Badan yang terasa lenguh direnggangkan di atas katil empuk yang bersaiz King. Fulamak leganya dapat baring. Pergerakkan kuak lentang dibuat Ayra di atas katil itu. Hahaha tak senonohnya perangai ! Hmm penat gila hari ni walaupun hanya majlis pertunangan. Agak - agak majlis kahwin nanti macam mana ? Aku merangkak apa ?
Entah kenapa tiba - tiba Ayra teringatkan boyfriendnya, Nufael. Dia mengeluh kecil. Hmm macam mana aku nak jelaskan dekat Nufael eh ? Sampai ke hari ni aku sendiri masih berahsia dengan dia. Tak berani aku nak bagitahu yang aku dipaksa kahwin dengan mama. Dah tu tak sampai hati juga aku nak cakap yang mama tak suka dia.
" Hmm tapi...aku sayang Fael...bukannya Arya ! " bentak kecil Ayra. Tubuh kecilnya diguling - gulingkan di atas katil melampiaskan rasa tidak puas hatinya.
Ting !
Iphone 13 milik Ayra mula berdeting menandakan ada notifikasi whatsapp masuk.Dia mula meniarap. Ayra mencapai pantas Iphone 13 nya itu. Nama ' Fael Sayang ' yang tertera.
Sayang buat apa ? Busy ke ? Sunyi aje hari ni ? Hm miss you.
Ayra mengetap bibirnya sendiri. Hmmm tengok ? Dia dah whatsapp aku. Apa eh patut aku jawab ? Ayra mula menaip sesuatu namun baru saja dua tiga patah perkataan ditaipnya tiba - tiba kedengaran bunyi notifikasi whatsapp lain yang masuk. Bertubi - tubi pula tu. Siapa yang kecoh sangat ?
Ting ! Ting !
Assalamualaikum.
Hai.Dahi Ayra berkerut bukan main lagi. Sudah siapa pulak ni ? Tahu - tahu hantar whatsapp bagi salam bagai. Gambar profil pun tak ada ! Haish.
Ting ! Ting !
Sorry.
Tak dapat datang majlis kita hari ni.Wait a minute ! Jangan cakap yang hantar whatsapp ni...Ayra mula menaip sesuatu.
Who are you ?
Ermmm...its that you...Arya ?Seen. Itu saja whatsapp terakhir yang Ayra dapat daripada nombor yang tidak dikenali itu. Ayra mula menumbuk kuat tilamnya yang empuk itu.Tak guna punya Arya ! Dia seen aje ? Lebih baik tak payah mesej aku kalau macam ni. Hmm dapat mana entah nombor aku ? Ni mesti mama yang bagi haish.
Ting ! Ting !
Whatsapp daripada Nufael mula masuk lagi. Hampir terlupa Ayra pada Nufael dek kerana kemunculan mesej daripada Arya tadi.
Dah tidur ke ?
Hm goodnight sayang...Ayra melepaskan keluhan berat. Hm apa yang patut aku buat sekarang ? Kalau aku bagitahu hal sebenar dekat Nufael, agak - agak dia faham tak ? Ke dia tinggalkan aku terus ? Mesti dia ragukan rasa cinta aku pada dia selama ni kan ? Hm ni semua sebab mama lah ni. Ayra pantas mencampakkan Iphonenya ke tepi. Dia mula mengiring ke kanan. Aku harap sangat yang semua ni hanya mimpi buruk buat aku. Lama kelamaan mata Ayra mula terpejam. Hari yang amat memenatkan buat Tengku Ayra Tahleea.
✿✿✿
Akibat keletihan semalam, Ayra hari ni terlewat bangun untuk ke sekolahnya. Memang tergopoh gapah lah jawabnya dia bersiap hari ni. Jadual yang tidak sempat di susunnya semalam pun hanya dicampakkan masuk saja ke dalam beg sekolahnya. Setelah itu dia mula melihat penampilannya di hadapan cermin solek. Rambut panjang yang berwarna perang hanya dilepaskannya hari ni. Tidak sempat dia nak ikat cantik - cantik bagai.
Bukan saja buku ada di dalam beg, malah Ayra juga mencapai beberapa lagi buku teks lalu dipegangnya. Hm biasalah hari Isnin ni selalu subjek banyak. Macam lah tak ada hari lain cikgu - cikgu ni nak masuk. Semua pakat serbu hari Isnin juga.
YOU ARE READING
My Sweet Mr. Short !
RomanceARYA | AYRA Dia seorang yang hampir sempurna. Namun seperti yang digambar hanya lah ' HAMPIR ' sempurna. Kenapa ? 155 cm. Itu ketinggiannya. Itu biasa bagi perempuan tapi tidak pada dia yang lelaki. Namun itu kenyataan yang harus diterima. " Walau...