04

305 37 7
                                    

Nufael mula mengiringi Ayra sampai lah ke kelasnya. Menjaga betul keselematan kekasihnya ini. Dalam perjalanan Ayra berborak kecil dengan Nufael.

" Ermm awak.."panggil Ayra meleret.

" Hmm ya sayang... "sahut Nufael sambil kepalanya tertoleh memandang Ayra.

Ayra turut sama memandang Nufael waktu itu.

" Ermm awak sayang saya kan ? "

" Mesti lah...kenapa tanya macam tu? "

Ayra mula mengetap bibirnya kejap. Hujung skirt sekolahnya dipintal - pintal kecil. Dia teragak - agak ingin meneruskan pertanyaan.

" Kenapa ni sayang ? " soal Nufael lagi masih tertanya - tanya.

" Ermmm....kalau... Kita terpaksa berpisah... disebabkan mama saya tak suka awak dan  nak jodohkan saya  dengan orang lain macam mana ? "luah Ayra sedikit gementar.

Nufael terdiam. Wajahnya sedikit bertukar muram.

" Awak marah ke dengan soalan saya tu ? Saya tanya aje... Bukannya betul pun.. " Ayra mula gelabah.

Langkah Nufael terhenti. Begitu juga Ayra. Mereka mula berhadapan antara satu sama lain. Tidak semena - mena atas kepala Ayra disentuh Nufael.

" Walau apa pun yang terjadi... Saya akan tetap usahakan hubungan kita ni... Saya takkan lepaskan awak Ayra... Even mama awak tak suka saya sekali pun.. Saya tetap akan cuba cari cara untuk buat mama awak suka saya.. Dan terima saya.. Awak jangan risau ehh.. "jelas Nufael kedengaran begitu ikhlas di telinga Ayra.

Hmm baiknya Nufael ! Kenapa mama tak boleh nampak semua tu ? Kenapa mama kena salah menilai Nufael ? Perlahan - lahan Ayra mengangguk sambil menghadiahkan senyuman manisnya kepada Nufael. Seketika mereka mula meneruskan langkah ke kelas.

Sesampai di kelas, mereka masih susah untuk berenggang. Alahai macam lah tak boleh nak jumpa dah nanti. Kelas pun bukannya jauh sangat.

" Awak balik lah kelas awak dulu.."kata Ayra sambil ditolak - tolak kecil tubuh Nufael.

" Its okay... Awak masuk kelas dulu baru saya balik kelas... " kata Nufael tidak mahu kalah.

Alah jadi scene tolak menolak pula kat depan pintu kelas ni. Sehinggallah tiba - tiba kedengaran suara seseorang mula menyapa.

" Ehem... Excuse me... "

Ayra dan Nufael serta merta berganjak dan mula menoleh ke empunya suara. Ayra tayang wajah menyampah. Nufael pula sedikit terpinga. Mungkin sedikit ganjal melihat ketinggian lelaki di hadapannya kini.

Sempat Arya memberi jelingan ke arah Nufael dan Ayra waktu itu sebelum dia mula mengorak langkah masuk ke dalam kelas.

" Budak baru ke ? " soal Nufael sedikit hairan dengan pandangan yang dilemparkan oleh Arya tadi.

" Haah.. Budak baru... "

" Nama apa ? " Hmm kenapa rasa macam familiar aje ea ? Aku pernah jumpa ke ?

" Entah... Tak ambil tahu pun.. Dah abaikan dia.. Dah la saya masuk dulu eh... Bye sayang... Muahh.. " kata Ayra sempat lagi bagi flying kiss dekat Nufael.

Nufael hanya tersengih kecil melihat gelagat Ayra itu. Comel aje girlfriend aku.Seketika dia mula ingin berlalu pergi. Baru saja beberapa langkah dia terserempak dengan Dareena pula dari arah hadapan.

" Bye sayang... "ajuk Dareena sinis. Dia sempat mendengar kata - kata Ayra tadi.

Nufael menggeleng kecil. Dia sedikit ingin meraih tangan Dareena. Namun cepat saja Dareena mengelak.Dareena sedikit mencebik lalu sengaja berlalu sambil melanggar bahu Nufael. Nufael sedikit terundur. Dia mula menoleh ke belakang cuba bercakap dengan Dareena.

 My Sweet Mr. Short ! Where stories live. Discover now