"Scars of love"
Irena melihat pantulannya di cermin solek. Muka yang pucat, bibir yang merekah dan juga kulit yang penuh dengan tanda merah.
"Ampunkan aku, Ya Allah..." rintihnya perlahan. Mata kembali mengeluarkan air mata.
Mengingatkan saat-saat dia menikmati setiap sentuhan daripada lelaki itu membuatkan dirinya semakin berasa berdosa.
Dia sudah tidak suci...
Dia sudah berzina.
Irena menghembuskan nafas berat. Tangan ditahan pada meja solek. Dia menundukkan wajahnya dan memejamkan matanya erat.
Ya Allah, aku buntu...
Patut ke dia berkahwin saja dengan Ezekiel? atau patut ke dia lari sejauh yang mungkin daripada lelaki itu? Tak, tak mungkin... tak mungkin dia akan dapat jauh daripada lelaki itu! Ya, Ezekiel seorang lelaki yang psikopat.
Dia hanya mengundang padah jikalau cuba ingin lari daripada Ezekiel.
Jadi, satu-satunya pilihan yang ada adalah...
Berkahwin dengan Ezekiel.
"Kenapa tak makan lagi?" Irena tersentak apabila suara garau tersebut menyapanya secara tiba-tiba. Sejak bila pula mamat ni masuk bilik ni? tak perasan pula, huh!
Irena terkebil-kebil perlahan dan melihat Ezekiel sedang berjalan ke arahnya. Irena menundukkan pandangannya. Entah kenapa dia malu pula untuk bertentang mata dengan lelaki itu.
"I'm asking you...Irena?"
"T...tak nak makan lagi," balas Irena tergagap-gagap. "Why? kau nak makan apa?" Irena laju menggelengkan kepalanya. "Huh?" Ezekiel menjungkit kening. Sesaat kemudian dia menarik senyuman senget.
"Oh, aku tahu..."
"Tak! saya tak ada selera nak makan apa-apa!" balas Irena laju. "Eh, aku tak ada cakap apa-apa pun?" Irena laju mengatup bibirnya rapat.
Ezekiel tak dapat menahan lagi lalu meletuskan tawa kecil. "Kau kenapa ni, cikgu..." bibir Irena diusap lembut. "...ke kau nak makan aku lagi, hm?"
Irena terkejut lalu ternganga kecil. Ezekiel mengambil kesempatan itu untuk memasukkan jarinya ke dalam mulut Irena lalu dibuka luas mulut Irena. Ezekiel kemudian menolak tubuhnya menyandar ke dinding. Kedua lengan mulus Irena dikunci kemas.
"Erh..."
Ezekiel tersenyum bangga tatkala melihat garisan seperti akar daun yang berwarna hitam pada permukaan lidah Irena.
Garisan itu menandakan yang Irena pernah disetubuhi olehnya. Darah dan lendir istimewanya sudah bercampur dengan darah Irena. Bila-bila masa sahaja Irena akan membawa benihnya di dalam perut.
"Aku rasa kau dah tak lama dah..." ujar Ezekiel tiba-tiba. "Tak lama apa..."
"Kau akan mengandungkan anak aku." Irena kemudian terkaku di tempatnya. Bagaikan dirinya disambar petir saat ini. "A...apa... saya akan mengandung? mana awak tahu..."
Ezekiel kemudian melepaskan Irena dan berundur selangkah. "Tapi jangan ingat aku akan lupakan saja apa yang telah kau buat..." Irena mula takut tatkala perasan akan perubahan watak lelaki itu.
"Apa maksud awak..."
"Memandangkan kau dah langgar peraturan adat perkahwinan kita, aku akan hukum kau dengan setimpal." balas Ezekiel senada.
"Awak nak buat apa lagi, Ezekiel?! tak cukup ke apa yang awak dah buat terhadap saya??" Ezekiel kembali menghampirinya lalu menggenggam rambutnya kemas. "Auww..."
YOU ARE READING
Mrs. Ezekiel : The Werewolf Love
Werewolf[ON-GOING] [UNEDITED] #2 Fantasy Series "Scars of love" Click read for blurb. ⚠️PLAGIAT DILARANG KERAS⚠️ Published:8 November 2021/23 January 2022/24April2022/11December. Start:24April2022. End: ©Thelesyeuxdelily 2021, 2022.