His beautiful wife
"Tuan.." Suara rengekan Dahlia mulai kedengaran, Emir tidak melayan sebalik nya sibuk membetulkan butang baju melayu yang kemas terpasang ditubuh nya.
"Saya tak nak ikut." Dahlia menarik-narik hujung baju Emir. Jejaka itu masih tidak melayan nya, Dahlia ingin sahaja mengigit dada lelaki itu. Hanya itu anggota tubuh Emir yang berdekatan dengan nya. Geram kerana Emir tidak mengedahkan nya.
"Apa orang cakap nanti Dahlia kalau kau tak ikut. Majlis tu bukan majlis orang lain itu kenduri mak sedara aku." Dahlia mencebik. Memang lah itu majlis kenduri, ada dia cakap majlis bersunat ker?
Dia bukan tidak suka ikut jejaka itu berjalan kesana-kemari tapi dia agak tidak suka mulut-mulut makcik dan sepupu Emir yang lain. Dia sudah penat menelan percakapan mereka yang selalu menguris hati nya.
"Orang tak perasan punya kalau saya tak datang. Nanti kalau orang tanya saya kat mana cakap lah saya sakit." Sekali lagi alasan diberikan. Kini Emir memandang nya, mata Emir tajam memandang ke arah nya. Jejaka itu jelas tidak suka dengan alasan yang sejak dari tadi diberikan oleh si cik isteri.
Apa yang susah sangat nak ikut pun dia tidak tau. Bila di tanya Dahlia lebih suka diam daripada mengadu kepadanya.
"Pergi tukar baju kau sekarang." Bukan menerima cadangan itu malah dia mengarahkan isteri nya bertukar. Dahlia tersebik.
"Boleh lah tuan. Please.." Gelengan diterima. Dia menjatuhkan kepalanya beserta bahu, nampak nya dia tiada pilihan selain ikut. Kalau ada yang hilang gigi nanti jangan tanya kenapa.
'Bini jutawaan terkenal Emir Ghibran Iskandar atau lebih dikenali sebagai Tuan Ghibran telah menumbuk beberapa orang yang juga merupakan ahli keluarga nya sendiri'
Dahlia ketawa membayangkan perkara itu benar-benar terjadi. Emir memandang pelik ke arah nya.
"Aku bukan suruh kau gelak. Aku suruh kau tukar baju kau." Serta-merta imaginasi Dahlia hilang. Dia melangkah menuju ke almari yang besar penuh dengan baju nya, nak pakai baju apa ni?
"Tuan. Kena pakai-"
"Pakai ni." Emir memberikan satu set abaya yang sama warna dengan baju melayu nya. Suami nya nak pergi kenduri ker khawin ni? Segak semacam jer. Dahlia menyambut huluran itu.
"Tuan." Emir mendengus. Apa lagi budak ni? Aku bagi sekali kang.
"Yer sayang, kita dah lambat ni. Kau nak aku yang pakai kan kat badan kau ker kau pakai sendiri?"
"Tak reti." Adu nya, Emir mara ke arah nya. Lalu dengan selamba ingin melepaskan baju Dahlia.
"Tuan! Bukan!" Suara jeritan Dahlia kedengaran. Emir menghentikan tindakan nya, ingatkan tak reti pakai baju tadi. Kalau tak reti abe boleh tolong.
Gatal.
"Habistu tak reti apa?" Dahlia menjarakan sedikit tubuh nya dengan tubuh Emir. Dahlia memeluk tubuh nya sesama sendiri.
"Tak reti pakai tudung yang belit-belit ni. Apa nama dia ni?" Emir memandang meluat melihat Dahlia yang berpeluk tubuh itu. Macam lah aku tak pernah tengok.
"Shawl." Emir mengakui isteri nya lebih gemar memakai tudung sarung daripada memakai tudung bawal mahupun shawl. Bukan isteri nya tak pernah cuba tapi lain kejadian nya.

YOU ARE READING
ISTERI TUAN GHIBRAN
Storie d'amoreShe is mine❞ "Tuan muda, puan buat hal lagi dia curi ayam jiran." Menjadi suami seorang gadis yang nakal memang pilihan nya namun menjaga gadis itu bukan lah sesenang yang disangkakan oleh nya. "Tuan muda tuan muda eh tak sedar ker diri tu da...