Part 8 (Roadtrip)

501 14 2
                                    

Is happy bila nampak sy boleh terima request dia. Terus terang sy cakap, I am glad too. Kadang sy lupa yg sy ada boyfriend. Is boleh dikatakan ada ciri2 yang sy suka. Sy suka lelaki yg educated & gentleman. Is ni spontaneous orang dia. Kadang2 dia suka buat benda yg tiba2, tanpa plan, macam bawa pergi McD hari tu.

Tidak lama lagi cuti tahun baru cina. Macam biasa company akan cuti satu minggu sebab bos cina. Malam tu Is call.

"Jom roadtrip next week"

Apakah tiba2 bawa roadtrip

" P mana kunun?" sy tanya. Sy expect dia akan jawab pergi semporna ka macam tu since dia pernah cakap mau pergi sana sama2

"Miri"

"Hah?! kenapa ko nda cakap pi vietnam ka myanmar ka terus"

"Boleh juga, tapi malangnya sana nda boleh pakai kereta sayang"

Aish dia ni, buat2 buduh pula.

"yala, maksud sy kenapa tiba2, lepas tu jauh pula tu..Bukan mau pergi sana pakai passport ka?"

"err ya kan" baru kunun dia terfikir, tu lah main bawa ja.

"tapi nda juga lama bah tu buat passport, lagipun ko start kerja jam 1 tengahari juga kan ni minggu, jom lah"

"ee..memaksa juga bah"

"pleaseeee" banyak la ko punya please, jauh la bah tu tempat buat passport dari rumah sy.

"jom lah bah, sekejap ja tu buat passport, lagipun bukan selalu cuti panjang"

"pleaaseee" dei ni lelaki ah, pandai betul memujuk.

"emm..yala2, nanti besok sy pergi"

"yeahhh!!" sy pun tidak tau perasaan sy saja ka atau apa, tapi macam sy rasa dia lompat2 bah..haha

" ok Lea syg, good night"

"nite Is"

"kiss?"

"eh mengada2"

"hehe..good nite..muah"

"nite" lepas tutup call sy terus cas telefon, tau la hp Samseng ni, cepat betul habis.

Besok dia sy jalan awal pergi mini  putrajaya urus passport, syukur juga la process dia nda lama, sebelum  tengahari macam tu siap sudah. So dapat la 2 passport biru, satu untuk masuk Sarawak, satu untuk limpas Brunei. Sy gambar la passport sy, hantar bagi Is. Sy tulis "Done"

Sampai la hari yg ditunggu2, sy pun excited juga sebenarnya sebab paling last sy pergi Miri masa sy budak lagi. So ni kira kali kedua sy pergi sana, beza dia kali ni dengan..ermm..scandal..

So Is ambil sy dr rumah, pagi2 jam 6 lagi terpacak sudah Rush silver di depan pagar. So sy angkut luggage purple sy yang sederhana besar, make sure tidak lupa apa2 yang penting sebelum jalan. Is tolong sy letak luggage sy di belakang kereta, sy nampak is pun bawa luggage yg sama besar macam luggage  sy, cuma luggage dia warna dark brown. Lepas susun luggage baru kami masuk kereta.

"ready for adventure my lady?"

"nda" sy bilang

"aik? awal2 lagi mood nda bagus?" dia cakap dengan nada mengusik

"sy lapar ni, mari cari makan dulu"

"Oo..ok2..drive thru McD boleh syg?"

"McD lagi..emm..bole la daripada tiada"

So lepas tapau McD, kami tidak stop, sy makan ja dalam kereta. Is pun makan sambil driving. Tapi yang bikin hairan, ni kali speed kereta dia mcm biasa pula, 80-100km sejam juga.

"aik? kali ni laju pula ko drive, nda takut bazir minyak?" sy cuba mengolok dia.

Dia senyum ja sambil tengok depan. Kadang2 dia makan juga burger dia sikit2 sambil driving.

Jauh perjalanan dia, mau sampai Sindumin pun mau dkt tengahari juga. Banyak kami berbual dalam kereta, tapi banyak berbual kosong ja. Cerita apa plan masa di sana nanti. Dia bilang dia plan mau jalan2 di gua niah. So sy ikut ja la plan dia, sebab sy ni pun prefer outdoor activity juga berbanding jalan2 dalam mall. Sempat sesat sekejap masa di Brunei tapi lepas tanya2 orang sana t'sampai juga kami sempadan keluar dari Brunei ke Sarawak. Jalan raya Brunei best, smooth ja bawa kereta..hehe. Paling last Is drive pergi Sarawak masa 2 tahun lepas dia bilang, jadi jalan pun dia ingat2 lupa sudah.

