8

4K 240 17
                                    

Scars of love


Melangkah di laluan yang sunyi dan penuh keheningan dengan perasaan yang berkobar-kobar ingin tahu. Ingin tahu tentang apa pada tengah malam seperti sekarang ini?

Tadi ketika Irena ingin melelapkan mata, dia dikejutkan dengan bunyi yang bising. Bunyi apa pun dia sendiri tidak pasti. Yang dia dapat teka ialah bunyi... drum? Juga cengkerik-cengkerik dan burung berkicauan. Mungkin ia kedengaran biasa di waktu seperti ini tetapi malam ini bunyi haiwan tersebut sepertinya dalam jumlah yang ramai.

Ada apa-apa yang berlaku kah di rumah ini? Kerana bunyi itu kedengaran semakin lama semakin dekat. Sangat dekat.

Logikkah ada haiwan yang banyak di dalam rumah besar ini? Erk.

Tanpa mengelamun dengan lebih jauh, Irena meneruskan perjalanannya. Ke mana? Dia sendiri pun tidak tahu. Yang pasti dia mengikut arah yang mengeluarkan bunyi bising tersebut.

"Jadi..." Irena berhenti melangkah secara automatik tatkala terdengar satu suara garau menyapanya dari belakang. Dia perlahan-lahan memusingkan badannya dan menghadap gerangan tersebut.

"...Kau lah mangsa baru dia?" Irena memerhati wajah lelaki yang tidak kurang tampannya dari Ezekiel. Jika dilihat sekilas, dia mirip sekali dengan Ezekiel. Siapakah agaknya lelaki misteri ini?

"K...kau siapa?" Soal Irena perlahan. "Ezeriel." Irena mengangkat kening.

"Kembar Ezekiel? Atau... adik dia?" Teka Irena. "Adik sahaja." Balasnya sepatah.

"Oh..." Irena tiba-tiba perasan akan anak mata lelaki itu yang berwarna merah. Hanya sesaat sebelum ia kembali bertukar warna hitam.

Irena gelisah dalam diam. Lelaki ini benar-benar menakutkan...

"Excuse me." Irena cuba melarikan diri namun Ezeriel pantas bersuara. "Nak pergi mana? Tak nak jumpa Ezekiel?"

"Dia... ada?"

"Haihh. Teruk benar dia tak beritahu kau pasal majlis malam ini." Irena mengangkat kening sebelah. Majlis? Majlis apa tengah malam buta ni?

"Majlis?" Ezeriel berpeluk tubuh dan memandangnya atas bawah. "Jom, aku bawa kau." Tak sempat Irena membalas apa-apa, lelaki itu sudahpun mengaut lengannya. "Eh... nak pergi mana??" Kalut Irena menyoal.

Ezeriel dalam diam tersenyum sinis.

...

Irena termganga kecil apabila melihat suasana di hadapannya saat ini. Dia memandang Ezeriel. "A...ada apa ni?" Soal Irena tergagap-gagap.

Dia melihat ramai manusia yang sedang duduk menjamu selera. Tetapi...

Irena memerhati makanan yang sedang di makan oleh mereka saat ini. Bangkai burung? Juga air... air yang berwarna merah. Tak lain tak bukan, darah segar burung yang mati dibunuh!

Gulp.

Majlis apa ini?! Gila! Apa yang dia sedang saksikan saat ini?

Irena juga memerhati 'manusia' yang ramai tersebut, semuanya kelihatan menyeramkan. Dengan berbaju style seperti zaman dahulu.

"Jom." Irena tersentak dari mengelamun lalu mengikut langkah kaki Ezeriel. "Tu, orang yang kau cari tadi."

Irena mengangkat wajah. Dari jauh dia dapat melihat figura Ezekiel. Ezekiel yang sedang... meratah burung gagak?? Hidup-hidup? Euw!!

Dia tiba-tiba berasa mual. Sudahla dengan bau yang busuk lagi. Memang boleh muntah hijau dibuatnya di sini.

Irena memegang kepalanya yang pening. "Kau kenapa?"

Mrs. Ezekiel : The Werewolf LoveWhere stories live. Discover now