Satu tahun yang lalu....Rambut yang sedikit jatuh di hadapan dahi diperbetulkan oleh Arya. Sesekali dia menepuk - nepuk kecil bajunya yang seakan - akan terasa terkena debu. Senyuman lebar tidak henti - henti terlakar di wajahnya saat itu. Terlalu tidak sabar ingin menemui kekasih hatinya. Maklumlah begini lah kalau bercinta secara LDR ( Long Distance Relationship ). Bukan selalu dapat berjumpa pun kan ?
Sejambak bunga rose yang telah khas disediakan olehnya juga diusap - usap kecil.
" Mesti Dareena suka kan bunga rose ni... "gumam Arya sendiri sambil membayangkan bagaimana reaksi kekasihnya nanti apabila mendapat jambangan bunga tersebut.
Arya menantikan kehadiran kekasihnya di tempat biasa pertemuan mereka iaitu di tepi tasik Titiwangsa. Di sini lah tempat pertemuan mereka untuk melepaskan rindu masing - masing. Namun entah kenapa hari itu Arya tetiba rasa tak sedap hati semacam. Macam ada sesuatu benda buruk yang akan berlaku.
Deringan telefon mula menyentakkan hati Arya waktu itu. Dia mula menjawab panggilan yang diterima dengan pantas apabila nama Dareen yang tertera waktu itu.
" Hello... Ya sayang... "kata Arya soft spoken gila.
" Hello you... Ermm sorry I tak dapat datang lah...I kena teman my mom shopping pulak... "
Arya sedikit hampa namun dia mengusir perasaan itu jauh - jauh.
" Hm oh ya ? Its okay.. Next time kita jumpa ea ? " kata Arya.
" Ermm okay sayang... " balas Dareena.
Belum sempat Arya hendak berkata apa lagi, Dareena pantas mematikan panggilan waktu itu. Arya menghembus nafas berat. Bunga rose yang ada di tangan di pandang sedikit hampa. Hmm aku dah excited sangat sebenarnya nak jumpa dia...but its okay mungkin bukan hari ni.
Arya tidak mahu balik dengan sia - sia, maka dia memutuskan untuk singgah sebentar di Pavillion Kuala Lumpur. Sengaja ingin meredakan rasa kecewa yang terbuku di hati. Dah lah datang jauh - jauh dari Melaka ke Kuala Lumpur pun makan masa dua jam tau. Hmm tetiba girlfriend tak jadi jumpa pula.
Pada mulanya Arya hanya berjalan berkeliling di dalam Pavillion. Tidak tahu sebenarnya dia nak ke mana. Hanya cuci - cuci mata saja lah. Nak beli barang pun hmm malas tak ada mood untuk itu semua.
Jalan punya jalan tiba - tiba Arya tak sengaja terlanggar dengan seseorang.
" Ehh sorry bro... " kata Arya sedikit gelabah. Alahai asal lah aku ni boleh terlanggar orang pulak.
" Ermm its okay... " balas lelaki yang agak tinggi sedikit di hadapan Arya kini.
" Sayang... are you okay.. " sapa satu suara mula menyentakkan hati Arya waktu itu.
Kelihatan seorang gadis mula memaut tangan lelaki dihadapannya tadi. Gadis itu hanya sibuk dengan keadaan lelaki yang dilanggar Arya tadi. Langsung tidak menghiraukan dirinya langsung di sini...
" Hey you kenapa langgar boyfriend.... "ucap Dareena seraya baru hendak menoleh ke arah Arya waktu itu.
" Boy..friend you ? " soal Arya dengan nada getar yang hebat. Wajahnya agak terasa hangat ketika itu. Entah menahan marah atau perasaan kecewa yang makin bertambah di hati.
Dareena kelihatan agak terkelu waktu itu. Mungkin tidak menyangka akan terserempak dengan Arya dalam keadaan macam ni...
" Oh ni lah yang teman mama shopping kononnya ? " balas Arya bersama mata yang berkaca. Dia benar - benar di himpit perasaan yang amat sakit kini.
YOU ARE READING
My Sweet Mr. Short !
RomanceARYA | AYRA Dia seorang yang hampir sempurna. Namun seperti yang digambar hanya lah ' HAMPIR ' sempurna. Kenapa ? 155 cm. Itu ketinggiannya. Itu biasa bagi perempuan tapi tidak pada dia yang lelaki. Namun itu kenyataan yang harus diterima. " Walau...