"Scars of love"
"Aku cakap tak nak, tak nak la." Ezekiel berpeluk tubuh. Badannya disandarkan di kabinet dapur sambil merenung Irena yang sedang mencuci pinggan di singki.
"Nak atau tak nak, awak memang kena belajar daripada ustaz, Ezekiel. Awak tak boleh paksa saya macamni," dah berbuih mulut Irena ulang benda yang sama. Namun Ezekiel juga tetap ingin melawan. Ego sangat.
"Apa beza kalau kau ajar sekalipun?"
"Tak boleh, Ezekiel. Just... tak boleh." Balas Irena. Dia yang sudah siap melakukan kerjanya melangkah keluar dari ruangan dapur. Ezekiel membuntutinya.
"Kau dah setuju..." Kini mereka sudah berada di ruang tamu. Ezekiel melabuhkan punggungnya di atas sofa manakala Irena masih lagi berdiri.
"Tolong lah faham. Saya bukan nak cabar awak, bukan juga nak permainkan awak... Tapi awak memang tak boleh belajar daripada saya. Saya cetek ilmu, Ezekiel. Saya bukan orang alim." Ezekiel menjungkit kening. Kaki disilangkan.
"Okay. Kalau susah sangat, malas lah aku." Irena terkebil-kebil perlahan. Serba-salah dibuatnya. "Ezekiel..."
"Dah la. Aku malas." Ujar Ezekiel senada dan berpaling ke arah lain. Irena menggigit bibir. "Okay la, saya ajar awak mengucap sahaja. Untuk hal lain, awak kena belajar daripada ustaz."
"Mengucap?" Dia kembali memandang Irena. "Ya. Rukun Islam ada 5 perkara, dan yang pertama sekali ialah mengucap dua kalimah syahadah."
"Teach me now." Ezekiel sudah bersiap-sedia. Irena berdehem perlahan. "Sebelum tu..."
"Kenapa?"
"Awak ikhlas?"
"Kenapa kau tanya macamtu?" Soalan dibalas soalan. "Nevermind. Awak percaya bahawa tiada tuhan selain Allah? Awak percaya bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah?" Ezekiel terdiam seketika.
"Tak."
"Then macam mana saya nak ajar awak mengucap kalau macamni..."
"Awak nak masuk Islam kerana apa sebenarnya? Kenapa awak tiba-tiba berminat nak masuk Islam?"
"Sebab aku nak kau, cikgu." Irena terkelu lidah sesaat. "A...apa maksud awak..."
"To marry you," Irena menggelengkan kepalanya laju. "Jangan buat kerja gila. Awak kena ikhlas kerana Allah, Ezekiel. Bukan kerana manusia..."
"Kau tak rasa bangga ke? Ada orang nak masuk Islam disebabkan kau, huh?"
"Enough, Ezekiel. Keluar dari rumah saya sekarang,"
"Seriously, cikgu?" Ezekiel menjungkit kening. "Yes, get out from my house."
"Kalau aku tak boleh masuk Islam, then terpaksalah aku heret kau masuk ke dalam agama aku..." Ujar Ezekiel dengan penuh ketegasan.
"No! Jangan nak merepek, Ezekiel!"
Ezekiel tergelak kecil. "I don't care. Aku cuma nak kau jadi isteri aku,"
"Saya cikgu awak, Ezekiel!!"
"Kita kat dalam sekolah ke ni? Hm?" Ezekiel mula bangkit dan mendekatinya. Irena berundur perlahan-lahan sehinggalah badannya tersandar ke dinding.
Irena menunduk tatkala sepasang lengan kekar tersebut sudahpun mengepungnya di situ. "Ezekiel..."
"Masuk dalam agama aku." Arah Ezekiel dengan penuh ketegasan. "Allahuakbar. Takkan, Ezekiel... Takkan. Walau apa yang jadi sekalipun, saya takkan tergolong dalam kalangan orang yang sesat!" Bahu Ezekiel ditolak kuat.
YOU ARE READING
Mrs. Ezekiel : The Werewolf Love
Werewolf[ON-GOING] [UNEDITED] #2 Fantasy Series "Scars of love" Click read for blurb. ⚠️PLAGIAT DILARANG KERAS⚠️ Published:8 November 2021/23 January 2022/24April2022/11December. Start:24April2022. End: ©Thelesyeuxdelily 2021, 2022.