Kejadian semalam masih susah sy terima, sedangkan sy sendiri yg buat tu keputusan. Still rasa macam break up walaupun masih ada boyfriend. Tapi mungkin ambil masa untuk heal, lama2 ok la ni.
Since hari tu sy masuk kerja tengahari jadi sy decide untuk pergi joging di tempat biasa. Biasanya itu ja sy boleh buat kalau fikiran tidak clear.
Sampai ja sana, sy warming up dengan berjalan satu pusingan baru sy start joging. Masa joging tu boleh pula teringat memories dengan si Is. Banyak memory kami di joging park ni. Teringat sy masa terserempak Jay si fitness guy tu. T'ingat sy kata2 si Is masa tu, buat sy tersenyum sendiri.
Kali ni macam semangat betul sy mau kasi keluar peluh, selalu sy target 3km, tapi kali ni sy target 5km. Tapi sy selang2 berjalan lah kalau penat. Kali ni sy joging sy tidak dengar lagu sebab terlupa bawa. Jadi sy joging dengar bunyi angin ja, tidak juga sy kisah, sy mau fokus larian sy ja hari ni.
"you know Lea, orang selalu lari tumit dulu landing kan, tu lah orang sakit lutut, tapi sebenarnya cara yg terbaik untuk joging adalah kasi landing bahagian atas tapak kaki kita, macam ni" sambil dia tunjuk cara dia joging.
"Jay" sy cakap sambil menoleh tengok si Jay.
Lelaki yg berkulit hitam manis tu senyum dengan sy.
"you masih ingat sy" dia bilang sambil kami berjoging side by side.
"ofcourse sy masih ingat" infact sy baru terfikir pasal dia dengan Is tadi, tapi sy tidak mau bagitau dia, nanti dia salah faham.
"You satu orang hari ni?" dia tanya.
"this time, iya..sy satu orang" sy cakap dengan dia. Malas sy mau tipu2 lagi, nanti sendiri juga susah.
Sy perlahankan pace larian sy, ready untuk berhenti. Jay pun ikut juga perlahankan larian dia.
"boyfriend you tidak join you hari ni? siapa sudah nama dia tu" sambil dia petik2 jari berfikir "Is, iyaa..si Is" Jay tanya sambil cekak pingang mengawal nafas sebab baru lepas berlari.
"erm..he's not my boyfriend Jay" sy cakap dengan Jay.
"kamu break up?" Jay tanya dengan kening berkerut.
"entah la" sy cakap sambil cuba mengawal nafas yg masih turun naik sebab baru berhenti joging.
"entah?" Jay tanya "jawapan you ni macam penuh dengan uncertainty"
"entah la Jay, complicated" sy cakap sambil buat sikit regangan badan.
"You know Lea, selain fitness coach, sy ni pendengar yg baik juga tau..klau you mau share apa2 sy boleh lend you my ears..hehe"
Sy senyum ja dengan si Jay.
"sometimes kalau kita share cerita kita, kita akan rasa lebih ringan"
Si Jay ni aa, pandai betul berkata2. Tapi ada betul dia juga, maybe kalau sy share dengan dia, sy akan rasa lebih lega and lebih ringan.
"susah la Jay, sy tersepit dalam situasi susah yg sy cari sendiri" sy cakap dengan Jay sambil duduk di kerusi taman yg ada sebelah sy.
"kalau sy cerita you jangan judge ok?" sy warn Jay sebelum sy cerita dia.
"don't worry, tidak juga tu..tapi dari you ja mau share ka tidak, sy tidak paksa" Jay bagitau sy
Sy pun cerita la dengan Jay, ringkasan cerita hubungan tiga segi antara sy, Is & D. Dalam sy bercerita tu Jay angguk2 ja dengar, memang dia bagi perhatian betul masa sy bercerita. Nda tau la kenapa, tapi sy rasa sy perlu cerita dengan seseorang juga benda ni baru sy rasa ringan. Tapi sy tidak mau cerita dengan orang yg sy kenal. Macam Jay ni kira stranger la, jarang jumpa & tidak kenal sangat.
YOU ARE READING
Forbidden Love (Complete)
Storie d'amoreBased on true story Romance/ Funny/ Mature content Warning‼️not suitable for 21 & below Kisah ni tidak dapat cerita kepada sesiapa secara face to face dengan detail even kepada kawan baik penulis sekali pun (takut nanti kena ceramah & takut kena ju...