Tak habis - habis Ayra memikirkan kata - kata Arya. Hmm apa maksud dia ? Nufael tak sayang kan aku ? Kenapa pula dia berfikiran macam tu ? Bila aku tanya, dia tak nak berikan aku jawapan.
" Apa yang kau cakap ni ? " soal Ayra.
Arya mula tersenyum sinis.
" Hmm aku tak boleh nak cakap lebih... Kau sendiri yang kena cari jawapan untuk persoalan kau... Dah makan makanan tu...jangan nak membazir pula... Aku balik dulu.. "Arya mula ingin melangkah keluar daripada bilik Ayra.
Ayra masih kelihatan terpinga. Dia hanya mampu memandang sepi ke arah Arya yang berlalu pergi itu. Dia mula merasa tidak tenang dan kurang percaya akan cinta Nufael pada dirinya.
Lamunannya lantas dihapus. Ayra mengusutkan rambutnya. Habis serabai dibuatnya.
" Arghhh kusutnya kepala aku ! Tambah - tambah sejak mamat pendek tu muncul semula... "bentak Ayra. Dia mula merebahkan dirinya di atas katil. Aura mula mengiring ke kiri. Dia mencapai telefon bimbitnya.
Lock screen yang terpapar gambarnya bersama Nufael diusap kecil. Ayra mengeluh berat.
" Fael...betul ke awak ikhlas sayang dan cintakan saya ? " gumam Ayra perlahan. Sungguh dia agak sangsi dengan perasaan Nufael terhadap dirinya sekarang. Semuanya kerana kata - kata Arya.
POV ARYA.
Arya mula melangkah ke ruang bacaan yang tersedia di rumahnya. Beberapa buku sekolahnya dibawa bersama. Seketika dia mengambil tempat duduk di salah satu meja yang tersedia di ruang tersebut.
Buku latihan yang diberikan oleh beberapa miss dan sir di sekolah tadi mula dibukanya. Dia harus menyelesaikan itu semua. Seorang Arya memang selalu akan menyelesaikan kerja sekolahnya pada tepat waktu.
Namun baru beberapa soalan berjaya disiapkannya tiba - tiba dia didatangi oleh mamanya, Mahzeera.
" Ohhh anak mama dekat sini rupanya... "sapa Mahzeera yang entah dari mana munculnya.
Arya hanya memandang kosong ke arah mamanya itu. Seketika Mahzeera mula mengambil tempat di hadapan anak lelakinya.
" How school today ? " soal Mahzeera.
" Hmm not bad... " balas Arya acuh tak acuh. Dia mula memandang buku latihannya semula.
" Ermmm... Dah dapat kawan baru ? Ermm your fiance ? "
Arya mengeluh kecil. Dah agak dah ! Memang tu pun soalan yang akan ditanya oleh mamanya.
" I don't want to talk about her... Please... "balas Arya.
Mahzeera sedikit mendengus.
" Ingat eh Arya...Apa motif mama suruh Arya kahwin dengan Ayra... "pesan Mahzeera agak serious. Setelah itu dia mula bangun dan berlalu pergi.
Arya mengangkat wajahnya perlahan memandang langkah mamanya yang mula hilang disebalik pintu ruang bacaan itu.
" Gila... " desis hati Arya.
Dia mula menyambung semula membuat kerja sekolahnya. Hal lain dihapusnya seketika. Dia harus tetap fokus.
✿✿✿
Sesampainya Ayra hari ni di sekolah, dia langsung tercari - carikan Arya. Ada benda yang harus dia bincang dengan Arya sebelum masuk ke dalam kelas nanti.Panjang lehernya melirih ke kiri kanan mencari kelibat lelaki itu. Ish mana budak pendek ni ? Tak datang sekolah ke apa ?
" Cari apa tu sayang ? " tegur satu suara di belakangnya.
Ayra sedikit terkejut dengan kehadiran Nufael. Dia menoleh.
YOU ARE READING
My Sweet Mr. Short !
RomanceARYA | AYRA Dia seorang yang hampir sempurna. Namun seperti yang digambar hanya lah ' HAMPIR ' sempurna. Kenapa ? 155 cm. Itu ketinggiannya. Itu biasa bagi perempuan tapi tidak pada dia yang lelaki. Namun itu kenyataan yang harus diterima. " Walau...