"Scars of love
Keesokannya Irena pergi ke sekolah seperti biasa. Dia perlu berjumpa Ezekiel untuk penjelasan keadaan sebenarnya. Ezekiel pasti mengetahui sesuatu.
Malangnya, apabila Irena memasuki kelas Emerald, dimaklumkan oleh muridnya bahawa Ezekiel tidak datang ke sekolah hari ini.
Irena hanya mampu pasrah. Adakah Ezekiel cuba untuk mengelak daripadanya?
"Kenapa dia sangat misteri.."
Irena pulang ke rumah kira-kira pada pukul 3 petang. Dia menbersihkan dirinya lalu duduk di ruang tamu untuk menonton televisyen.
Jus mangga buatannya yang berada di atas meja diambil lalu diminum.
Ding dong
Irena mengangkat kening. Siapa pula yang datang rumahnya? Mira?
Tudung sarung dicapai dan disauknya. Dia menuju ke pintu utama.
Terbuka saja pintu, seorang lelaki terus meluru masuk. Irena membuntangkan luas matanya, terkejut. Baru perasan yang lelaki ini ialah Ezekiel.
Lelaki itu hanya beriak biasa lalu duduk bersilang kaki di atas sofanya tadi. Jus mangga milik Irena diminum santai.
"Hey!" Irena pantas mengatup rapat pintu. Dia meluru ke arah Ezekiel dengan bermuka garang. Lelaki itu tersenyum sinis melihatnya.
"Awak nak apa lagi?!"
"Nak makan. Masakkan untuk aku, boleh?" Ezekiel bangun dan melangkah menghampirinya. Serta-merta Irena berundur perlahan.
"Pergi makan kat luar la! Kenapa nak datang sini juga?"
"Sebab.." Irena sudah tersandar di dinding. Lengan lelaki itu naik mengepungnya.
"Makanan kat sini sedap." Bisiknya perlahan dengan penuh maksud tersirat.
Buk!
Bahu Ezekiel ditolak kuat lalu dia menuju ke dapur. Nak tak nak terpaksa juga dia masakkan untuk lelaki itu, bukan masak sangat pun. Hanya panaskan lauk yang tersedia ada.
"Dah siap," tutur Irena lalu menjelingnya. "Suap aku," Ezekiel duduk di atas kerusi.
"Gila ke? Tak ada tangan?"
"Suap aku." Ezekiel masih lagi beriak tenang. "Banyak cantik nak suruh-suruh orang macamtu," Irena menjelingnya dan mengatur langkah menuju ke ruang tamu. Tak sampai sesaat tiba-tiba terasa tubuhnya diangkat. Irena meronta-ronta kuat untuk dilepaskan.
"Awak ni kenapa?!"
"Suap aku." Tubuh Irena diletakkan atas kerusi dan ditarik mendekatinya.
"Awak--" dagu Irena dicengkam. "Kau nak aku berkasar ke, cikgu?"
"Ergh!" Irena pantas mencapai sudu namun tangannya ditarik kuat. "Pakai tangan,"
"Awak gila ke?! Ezekiel, tolong la sedar sikit. Kita bukan mahram, duduk berduaan macamni lagi.. Ia dapat menimbulkan fitnah tahu tak?" Ezekiel tergelak kecil. "Kesah pulak aku."
"Cepat atau.. Aku ganti kau jadi makanan aku." Ugut lelaki itu. Irena berdecit perlahan lalu mula menyuapnya. Geli! Lelaki ini memang gila agaknya. Apa malang sangat nasib dia jadi macamni.
"Ezekiel.."
"Hm.." Jawab Ezekiel sambil mengunyah nasinya. "Saya nak tanya awak something,"
"Ya, apa?"
"Apa alamat penuh rumah awak?"
"Entah."
"Jawab elok-elok la Ezekiel." Irena berdecit perlahan. "Tak perlu tahu."
YOU ARE READING
Mrs. Ezekiel : The Werewolf Love
Werewolf[ON-GOING] [UNEDITED] #2 Fantasy Series "Scars of love" Click read for blurb. ⚠️PLAGIAT DILARANG KERAS⚠️ Published:8 November 2021/23 January 2022/24April2022/11December. Start:24April2022. End: ©Thelesyeuxdelily 2021, 2022.