"Scars of love"
Di dalam bilik tidur...
Irena menekap mukanya dengan bantal. Hish! Dari tadi ingin tidur, sampai kesudah tak terlelap lagi matanya. Dah pukul 4 pagi, dia pun berasa mengantuk. Namun entah kenapa dia tak boleh tidur. Mungkin kerana apa yang terjadi tengah malam tadi.
Ezekiel... lelaki itu sungguh misteri. Juga rumah kediamannya yang bagaikan bertempat di alam lain. siapakah lelaki itu agaknya?
Irena kemudian bangkit dari katilnya dan melangkah ke arah meja belajarnya. Dia membuka laptop lamanya dengan tekun.
Terpapar bahagian 'chrome', Irena menaip pada papan keyboardnya.
'Majlis burung'
Irena menggeleng tatkala melihat paparan skrin laptopnya. Jari-jemarinya lincah menaip lagi.
'Majlis burung gagak'
'Majlis makan burung'
'Manusia makan burung gagak'
'Burung gagak dimakan manusia'
'Majlis air darah dan burung gagak'
Irena mengusutkan rambutnya perlahan. Semua yang dicarinya tiada apa-apa maklumat penting. "Apa benda nama majlis tu agaknya, huh? Adui..."
Hampir beberapa minit mengelamun, Irena mengambil keputusan untuk tidur sahaja. "Lantak dia lah, aku nak tidur."
"Rena..." Irena menoleh ke tepi kanannya. Apangkah terkejut tatkala dia melihat susuk tubuh yang sangat dikenalinya. "Nenek..." panggilnya perlahan.
Neneknya kelihatan berjalan perlahan-lahan mendekati katilnya. Irena berkerut kening tatkala sepasang tangan tua tersebut menghulurkannya sebuah kotak segi empat.
Irena menyambut huluran tersebut tanpa menyoal apa-apa namun wajahnya sudah berkerut seribu. Kotak apa ni?
"Apa ni, nenek?" Irena menundukkan pandangan sesaat untuk meneliti kotak tersebut.
"Nenek..." Irena mengangkat wajah dan semakin berkerut apabila melihat tiada sesiapapun yang berada di hadapannya saat ini. "Nenek?!" Dia mencari-cari namun hanya dirinya seorang sahaja yang berada di dalam bilik ini.
Irena memandang kotak tadi dengan penuh tanda tanya. Kotak tersebut tidak besar dan tidak juga kecil. Hanya sedang-sedang. Ia berwarna koko dan kelihatan sudah usang. Kotak ini juga kelihatan... antik?
Tanpa melengahkan masa lagi, Irena membuka penutup kotak tersebut. Dia menyentuh barangan yang berada di dalam kotak tersebut.
Ini barang apa? Milik siapa? Nenek ke?
Mata Irena tertumpu pada sebuah buku yang sepertinya buku diari. Buku ini juga turut kelihatan usang dan berhabuk.
Irena menyentuh permukaan kulit muka depan buku tersebut.
"55?" Hanya dua angka nombor tersebut ditulis.
"Buku apa 55?" Irena ingin menyelak buku tersebut namun tiba-tiba kukunya mengeluarkan cecair darah. "Arghh!" Irena terus melempar buku tersebut secara automatik dek kerana terkejut.
Dia kini menumpukan perhatian pada kukunya yang tiba-tiba berdarah tersebut.
"Ke...kenapa..." Irena bangun berdiri dan kalut berlari ke arah bilik air. Tangannya dibilas dengan air. Muka Irena sangat cemas saat ini.
"Arhh!!" Irena menjerit kuat tatkala melihat pantulan dirinya di dalam cermin. Buruknya aku! Berbulu lebat, bergigi tajam... macam binatang. Oh bukan macam dah ni, ini memang binatang dah ni!
YOU ARE READING
Mrs. Ezekiel : The Werewolf Love
Werewolf[ON-GOING] [UNEDITED] #2 Fantasy Series "Scars of love" Click read for blurb. ⚠️PLAGIAT DILARANG KERAS⚠️ Published:8 November 2021/23 January 2022/24April2022/11December. Start:24April2022. End: ©Thelesyeuxdelily 2021, 2022.