"nanti kita stay mana?" sy tanya Is

"hotel la"

"apa nama hotel dia?"

"ermm..nanti2 ko tau la tu" sambil dia genggam erat tangan sy di atas paha dia.

"ermm..ok" kali ni pegang tangan dalam kereta bukan lagi perkara awkward bagi kami. Sy pun biasa sudah.

"Is, apa kata ko fokus driving, kan bahaya driving satu tangan"

"ok, anything you said syg" dia lepas tangan sy, tapi dia letak tangan sy atas paha dia. "jangan lari, biar begini ja" dia bilang sambil senyum.

Sy kasi iya ja la cakap dia.

Kalau tidak silap dalam jam 8pm lebih kami sampai bandar Miri. Is drive pergi satu hotel di tengah bandar, Pullman hotel.

First impression sampai lobby untuk check in, memang grand juga la hotel dia. Is urus check in. Incase kamu tertanya2, iya, dia book satu bilik ja untuk kami dua. 4 hari 3 malam.

Sampai ja di bilik sy amazed betul dengan bilik dia, view cantik. Katil Kingsize, ada bathtub, bilik pun besar.
Penat duduk dalam kereta pun hilang sekejap nampak tu bilik.

"besar juga ni bilik ni" sy bilang "ni macam untuk honeymoon ja ni"

"honeymoon ah..haha" ketawa pula dia "ko anggap ja la kita honeymoon" dia bilang sambil senyum jajal.

Lepas habis cari makan, mandi segala, tiada sudah tengok tv, tertidur terus sebab penat betul. And ya, kami tidur satu katil, tapi nda dekat2 sebab katil pun kingsize, jadi luas lagi. Katil pun empuk ja, bantal pun sedap ja tidur, kepala sentuh bantal ja memang terus tertidur.

So besok dia plan kami mau pergi gua niah. Kami pakai pakaian yg selesa ja, sebab Is cakap banyak tangga mau naik & perjalanan pun jauh mau jalan kaki. Jarak niah dari hotel kami ada juga 1 jam lebih. Sampai sana kami beli tiket, terus start la perjalanan explore gua. Memandangkan sy first time, sy kebaruan sekejap nampak struktur2 di dalam gua tu, banyak peninggalan sejarah ada sana. Sy memang suka explore tempat2 bersejarah ni. Jadi memang sy excited. Jalan dia tidak juga mencabar sebab ada platform kayu dan tangga kayu, jadi easy walk orang bilang. Memenatkan tapi best. Is pun sy boleh nampak memang enjoy benda2 macam ni. Mau petang2 sudah baru kami drive pulang hotel, macam jam 6 lebih baru sampai hotel. Kami tapau ja dari luar sebab malas sudah mau keluar cari makan.

Sampai ja hotel sy duduk di kerusi, sebab bau bah badan b'peluh betul tadi.

"Lea syg..ko tidak mau mandi dulu?" halus ja dia tanya, mungkin dia pun kepenatan betul, lagipun dia driving lagi tadi.

"Nda la, ko mandi la dulu"

"Sure?" dia tanya

"Iya, ko mandi la dulu"

"Tidak mau mandi sama2?"

"Nda!" sy bilang sambil baling dia tuala putih

Ketawa2 dia mengelak. Lepas dia mandi baru sy mandi, ni kali sy bilang sy mau berendam dalam bathtub lama2, sebab tu sy suruh dia mandi duluan..haha

Sy bawa ja baju sedia dalam kamar mandi, tak kan sy mau tukar depan dia pula kan.

"Is, ko makan ja dulu kalau ko mau makan k, manatau sy mandi lama"

"tidak apa, sy tunggu" dia bilang

Sy isi air suam dalam bathtub, berendam sana, nda tau bila kali terakhir sy rasa relax macam tu.Sy berendam sambil tutup mata.

.....

"Lea syg..bangun.." sy dengar sayup2, rasa macam lengan sy kena kasi goncang2 perlahan.

Is? depan sy?

ASTAGAA!! SY TERTIDUR DI BATHTUB!! TELANJANG BULAT LAGI TUU!!

Continue Part 9




Forbidden Love (Complete)Where stories live. Discover now