ISTERI TUAN GHIBRAN | 04

50.1K 3.6K 449
                                    

꧁DAHLIA×EMIR꧂

  Dahlia berdiri tegak dibawah pancaran matahari yang agak terik itu. Dia denda untuk berdiri di bawah panas selama 30 minit sekarang baru 10 minit dia masih mempunyai 20 minit lagi. Suaminya memang jahat, jahat !

"Awak please panas ni."Dahlia merayu. Emir hanya mengangkat bahu lalu tersenyum sinis ke arah isterinya. Siapa suruh buat hal, dia kat dalam office tu tak pernah tenang. Ada jer hal yang dibuat oleh isterinya di rumah.

"Diam kat situ." Arah Emir. Dahlia menjeling, semua salah oven. Siapa suruh rosak time dia guna, pastu sekarang dia pula disalahkan. Oven pondan !

"Jangan nak buat muka sangat, ingat comel lah tu?" Dahlia menjulingkan matanya ke atas.

"Memang comel pun, awak tak comel awak diam."

Emir bergerak melangkah mendekati isterinya, Dahlia cuak. Suaminya nak pukul dia ker apa? Semakin Dahlia mengundur semakin Emir melangkah mendekati nya.

"Saya jerit. Awak jangan dekat-dekat." Senyap.

"Saya bakar oven awak lagi."

Senyap.

"Awak nak apa ?"Marah Dahlia dia sudah berada berdekatan dengan kolam renang tika ini. Dia sudah tidak boleh mengundur, sia-sia masuk kolam nanti.

"Tudung kau kat mana?" Tanya Emir, dia mengetap bibirnya.

"Kat atas kepa-- ya Allah. A-Awak saya lupa pakai." Dahlia cuak, Emir menghelakan nafasnya kasar. Ya Allah, memang sebelum Dahlia khawin dengannya gadis itu tidak mengenakan sebarang kain pun menutup rambutnya.

Namun selepas khawin dia sudah perlahan-lahan mengajar isterinya untuk berhijab. Kerana dia sudah berjanji untuk mengubah imej dan pemakaian Dahlia kepada dua orang tua gadis itu.

"A--wak tak sengaja." Ingin sahaja Dahlia menangis tika ini, patutlah pekerja suaminya memandang nya semacam rupanya dia tidak menggunakan sebarang tudung untuk menutupi rambutnya yang  berwarna hitam pekat itu.

Emir membuka baju yang digunakan oleh nya lalu memberikan kepada isterinya. Dahlia terkejut dengan tindakan suaminya. Wuw ada roti.

"Kenapa awak bukak, nanti pekerja awak nampak lah. P--pakai balik !"Marah Dahlia sambil cuba memasangkan balik baju yang baru sahaja dilepaskan oleh suaminya.

"Cover rambut kau guna baju tu, aku tak suka orang tengok aurat kau. Aku cemburu, sebab semua yang ada pada badan kau hanya aku yang boleh tengok. Termasuk rambut ni, hanya aku. Faham sweetheart ?"Pipi Dahlia naik merah, malu dengan ujaran yang baru saja diutarakan oleh Emir.

"Blushing ker sayang?"Pipi Dahlia yang sudah sedia merah bertambah merah akibat teguran daripada Emir.

Emir ketawa melihat wajah malu-malu isterinya. Comel. Tanpa aba-aba dia merangkul tubuh kecil milik Dahlia lalu ditarik kedalam pelukan.

"Sini, sorok muka merah kau tu. Jangan bagi orang tengok muka tu aku cemburu."Bisik Emir.

Dia possisive? Who care my wife not your.

"Argh, jangan lah awak malu."Emir mengucup sekilas pipi merah Dahlia lalu melonggarkan sikit pelukannga di tubuh Dahlia.

"Ingatkan spisies monyet macam kau ni tak tahu malu, reti jugak rupanya." Ujar Emir dia membetulkan balutan baju yang tika ini sedang menutupi rambut Dahlia.

ISTERI TUAN GHIBRAN Where stories live. Discover now