09

304 33 9
                                    

Ayra mengenggam penumbuknya. Dareena ni memang eeeee ! Kurang ajar. Seketika Ayra ingin melangkah untuk memberikan sedikit pengajaran pada Dareena namun tiba - tiba....

Zap !

Belakang beg Ayra ditahan seseorang. Ayra toleh.

" Arya... "gumam perlahan Ayra.

" Hm duduk tempat Aya... Biar Aya yang duduk situ... " arah Arya.

Dareena tersentak kecil. Dia memandang tidak puas hati dengan layanan yang diberi oleh Arya jadinya.

Mendengarkan arahan Arya itu, Ayra pantas mengambil tempat duduk Arya. Dareena mengetap giginya menahan geram. Dia geram dengan tingkah laku Arya yang acah - acah sweet di hadapannya itu. Hmm sengaja lah tu nak sakit kan hati aku ?

Seketika Arya mula mengambil tempat duduk Ayra jadinya. Dia sempat memandang sinis ke arah Dareena. Puas hatinya melihat wajah masam Dareena saat itu. Hmm jangan ingat sesenang tu Arya nak biarkan Dareena sakitkan Ayra. Kau yang nak bermain sangat kan dengan aku Dareena ? Now aku ikut permainan kau !

Arya mula memadang sekilas Ayra. Pada masa yang sama Ayra juga memandangnya saat itu. Tanpa dipinta kenyitan mata dihadiahkan oleh Arya.

Ayra sedikit terkelu menerima kenyitan mata itu. Haih kenapa dengan aku ni ? Rasa lain macam kalau terima kenyitan mata macam tu daripada Arya. Dulu masa dengan Nufael tak rasa macam ni pun.

Beberapa minit selepas itu, guru matapelajaran bahasa inggeris mula masuk. Semua pelajar mula mengeluarkan buku masing - masing. Arya dan Ayra mula fokus pada pelajaran mereka.


Loceng rehat mula berkumandang. Semua pelajar mula menyimpan barang masing - masing dan bangun bergerak untuk ke cafeteria di sekolah mereka. Dareena sudah berlalu terlebih dahulu. Panas hati dan punggungnya selama di kelas melihat tingkah laku Arya kepada Ayra.

Arya juga sudah mula bangun hendak ke cafeteria. Namun tingkah lakunya terhenti apabila melihat Ayra yang masih duduk dan selamba aje lentokkan kepala dekat atas meja.

Langkah kaki Arya mula mengorak mendekati meja Ayra.

Tok.. Tok..

Meja Ayra diketuk kecil.

Ayra mula mengangkat kepalanya lalu memandang Arya.

" Tak rehat ke ? "soal Arya.

Ayra menggeleng lemah.

" Kenapa tak rehat ?"

" Malas... "

" Apa malas - malas ? Tak boleh.. Jom rehat... "ajak Arya seraya menarik pergelangan tangan Ayra yang berlapik. Tidak menantikan balasan kata daripada Ayra lagi.

Ayra terbangun jadinya. Dia mendengus kecil. Namun dia hanya akur mengikuti langkah Arya jadinya.

✿✿✿

Ayra hanya duduk di suatu tempat dan menunggu Arya yang belikan makanan untuk dirinya. Hmm dia nak beli sendiri tetapi tidak dibenarkan oleh Arya. Kenapa Arya terlalu menjaga dirinya hari ni ? Hmm rasa pelik pula.

Baru saja beberapa minit Ayra melabuhkan punggungnya di situ, tiba - tiba kedengaran beberapa suara sumbang mula mengata tentang dirinya di tempat duduk belakang.

" Hmm aku dengar kan yang si Ayra curang dengan Nufael.. "

" Haah lah weh. Dengar kata dia ada hubungan special dengan budak baru yang masuk kelas dia tu... "

Ayra mengetap bibirnya. Penumbuk juga digenggam erat. Sakit hati dan telinga nya mendengar segala kenyataan yang tidak benar itu. Kenapa aku pula yang dituduh curang sedangkan sebaliknya ?

 My Sweet Mr. Short ! Where stories live. Discover now