1

7.2K 437 34
                                    

"Scars of love"

"Cikgu Irena?"

"Ya?" Irena menoleh ke belakang dan memandang anak muridnya yang memanggilnya sebentar tadi. Muka mereka kelihatan cemas.

"Cikgu.." Dua orang anak murid perempuannya tercungap-cungap; penat kerana berlari.

"Ya, kenapa ni Aila? Nisha?"

"Cikgu kena ikut kami, sekarang!" Lengannya ditarik oleh Aila dan Nisha. "Eh eh kenapa ni?" Irena terpinga-pinga menurut langkah anak muridnya.

Buk!

Buk!

"Kau kenapa bodoh?!" Irena menekup mulutnya dengan tangan tatkala melihat tiga orang pelajar lelaki yang berada di bawah tangga tersebut sedang bertumbuk dengan seorang pelajar lelaki yang lain. Maknanya tiga orang lawan seorang, ish ish budak zaman sekarang..

"Hey! Amirul, Firhad, Izwan! Apa nak jadi dengan korang ni?" Irena menghampiri mereka dan mula membebel.

"Jantan sial ni yang mula dulu! Entah daripada mana muncul! Hak tuih!" Izwan meludahkan air liurnya. Dia tercungap-cungap marah. Mukanya sudah lebam.

Buk!

Buk!

"Hey stop! Awak ni memang nak jadi samseng ke haa?!" Irena cuba meleraikan pergaduhan antara Izwan dengan seorang pelajar tersebut. Dia tak cam siapa pelajar ini, seperti budak baru sahaja.

"Bodoh!" Carut Izwan. Amirul dan Firhad cuba memukulnya lagi tapi hampa, lelaki ini benar-benar kuat! Daripada tadi mereka bertumbuk, hanya mereka bertiga sahaja yang cedera. Lelaki ini pula kelihatan biasa saja.

"Woi! Kau ni dah kenapa? Nak bunuh anak orang ke?!" Tempik Irena dengan kuat. Sungguh budak ini sudah melampau! Izwan sudahpun terkulai lemah; tak mampu untuk melawan lagi.

"Arhh!" Tatkala Irena cuba menarik tubuh lelaki itu, dirinya pula ditolak kuat oleh lelaki tersebut hingga terjatuh. "Auw.." Irena mendesis perlahan.

"Cikgu!" Aila dan Nisha pantas menghampiri gurunya. "Cikgu okay?"

"O-okay.." Irena merenung tajam lelaki tersebut yang sudah mendiamkan diri. Tahu pun nak berhenti! Ke nak tunggu anak orang mampus dulu baru nak berhenti?

Masalah betul pelajar ni.

"Puas hati kau? Bodoh!" Buk! Amirul menumbuk lelaki tersebut. Selepas beberapa ketika, dia beredar pergi daripada situ seperti tiada apa yang terjadi. Mukanya hanya memaparkan riak wajah yang kosong.

"Cikgu.." Aila dan Nisha menolongnya untuk bangkit berdiri. "Cepat bawa Izwan ke hospital, nanti cikgu call." Mereka mengangguk. Irena mengambil telefon bimbitnya.

■■■

"Siapa lelaki tu?" Tanya Mira, kawan sekerjanya yang merupakan guru subjek Bahasa Inggeris.

"Aku tak tahu, macam budak baru." Jawab Irena dengan nada penat.

Sudah 3 jam selepas perkara itu berlalu, Izwan, Amirul dan Firhad berada di hospital untuk menerima rawatan.

Dia pula berada di bilik guru lagi. Pinggangnya berasa lenguh dan masih lagi sakit. Awalnya ketika terjatuh tadi, dia tidak rasa apa-apa namun selepas 30 minit, pinggangnya sudah lenguh.

Apabila dia cuba menyelak baju kurungnya di tandas tadi, terdapat kesan lebam di atas pinggulnya.

"Hm budak baru pun dah buat hal,"

Mrs. Ezekiel : The Werewolf LoveWhere stories live. Discover now