16

275 28 1
                                    


Malam itu Arya sudah sibuk menggosok baju sekolahnya. Esok sudah masanya untuk masuk belajar semula ke JIKJIN. Cuti 2 hari untuk perkahwinannya sudah habis. Kenapa sekejap sangat cuti ? Ni semua agar tidak terlalu ketara di sekolah. Nanti apa kata orang pula bila Arya dan Ayra cuti lama bersama - sama kan ?

Eh by the way takkan dia yang buat semuanya sendiri ? Pembantu rumah tak tolong uruskan ke ?

Tak.

Bagi prinsip Arya, dia tak suka kalau pakaiannya diuruskan oleh pembantu rumah. Lagi pula dia lebih puas hati apabila dia menggosoknya sendiri. Lagi pula memang dari kecil lagi dia sebegini. Mana Ayra ? Ayra kan dah jadi isterinya ? Kenapa tak suruh Ayra aje ?

Hmm tak nak, Arya masih acah merajuk dengan Ayra atas apa yang berlaku dekat rumah mamanya tadi. Penjelasan Ayra sejak balik tadi langsung tidak didengar oleh Arya. Dah kenapa kau nak merajuk bagai ni Arya ? Kau dah betul - betul tangkap cintan ke dengan Ayra ni ?

Tetiba kedengaran seseorang menapak masuk ke dalam bilik menggosok baju yang sedang didiami oleh Arya itu. Arya langsung tidak menoleh.

" Ermm Arya...aku nak..."

" Hmm kalau nak gosok baju...tunggu kejap...aku tak habis lagi..." pintas Arya tanpa ingin mendengarkan apa yang nak dikata oleh Ayra.

" Eh...tak sini...aku yang gosokkan baju kau..."kata Ayra mula mendekat dan cuba untuk merebut seterika yang ada dipegangan tangan Arya.

Arya sedikit terkejut dengan tindakan Ayra itu.

" Ish tak payah lah ! "bentak Arya seraya mula menarik kasar seterika tersebut.

Zapp !

" Aduh..." mengaduh Ayra apabila ada jarinya yang terkena tapak seterika yang panas itu.

" Ehh Ayra..." gelabah Arya jadinya. Dia meletakkan seterika terlebih dahulu.

Selepas itu dia mencapai jari Ayra yang sakit itu. Dibelek - belek kecilnya. Ayra sedikit tersentak dengan tindakan Arya.

" Sorry aku tak sengaja..."kata Arya risau sambil ditiup - tiup kecil jari Ayra yang sedikit mula merah itu.

Ayra mula blushing tiba - tiba melihat tindakan Arya yang kelihatan agak sweet di situ.

" Sikit aje lah ni...ermm kau marahkan aku lagi ke ? " kata Ayra mengambil kesempatan untuk memujuk Arya.

Tindakan Arya mula terhenti. Dia memandang ke arah Ayra. Pandangan mereka mula bertaut antara satu sama lain memandangkan Ayra juga tengah tengok Arya masa tu.

" Semua tu salah faham aje...abang Ariq tak sengaja terkejutkan aku daripada belakang. Aku terundur dan nak jatuh...tapi dia yang selamatkan aku...dan tak sengaja terpeluk aku...tu aje pun..."jujur Ayra menjelaskannya.

Arya hanya memandang Ayra tanpa berkelip mata. Lama kelamaan dia mengangguk perlahan.

" Yelah...aku tak merajuk pun lah...macam budak - budak aje nak merajuk bagai..." nafi Arya.

" Eleh yelah tu...hmm mana lah nak tahu kau jelous dengan abang kau sendiri ke ? " usik Ayra.

Glurp !

Arya tertelan liur sendiri. Hampir tersedak juga. Aku jelous ? Aku jelous untuk apa ?

" Dah lah...kau pergi masuk bilik sana...biar aku aje yang gosok baju kau..." putus Arya akhirnya menukar topik.

" Betul ni kau nak gosokkan baju aku juga ? "soal Ayra teruja. Hahaha ni yang best ni.

" Iya lah sayang..."kata Arya lagi.

 My Sweet Mr. Short ! Where stories live. Discover now