Jam mula bergerak ke angka 11.30 pagi, ini bermakna bermula lah kelas Sir Ah Heng iaitu subjek Matematik. Semua pelajar mula sibuk mengeluarkan modul Matematik yang telah disediakan oleh Sir Ah Heng sebelum ni.Namun hanya Ayra saja yang terkulat - kulat sendiri masih menyelongkar beg sekolahnya. Eh mana pula hilangnya modul Sir ni ? Aku rasa aku dah bawa pagi tadi.Dareena di sebelah kanan hanya memerhati sejak tadi Ayra yang menyelongkar beg sekolahnya.
" Asal babe ? " soalnya turut sama tertanya - tanya.
" Modul aku tak ada...Tapi aku yakin aku bawa pagi tadi... " bisik Ayra. Takut kalau Sir Ah Heng dengar pula nanti.
" What ? Seriously? Kau jangan buat main tak bawa modul Sir ?! "teriak Dareena kedengaran agak kuat di segenap kelas 4 Alpha.
" Shhhh ! " Ayra memberi isyarat menyuruh Dareena perlahankan suaranya yang agak kuat itu. Takut didengari oleh Sir Ah Heng pula.
Namun semuanya sudah terlambat apabila mereka berdua tidak menyedari yang Sir Ah Heng sudah berdiri sambil bercekak pinggang di antara meja yang sedang mereka duduki saat ini.
" Apa ? Ada student I yang tak bawa modul matematik I ? " soal Sir Ah Heng serious. Nada seakan memerli Ayra saat itu.
Ayra mengetap bibir menyedari akan dirinya yang sudah terkantoi dek kerana suara kuat Dareena. Dia mula mempamerkan wajah kesian kepada Sir Ah Heng. Itu saja lah yang mampu dia buat sekarang. Cuba meraih simpati !
" Get out from my class ! " teriak nyaring Sir Ah Heng jadinya. Memang takkan dapat lah belas kasihan kalau waktu kelas Sir Ah Heng ni.
Ayra mengangkat punggungnya malas lalu mengorak langkah untuk keluar berdiri di luar kelas. Dah faham sangat dah apa yang denda Sir Ah Heng akan berikan. Eh macam selalu aje kena denda dengan Sir nampak ? HAHAHA.
Di luar kelas seperti biasa akan didenda berdiri sehingga tamat waktu kelas Sir Ah Heng. Hm nasib Ayra la hari ni kena denda ! Ayra mendengus kecil. Dia sedikit tidak berpuas hati. Masa kan tidak dia membawa buku Sir Ah Heng ! Aku ingat lagi aku ada pegang sebelum aku terlanggar orang lepas tu...
" Hah terlanggar budak lelaki tak silap aku tadi... Tapi aku tak perasan pula muka dia haish..."ngomel kecil Ayra tanpa sedar. Mulut tu duk pok pek pok pek aje daripada tadi.
Namun tiba - tiba dia berhenti bercakap apabila seseorang mula melintasi dirinya dan mengambil tempat di ruang kanannya. Ayra tayang wajah pelik. Dah kenapa budak baru ni pun berdiri dekat luar ? Kena denda juga ke ?
Kelihatan pelajar lelaki tersebut mula bersandar kecil pada dinding seraya tangannya di masukkan ke dalam poket seluar sekolah. Dia hanya tenang memandang ke hadapan. Langsung tidak endah akan Ayra yang terus menerus memandangnya dari sisi.
" Psstt... Pssttt... " panggil Ayra perlahan acah - acah berbisik.
Tidak sedikit pun dia berpaling ke arah Ayra. Masih diposisi yang sama.
Ayra mengetap bibir menahan geram. Dia ni pekak ke hape ? Buat derk aje dekat aku ? Ayra memandang pelajar lelaki yang ketinggiannya paras telinga Ayra. First time dho aku jumpa budak lelaki dekat JIKJIN ni rendah.
" Oii budak pendek... " mulutnya mula tiada insurans.
Serta merta pelajar lelaki itu memandang tajam dan dingin ke arah Ayra.
Glurp !
Bebola mata Ayra mula bergerak ke arah kiri dan kanan. Alamak ! Aku tersalah panggil ke ? Dia terasa ke ? Mampus aku !
" Errr... Ermmm.. Errrr... Asal kau kena denda sini juga ? " soal Ayra sedikit gugup.
" Hmm none of your business.. "jawabnya selamba. Dia mula memandang ke hadapan semula.
YOU ARE READING
My Sweet Mr. Short !
RomanceARYA | AYRA Dia seorang yang hampir sempurna. Namun seperti yang digambar hanya lah ' HAMPIR ' sempurna. Kenapa ? 155 cm. Itu ketinggiannya. Itu biasa bagi perempuan tapi tidak pada dia yang lelaki. Namun itu kenyataan yang harus diterima. " Walau...