Hari ni offday sy, so sy decide mau pergi joging pagi2 untuk kasi kurang serabut di otak. Terlampau banyak tanda tanya. Is call semalam, tapi sy tidak jawab. Tiada mood mau jawab call dia. Dia text pun sy tidak open.
Kali ni lagu eminem loose yourself yang sy dengar masa joging. Playlist sy dari lagu2 awal tahun 2000. Bila dengar balik lagu2 zaman tu, banyak memori zaman sekolah muncul balik di ingatan. Atleast nda la fikiran sy t'kacau betul dengan kemesraan Is & Sarah semalam. Kali ni sy target 3km juga macam biasa. Sy sumbat telinga, start jalan2 warming up satu round, baru sy start joging. Masa pagi weekday ni best sikit, tidak ramai org.
Tiba2 sy rasa macam ada orang berlari dekat sy, dia lari selari dengan kelajuan sy. Ah mungkin kebetulan saja ba tu sy fikir, jadi sy fokus joging dan pandang depan saja. Sy sengaja kasi perlahan langkah sy, dengan harapan dia potong la sy. Tiba- tiba, figure tu lari selari sebelah saya.
"Hai" orang tu bilang sambil senyum. Lelaki kurus, fit, tinggi2, kulit sawo matang. Rambut dia panjang b'ikat kemas.
Sy tengok dia, sy cuba fikir siapa ni orang. 'Sy kenal ka ni?' dalam hati sy cakap.
"err..hai" sy bilang tanpa stop joging
"ko memang selalu joging sini?" dia tanya sambil cuba keep pace dengan larian sy.
"err..nda" sy bilang. Tak kan la sy mau bagitau detail dengan orang yg sy nda kenal kan.
"do you have a minute miss?" dia bilang
"err..kenapa tu aa?" sy tanya sambil slow down berlari, ready untuk stop sekejap.
Dia pun stop juga. Kami nda duduk. Just berdiri ja sebab orang bilang jangan terus duduk lepas berlari.
"Sorry ganggu..Sy Jay, ini kad sy" sambil dia hulur satu kad warna putih yang ada nama dia sana.
Jay Sebastian
Fitness instructor"I see" sy bilang sambil teliti tu kad depan belakang.
"Gym sy ada dekat2 sini juga, kalau ko berminat boleh la singgah tengok2" dia cakap.
Nda sy minat gym2 ni, so sy tolak la dengan baik.
"Hehe..nda la dulu..sy nda berapa berminat gym2 ni, joging ni pun sy paksa ja diri sy joging..hehe"
"Nda apa juga tu.." dia stop ayat dia & bagi hint untuk tau nama sy.
"Lea"
"Cantik tu nama" sambil dia senyum "Nda apa juga tu Lea, datang untuk tengok2 ja, manatau berminat kan"
"err..nda dulu la..thank you..nanti la sy datang lain kali bawa kawan sy aa"
"sekarang la bagus Lea, sebab skg nda ramai org kan, jadi sy boleh bawa ko tengok2 dalam gym secara personal"
Dei..memaksa juga bah..
"hehe..tidak la dulu ni"
"Ko joging satu orang?" Dia tanya
"Err..nda lah..ada kawan sy, tapi dia pergi kereta sekejap ambil barang" sy tipu, dengan harapan lepas tu dia kasi biar sy sendirian.
"Boyfriend?" dia tanya
"err..kawan" sy bilang
"boleh kita exchange no fon, nanti boleh sy share lebih lanjut pasal membership gym, manatau ko berminat kan" dia insist mau no fon sy.
"Tidak apa la Jay. I have your card here. Nanti kalau sy berminat sy text ya" sy bilang
"Oo..ok, boleh juga" dia bilang "Sy tunggu sampai kawan ko sampai la, manatau dia berminat gym2 ni kan"
YOU ARE READING
Forbidden Love (Complete)
RomanceBased on true story Romance/ Funny/ Mature content Warning‼️not suitable for 21 & below Kisah ni tidak dapat cerita kepada sesiapa secara face to face dengan detail even kepada kawan baik penulis sekali pun (takut nanti kena ceramah & takut kena ju...