"Scars of love"
Kedua belah kakinya laju berlari membelah hutan belantara tersebut seiringan dengan degupan jantung yang berimara laju.
Dup dap dup dap.
Hati ini tidak tenang.
Dia mahu lari daripada siapa? Dan kenapa?
Peluh yang bertitik dikesat kasar, lariannya masih berterusan. Entah ke mana dia tuju, dia sendiri pun tidak tahu.
Yang dia tahu, dia perlu lari secepat yang mungkin.
"Arhh!" Ranting-ranting yang bertaburan di permukaan dasar telah menghalang laluannya dan membuatkan dirinya tersadung.
Panik. Dia semakin panik tatkala bunyi itu semakin mendekat..
Dia cuba bangun namun hampa, kakinya seakan terseliuh. Terbit keluhan berat daripada ulas bibir pucatnya.
"Allah.. Lindungilah aku.." Terketar-ketar bibirnya menutur kalimah suci itu. Mata dipejamkan erat tatkala bunyi itu mulai hampir..
Jeda. Suasana seakan berhenti dan tenang sahaja. Perlahan-lahan matanya dicelikkan lalu dia memantau sekeliling.
Kosong. Dengan berbekalkan cahaya purnama, hanya kelihatan pokok-pokok dan semak-samun sahaja terdapat di sekelilingnya.
"Arhh!" Reaksi mukanya terkejut tatkala melihat 'lembaga' itu berada di hadapannya.
Takut. Dia semakin menggigil kerana dirinya direnung lama oleh makhluk itu.
Tak mungkin..
Adakah ini semua mimpi?
Tak mungkin makhluk sebegini wujud pada zaman moden ini!
"Ja-jangan.." Dia berundur perlahan tatkala makhluk itu menghampirinya.
Kepalanya digeleng-gelengkan dan mata dipejamkan erat tatkala makhluk itu berada pada jarak lebih kurang 1 meter daripadanya.
"..."
Tatkala suasana senyap seketika, matanya dicelikkan kembali dan..
"Arghh!"
"Allahuakbar.." Dadanya diurut lembut. Kenapa mimpi itu seakan benar-benar berlaku?!
"Astaghfirullah.." Rambut panjangnya diraup kasar. Dia bertenang sesaat sebelum mengerling jam di dinding.
3.45 a.m.
"Fuhh its okay Irena, its okay.. Ini semua hanya mainan tidur," dia menyedapkan hatinya sendiri.
"Tahajjud dulu la alang-alang," Irena Atesya bermonolog sendirian. Dia lekas-lekas bangun dan menuju ke bilik air.
Irena membilas wajah bersihnya di singki. Refleksinya di cermin dilihat dengan penuh teliti.
"Kenapa aku selalu mimpikan perkara yang sama?" Ujarnya kebingungan.
"Dan ini.." Leher jinjangnya disentuh lembut. Terdapat satu titik hitam kebiruan tepat-tepat pada bahagian tengah lehernya; tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
"Apa sebenarnya?" Tanda ini tersangat istimewa. Ianya hanya akan muncul apabila Irena mimpikan perkara tersebut. Selepas keesokan harinya, titik ini sudah hilang sepenuhnya.
Pada mulanya Irena beranggap bahawa titik tersebut hanya tahi lalat, tetapi mustahil tahi lalat akan hilang sekejap-sekejap. Pelik.
Pernah dirinya ingin membuat pemeriksaan di hospital tetapi doktor pula tidak percayakannya. Irena mati akal lalu membiarkannya sahaja.
Rahsia ini, biarlah dia seorang sahaja yang mengetahuinya.
Saja buat pendek werkk 😼😼 nak next chapt kasi vote banyak ii <3
Tbc | 24 April 2022.
YOU ARE READING
Mrs. Ezekiel : The Werewolf Love
Werewolf[ON-GOING] [UNEDITED] #2 Fantasy Series "Scars of love" Click read for blurb. ⚠️PLAGIAT DILARANG KERAS⚠️ Published:8 November 2021/23 January 2022/24April2022/11December. Start:24April2022. End: ©Thelesyeuxdelily 2021, 2022.