20

238 26 6
                                    

Air mata yang turun daripada tadi tiada langsung tanda - tanda untuk berhenti. Seorang gadis menangis teresak - esak sejak dia mendapat pengkhabaran tentang kemalangan yang menimpa kedua ibu bapanya. Malah lebih teruk lagi, bila dia juga dapat tahu mereka tidak terselamat sama sekali. Kedua - duanya meninggal di tempat kejadian tanpa sempat dikejarkan ke hospital yang terdekat.

Kenapa semuanya berlaku secepat ini ? Kenapa tiada kata terakhir langsung daripada papa dan mamanya ? Ya Allah, aku tak kuat. Semuanya hanya hilang dalam sekelip mata. Ayra hanya terduduk lemah meratapi dalam diam di hadapan pusara papa dan mamanya yang sudah tertanam rapi. Dia tahu, tidak baik jika dia meratapi akan kepergian ibu bapanya. Namun perasaan sedih yang teramat sekali itu tidak lagi dapat dia bendung.

Sering kali kedua belah tangannya mengusap perlahan tanah pusara kedua ibu bapanya.

" Paa...maa..."ratap Ayra tersedu sedan.

Dalam pada Ayra bersedih di situ, ada seseorang di belakangnya yang kemas berpakaian baju melayu berwarna hitam setia menemani. Sungguh hati lelakinya juga terkesan melihat keadaan gadis itu saat ini. Dalam sekelip mata Arya juga tidak menyangka yang dirinya bakal kehilangan ayah dan ibu  mertuanya itu secara serentak.

Kini hanya tinggal mereka berdua di tanah perkuburan itu. Orang lain semuanya sudah beransur balik.

" Papa...mama...kenapa tinggalkan Ayra sorang - sorang macam ni ? "soal Ayra masih tidak dapat menerima kenyataan.

" Ayra..." panggil Arya lembut di sampingnya yang mula melutut di sebelah.

Ayra langsung tidak memandang Arya. Tatapan matanya yang kian sembab itu masih terarah ke pusara papa dan mamanya.

" Jangan lah macam ni....tak baik menangis dan meratapi arwah papa dengan mama macam ni..."pujuk Arya lembut.

Ayra diam. Air mata masih bertakung di tubir matanya.

" Kita balik ya...nanti kita datang ziarah lagi..."kata Arya seraya mula meraih tangan Ayra.

Ayra mula menoleh perlahan - lahan ke arah Arya. Redupan mata Ayra yang kian sembab itu dipandang kasihan oleh Arya.

" Aku nak teman papa...mama...."

Bukkk !

Ayra selamat mendarat ke dalam pelukan Arya. Dia mula pengsan tidak sedarkan diri dek kerana terlalu kepenatan menangis sejak balik daripada sekolah tadi tanpa henti. Arya menghembus nafas berat. Dia mula memeluk erat Ayra di situ sebelum tubuh gadis itu dicempung untuk dibawa balik.






Mata dibuka perlahan. Terasa kepala sedikit pening dek kerana menangis terlalu lama. Buka saja mata, dapat dilihat syiling putih biliknya di rumah papa mamanya. Ayra mengetap bibirnya kejap. Dia mula mencerna apa yang berlaku. Hmm aku tak mimpi kan ? Kalau betul apa yang berlaku dekat mama dengan papa tu  mimpi, sumpah aku  rasa ni mimpi yang paling ngeri dalam hidup aku.

" Kau dah sedar ? " satu suara mula menyapa halwa telinga Ayra.

Ayra mula mengalihkan sedikit pandangannya ke empunya suara. Dapat dia lihat,Arya sedang bergerak mendekati dirinya dengan segelas air putih.

" Bagus lah kalau kau dah sedar...hmm risau aku dibuatnya kau pengsan tiba - tiba..."kata Arya meletakkan gelas air tersebut di meja bersebelahan katil. Lantas dia mengambil tempat duduk di birai katil Ayra.

Ayra pula mula mengubah posisi daripada baring ke duduk. Dia mula menatap Arya dengan pandangan yang masih sedih.

" Paa...pa...mama...?" dua perkataan itu saja yang asyik meniti di bibir mugil Ayra sejak siang tadi.

 My Sweet Mr. Short ! Where stories live. Discover now