10

312 29 6
                                    

Seusai selesai urusan, melihat dan berkeliling di sekitar kawasan Glasshouse Seputeh mereka mula ingin bergerak balik ke rumah masing - masing. Namun tiba - tiba Maheera dan Mahzeera menukar plan.

" Ermm Ayra...Arya...korang balik sekali eh...mama dengan aunty Mahzeera...kitaorang nak pergi suatu tempat kejap..."kata Maheera semasa dalam perjalanan hendak menuju ke kereta.

" Hah ? Ayra nak ikut mama..."rengek Ayra.

Arya hanya mendiamkan diri. Seperti biasa dia hanya  bertenang saja.

" Arya...kamu ajak lah Ayra pergi dinner dulu ke apa...pastu hantar dia balik..."kata Mahzeera pula mula memberi cadangan. Dalam diam, dia menghantar isyarat kepada Arya tentang sesuatu.

Sesuatu ? Sesuatu apa ?

Arya hanya membalas pandangan sinis saja pada mamanya. Hmm faham sangat dah. Mama nak suruh aku manfaatkan waktu yang ada lah ?

" Hah betul tu...Ayra pergi dinner dengan Arya ya sayang...naik kereta aunty Mahzeera...Aunty Mahzeera balik dengan mama aje...."kata Maheera lagi.

" Tapi maa..."

" Tak ada tapi...tapi..dah jom Zeera kita gerak..."ajak Maheera.

Maheera dan Mahzeera  masing - masing mula  masuk ke dalam kereta.Tinggallah Ayra dan Arya yang masih tercegat berdua di situ. Mereka hanya memandang kereta di hadapan mereka itu berlalu pergi begitu saja.

" So? Kita ?"soal Ayra yang agak bengang dengan reaksi Arya yang asyik mendiamkan diri aje macam patung cendana daripada tadi.

Arya memandang Ayra sambil memikirkan sesuatu.

" Hmm jom la kita pergi dinner dulu...kau mesti lapar kan ?"kata Arya.

" Ermm yelah - yelah...lepas tu kita balik terus eh...esok sekolah lagi tau..."kata Ayra.

" Yes dear...anything for you.."kata Arya dengan senyuman dibuat - buatnya.

Ayra tayang wajah menyampah melihat senyuman acah - acah Arya itu. Namun dalam masa yang sama dia agak blushing dengan panggilan dear yang digunakan Arya tika itu.





Mereka mula memasukki sebuah restoran mahal bertaraf 5 bintang. Itu tempat pilihan Ayra, Arya hanya mengikuti saja kehendak si Ayra. Malas nak bertekak dengan dia pula nanti jika tidak mengikut restoran pilihannya.

Seketika pesanan dibuat. Sementara menunggu pesanan, Arya hanya sibuk bermain phonennya. Manakala Ayra pula diam - diam memandang Arya yang berhadapannya itu. Dia memerhati setiap genap penampilan Arya malam itu. Berpakaian santai namun kelihatan smart !

" Hmmm kenapa dia setuju ea dengan penjodohan ni ? "desis hati Ayra. Entah mengapa persoalan itu mula muncul tiba - tiba di fikiran Ayra.

Takkan sebab aku yang minta masa kecil - kecil dulu ?

" Ehem...aku tahu lah aku nampak handsome kan malam ni ? Tak payah ahh tenung aku sampai macam tu sekali..."kata Arya seraya mula mengalihkan pandangannya kearah Ayra.

Glurp ! Ayra sedikit tersentak. Alamak kantoi usya Arya pulak.

" Err...mana ada...aku tengok hiasan dekat belakang lah..."bohong Ayra.

Arya tersenyum sinis. Ayat klishe !

" Hiasan belakang cantik sangat ke ? "soal Arya sengaja lalu juga mula menoleh ke belakang ingin melihat apa yang dilihat oleh Ayra tadi.

Namun kosong saja. Hanya ada beberapa customer di situ. Tiada pula hiasan seperti yang digambarkan oleh Ayra.

" Ish kau ni...dah lah tak payah lah tengok belakang..." Ayra termalu sendiri sebab bohong pun tak betul juga.

 My Sweet Mr. Short ! Where stories live. Discover now