13

5.7K 236 25
                                    

"Scars of love

day by day my penulisan is tak berapa nak okay 💀 bila baca balik macam banyak tak kena hahaah so sorry lah kalau tak enjoy kita punya penulisan😂 mungkin sebab jarang menulis so ayat tak berapa nak sedap untuk dibaca.

But still, happy reading my flowers !! 🌷🖤🌷



Irena menggaru pipi kanannya sambil berkerut. Kepala tergeleng-geleng. Sesaat kemudian matanya tercelik.

Dia memandang sekeliling. Huh, tertidur rupanya di dalam bilik ini. Dia terkebil-kebil mencari kelibat puak serigala tadi. Eh, tak ada dah?

Irena perlahan-lahan bangkit dari duduknya. "Aduu..." Sakit pinggang apabila dia hanya tidur bersandar di permukaan pintu.

Irena bangun lalu merenggangkan uratnya. Dia kemudian menekan suis lampu. Irena terkejut apabila hanya dirinya seorang sahaja berada di dalam bilik ini. Mana pergi binatang tadi? Irena maju melangkah. Dia ingin 'meneroka' bilik ini.

Bilik ini boleh dikira luas juga. Di hujung sana terdapat sebuah katil dan almari. Mungkin ini bilik tetamu. Getus hati kecilnya.

Irena tiba di hadapan almari kayu yang antik. Almari tersebut sudahpun berhabuk. Dia perlahan-lahan membuka pintu almari tersebut.

"Uhuk uhukk!" Irena terbatuk-batuk tatkala membuka pintu almari tersebut. Banyaknya habuk! Irena menutup hidungnya dengan tangan.

"Oh, buku rupanya." Irena melihat buku-buku yang tersusun di dalam almari tersebut. Irena mengambil satu buku dari susunan tersebut secara perlahan-lahan.

"Buku apa ni..." aneh. Irena menyapu habuk pada permukaan kulit depan buku tersebut. "Fuh..." Irena meniup perlahan pada kawasan tersebut.

Dia menjungkit kening tatkala melihat sebuah lambang yang aneh pada permukaan tersebut.

Dengan perasaan yang ingin tahu, Irena menyelak kulit buku tersebut. Dia mengerut kening tatkala melihat tulisan yang aneh. "Ini bahasa apa?" soalnya sendirian.

Irena membelek-belek lagi buku tersebut. Semuanya bukan tulisan melayu! Tapi Irena ada perasan terdapat beberapa grafik yang digambarkan pada sesetengah muka surat.

"Serigala?"

Ada apa dengan serigala sebenarnya? Adakah Ezekiel seseorang yang membela binatang tersebut?

Ktak. Irena tersentak apabila terdengar bunyi pintu terbuka. Pantas dia meletakkan buku tersebut di dalam almari tadi.

"Apa kau buat?" Irena menutup laju pintu almari tersebut. Dia kemudian melangkah ke arah Ezekiel.

"Aku tanya..."

"Tak ada apa. Saya dah boleh keluar sekarang?" pintas Irena laju. "Jadi...kau boleh nampak almari tu?" soal Ezekiel perlahan.

Irena tercengang. Nampak ke tak? Dah besar gedabak di hadapan matanya. Takkan la tak nampak? Erk.

"Ya lah..."

"Mana?" Irena mengerut kening. "Apa awak ni? itu bukan almari awak ke?" Ezekiel tiba-tiba mencengkam kedua lengannya kuat. "Tell me... apa yang ada dalam almari tu?"

"A...awak ni kenapa... takkan awak tak nampak almari besar tu..." Ezekiel membalikkan tubuh Irena ke arah almari tadi. "Mana, tunjuk!" Terhinjut bahu Irena apabila dijerkah secara tiba-tiba.

"Tu lah..." Irena menunjukkan jari telunjuknya ke arah almari tadi. Ezekiel perlahan mengatur langkah ke arah almari tersebut.

"Where is it?"

Mrs. Ezekiel : The Werewolf LoveWhere stories live. Discover now