2

6.1K 434 18
                                    

"Scars of love"

Irena mendesis perlahan sambil meletakkan krim di belakang pinggangnya. "Auw ssss.."

Sudah pukul 8 pagi, dia agak terlewat untuk pergi ke kerja hari ini. Ini pun sebab dia baru perasan ada kesan calar di pinggangnya pagi tadi.

Tiba-tiba dia teringatkan tindakan anak muridnya 2 hari lepas, takkan la setajam ini kuku dia? Heh.

Irena mengetap bibir mengingatkan ayat lelaki itu pada malam tersebut. Adakah Ezekiel seorang psikopat?

Sungguh, dia takut kalau berjumpa dengan Ezekiel di sekolah nanti. Maruahnya terasa tercalar dan dipijak-pijak oleh lelaki itu.

"Ya Allah, kau bantulah aku.."

■■■

"Beb! Kau dah okay ke?" Tanya Mira sesampai sahaja dia di dalam bilik guru tersebut.

"Okay dah," Irena senyum perlahan. "Hmm.." Irena menjungkit kening.

"Kau pahal macamtu?" Tanya Irena. "Kau tahu tak.."

"Apa?"

"Budak baru tu datang cari kau semalam, yang nama Ezekiel tu.." Kata Mira.

Irena terketap bibir. Ezekiel cari dia? Kenapa?

"Err.. Ye eh?"

"Ya,"

"Hmm takpela, nanti aku masuk kelas dia juga jap lagi." Jawab Irena.

"Oh by the way, kau dah tahu kan besok sekolah kita ada senamrobik?"

"Senamrobik?"

"Yes, pengetua kata setiap pagi hari Selasa sekolah kita akan adakan senamrobik,"

"Wah.. Bestnyaa. Alright, noted!"

"Haa okay, aku nak masuk kelas dulu."

"Okay, bye."

■■■

"Izwan, awak dah okay?" Tanya Irena tanpa gugup. Bukan dia tak perasan daripada tadi dia masuk mengajar di sini, seorang lelaki tersebut tak lepas memandangnya.

"Dah okay, cikgu. Cikgu okay?" Irena senyum lebar dan mengangguk. "Im okay, dont worry."

"Alright class, sampai disini sahaja kelas kita pada hari ini." Irena bangun dan bersedia untuk melangkah keluar. "Terima kasih, cikgu."

"Sama-sama."

Irena mengeluh kuat tatkala kunci keretanya lansung tak kelihatan di dalam begnya. Mana hilangnya kunci kereta dia?!

Macam mana nak balik kalau macamni...

"Cari apa, cikgu?" Terenjut bahu Irena. Dia menoleh ke belakang dan melihat figura lelaki itu..

Serta-merta dia menunduk dan lebih kalut mencari anak kunci keretanya di dalam beg.

"Cari apa, cikgu? Jangan sombong sangat dengan budak kecil ni.." Ujar Ezekiel sinis. Dia mendekati Irena.

Mrs. Ezekiel : The Werewolf LoveWhere stories live. Discover now