar yang basah itu tanpa rasa bersalah. Kejadiaan itu hampir sahaja meragut nyawanya mujur sahaja ada yang berbaik hati menyinggah nya untuk dibawa ke hospital.

Dahlia telah mengambil semua kebahagian nya dalam secara tidak sedar, ibu Dahlia juga menjadi punca kepada penceraian ibu bapanya. Tak cukup dengan nyawa aku hampir kau ragut ibu kau pula ragut kebahagiaan ibu aku.

Kau akan melihat suami kau mati depan kau Dahlia. Kau akan rasa apa yang aku rasa, lihat orang yang kau sayang sertengah mati, mati di depan mata.

Kau akan rasa apa yang aku rasa Dahlia.

Akibat dendam semuanya rosak. Terlalu ikutkan perasaan sampai tidar sedar mereka bakal terkena tempiasnya akibat perbuatan sendiri.

"Mana puan muda kesayangan korang tu." Ujar si gadis sinis. Jelas wajahnya meluat menyebut perihal gadis kesayangan Emir itu.

"Tempat biasa." Balas Elman. Tangan nya sibuk memainkan jam tangan miliknya. Tidak memandang wajah gadis itu.

"Bagus. Senang sikit aku nak bunuh." Ujar gadis itu dengan yakin.

"Tak semudah itu babygirl. Dia telah di awasi beberapa orang bawahan Emir yang bukan senang untuk ditewaskan."

Gadis itu mendengus kasar. Takkan benda kecil pun tak boleh buat?

"Aku tau kau lebih kuat daripada orang bawahan di–"

"Wildan dan Faiq bukan orang yang mudah untuk ditewaskan. Silap hari bulan aku yang mati."

"Kenapa kau tak bawa jer perempuan tu lari tadi!"

"Sebab kau lah aku tak sempat bawa dia lari, kau hantar orang-orang bodoh tu serang rumah dia! Orang bodoh tu semua buatkan aku lambat sampai dekat kereta, semua disebabkan kau." Ujar Elman dengan nada yang tertahan.

ISTERI TUAN GHIBRAN Where stories live. Discover now