Hari ni D balik Sabah, dia cuti 1 minggu, so sy yg ambil dia di airport. Sy tidak pasti sudah berapa lama nda jumpa dia, berbulan2 juga.
Is?
Is tau D balik hari ni & akan berada di Sabah 1 minggu. Jadi Is tidak akan call & massage dalam waktu tu. Sesuatu yg dia sudah janji akan buat masa awal2 kami decide untuk buat macam ni. Segala message, call record sy dengan Is semua sy padam.
"hai sayang" D kiss pipi sy lepas jumpa dia di airport. Dia lepas sekejap luggage dia terus dia peluk sy "I miss you so much" dia bilang. Lepas tu dia kiss lagi kepala sy. Rindu la tu.
"hai baby, miss you too" sy bilang sambil senyum.
"Jom makan, lapar sy" D cakap sambil pegang perut dia. Mungkin dia tidak makan masa dalam kapal.
"erm..jom la, di mana dear mau makan?" sy tanya dia.
"McD la, ada McD sini kan, jom" dia cakap. Boleh nampak D excited sebab lama nda balik.
McD, Is.
Boleh2 sy teringat Is masa keluar dengan D.
"erm..boleh juga, jom" sy bilang.
Sebelah tangan dia tarik luggage, sebelah tangan dia pegang bahu sy sambil jalan.
Lepas order makanan kami duduk makan sana juga.
"How's work sayang?" sy tanya D.
"great! tapi tu lah, tempat tu line dia teruk sikit sebab jauh dari bandar, tu lah susah sikit mau call sama text dear, makin hari makin teruk line dia, kalau cuaca nda bagus langsung tiada line tu" dia cakap sambil makan burger dia. He looks happy.
"how about you sayang?"
...
"sayang?" D tanya balik.
"apa tu Is?" shit! boleh pula tersilap nama, harap dia nda dengar.
"Nda, I said macam mana dear di sini? kerja ok juga" D tanya. Sy rasa dia nda perasan la tu sy tersilap panggil nama.
"Oo..ok juga" sy jawab pendek.
D tengok sy dengan pandangan risau. Dia sentuh dahi sy guna belakang tapak tangan dia.
"dear ok?" dia tanya. Mungkin sebab sy nda banyak bercakap.
"Ok la D, cuma terfikir tempat kerja, tau la bos sy tu, kadang2 offday pun mengejar juga pasal kerja" sy senyum sikit.
"Hmm..lain kali kalau penat tidak perlu la dear susah2 ambil sy k, sy boleh naik teksi la, ataupun grab..tengok sekarang dear yg susah" boleh nampak D risau.
"Ish dear ni, nda la..sy yg sendiri mau ambil dear sini, lagipun lama nda jumpa" sy cakap sambil tengok mata D.
Lepas makan tu sy hantar dia pergi rumah parents dia. Memang D masih tinggal dengan parents dia, dia ja harapan adik beradik dia yg lain untuk jaga parents dia, yang lain semua tinggal jauh dengan keluarga masing2. Selalunya hari pertama dia akan rehat dulu di rumah, besok dia baru kami keluar dating.
"See you tomorrow Love" D cakap "nanti besok sy ambil dear di rumah k" D kiss bibir sy sebelum keluar kereta.
"ok sayang" sy cakap "kirim salam sama uncle & aunty k"
"ok dear, love you, drive safe" D cakap sambil lambai dari luar.
"love you too dear, jumpa besok, dear rehat la k " sy cakap sambil lambai2 dari dalam kereta. Terus sy drive pulang.
Besok dia D ambil sy di rumah, dalam jam 10 begitu terpacak sudah kereta Honda City hitam milik D. Sy boleh nampak dari luar kereta, yg dia pakai baju warna hitam, segak dengan sunglasses dia. Sempat lagi dia senyum & lambai sy dari dalam kereta sambil dia menyandar di atas tangan dia yg dia letak di atas steering kereta. D memang suka pakai baju warna gelap, tidak dinafikan baju warna gelap ni buat dia extra segak.
"hai baby" D cakap bila sy melangkah masuk kereta, dia kiss lembut pipi sy.
"hai dear" Sy bilang sambil senyum "kita pergi mana hari ni?" sy tanya.
"ermm..kita pergi tengok wayang la" D cakap sambil driving "ada wayang hantu2 baru keluar, dear suka tengok wayang hantu kan" dia cakap sambil senyum tengok sy sekejap sebelum fokus balik driving.
"boleh juga" sy cakap sambil senyum.
D memang tau yg sy ni kaki wayang hantu2. Walaupun dia tau kalau sy tengok kebanyakan masa sy akan tutup mata pakai tangan sy, tapi dia layan juga minat sy. Sy ingat lagi D pernah cakap "rugi ja bawa dear tengok wayang hantu2 ni, bukan dear tengok pun, asyik tutup mata ja" dia cakap dulu. D ni pun sama juga, kuat mengolok sy.
Sepanjang kami jalan2 di mall tu memang kami sentiasa pegang tangan. Lagipun memang tiada apa yg perlu disembunyikan dalam hubungan kami.
Sy ada terfikir juga pasal kata2 Is untuk break up dengan D. Tapi buat masa ni sy tiada reason kenapa sy perlu buat begitu dengan D. Maksud sy tak kan kami keluar happy2 pegang tangan terus tiba2 'D, lets break up' . Macam pelik kan, mesti ada issue, maybe gaduh sikit, baru ada reason untuk break. Bukan tiba2 break.
D pun tiada masalah, semua ok, semua happy, masih sayang sy macam biasa. Sy tidak nampak any reason kenapa sy perlu break up dengan dia. Tapi sy kena lepaskan satu daripada dorang. Sy tidak boleh miliki dua2.
'listen to your heart Lea' sy rasa macam hati sy tengah bercakap dengan sy.
Listen to my heart.
Sooner or later sy kena juga buat keputusan. Choose one Lea, it's not that hard kan?
Ok, it's hard.
Habis kami tengok wayang. Kami makan dulu sebelum D hantar sy balik. Baik la, sy akan bagitau dia masa dalam kereta. Sy rasa tu lah masa yg paling sesuai.
Masa dalam kereta, sy cuba cari masa sesuai untuk buka mulut.
Sy rasa sy perlu bagitau juga supaya hati sy lebih tenang. Apa reaksi dan penerimaan D, itu belakang fikir. Yang penting sekarang sy mau kasi lapang dada sy dulu. Penat sudah sy macam ni, hidup dalam rasa bersalah.
Sy tarik nafas dalam2, this is it..
"erm..D, I got something to tell you" sy cakap sambil tunduk.
Sy tarik lagi nafas dalam2 sebelum cakap ayat seterusnya..
"are you seeing someone else?"
....
Belum sempat sy cakap sesuatu si Damien sudah duluan tanya macam tu.
"sorry, apa you said just now D?" sy tanya balik, manatau sy salah dengar.
"are you seeing someone else Lea" D tanya lagi balik, muka dia tidak tengok sy, dia tengok depan, dia pegang ja steering kereta dia walaupun kereta tu sedang ber-parking. Sy nampak dia genggam kuat steering kereta dia dengan kedua tangan dia.
Sy diam. Tadi sy ready mau bagitau, lepas dia tanya tiba2 sy tidak ready.
Continue Part 22
YOU ARE READING
Forbidden Love (Complete)
RomanceBased on true story Romance/ Funny/ Mature content Warning‼️not suitable for 21 & below Kisah ni tidak dapat cerita kepada sesiapa secara face to face dengan detail even kepada kawan baik penulis sekali pun (takut nanti kena ceramah & takut kena ju...