"is it your first time?"
"emm..iya"
"don't worry..I'll guide you"==============================
Dulu sy kerja di satu tempat, di satu institusi pendidikan private. Masa tu umur sy masih 24 tahun, masih muda, masih belum fikir mau ada apa-apa komitmen besar, masih mau enjoy. Masa tu sy memang sedang couple dengan seseorang, nama dia D (of course la bukan nama sebenar) D pun bekerja sebagai pendidik juga dalam institusi pendidikan private. Sy couple dengan D memang lama sudah, mungkin dalam 3 4 tahun macam tu. Plan mau bertunang dalam hujung tahun tu. Cuma satu ja la, D bekerja jauh, bukan di Sabah, D bekerja di semenanjung. D cuma balik bila cuti ja. So selama kami couple tu 1 tahun ja kami berdekatan sebelum dia dapat kerja di semenanjung.
Parents kami masing2 memang tau kami couple, sebab sy cakap kalau mau bawa sy keluar dating, kena jumpa parents sy dulu, and he did. Begitu la ikhlasnya D mau berkawan dengan sy, dan D pun memang bawa sy jumpa dengan parents dia & adik beradik dia. Kesimpulan dia kami memang kenal keluarga masing2 sudah.
Orang cakap hubungan jarak jauh ni banyak rintangan dia, kalau tidak kuat hati, boleh kecundang juga. Walaupun kami PJJ (percintaan jarak jauh..haha) , kami rajin b'whatsapp, tidak pernah fail setiap hari, call hampir setiap malam walaupun di tempat kerja dia tu tidak kuat line telefon.
Terus terang sy cakap, sy memang percaya dia, langsung tiada terlintas dalam hati sy yang dia akan ada perempuan lain untuk curang. Curang bukan mainan D.
Malangnya hati sy ni tidak sekuat itu.
Semua bermula bila urusan gaji salah satu staff tempat kerja sy ada masalah, biasa kalau hujung bulan memang sy akan sangat sibuk, waktu kerja dalam office memang tidak ter-handle dalam waktu bekerja. So biasanya sy akan bawa kerja balik rumah. Jadi gaji salah satu staff ni sudah lebih dari 1 minggu tertangguh gara2 kerja dia belum complete.
Staff2 dalam tempat kerja sy semua terdiri dari golongan professional dan dari orang2 yg educated. Ya lah, kerja dalam institusi pendidikan kan, tidak boleh ambil sembarangan orang kerja sebab kita ni mau sampaikan ilmu. Jadi memang difahami kalau kerja dorang kadang2 tidak complete, sebab dorang memang orang2 yg sibuk & ada kerja hakiki atau sedang sambung belajar. Di tempat sy dorang cuma kerja part time saja. Jadi sy faham kalau kerja2 dorang ada terlepas pandang.
Selalunya isu gaji ni akan selesai dalam 2 3 hari selepas berbincang dengan staff. Tapi kali ni lebih 1 minggu sudah, mau jumpa staff tu pun susah sebab sekarang dia kerja outstation. Jadi sy ambil inisiatif sendiri untuk tolong dia kasi selesai kerja dia, sebab kalau kerja dia tertangguh, automatic sy tidak boleh proceed kerja sy yang lain. Nanti b'timbun sy yang susah. So sy minta nombor ni staff dari bos.
Nama dia Is.
So sy whatsapp Is, bagitau bla bla bla pasal kerja dia & dia guide sy untuk tolong kasi complete kerja dia melalui whatsapp. Bila ada 1 part ni sy tidak faham (yalah..bukan bidang sy kan, nanti sy pandai2 ja buat sekali salah nanti student yang dapat ilmu tidak betul) Is terpaksa call untuk explain lebih detail.
So lepas habis, letak telefon macam biasa, tiada apa2 yang extraordinary.
Untuk hari tu lah..
So cerita sy dengan Is ada di part 2, sorry lah kalau boring part 1 nya ya..
YOU ARE READING
Forbidden Love (Complete)
RomanceBased on true story Romance/ Funny/ Mature content Warning‼️not suitable for 21 & below Kisah ni tidak dapat cerita kepada sesiapa secara face to face dengan detail even kepada kawan baik penulis sekali pun (takut nanti kena ceramah & takut kena ju...