*Dissuggest baca chapter ni dgn lagu kt atas ni. Tq ❤*
Ayra melangkah dengan penuh malas sekali. Haish mamat pendek ni memang menyusahkan aku ! Nak balik dengan aku buat lah cara nak balik. Ni menghilang mengalahkan budak kecik !
Dah tak pasal - pasal buang masa aku nak kena cari dia bagai. Membebel punya pasal, tak sedar Ayra dah hampir sampai dekat kelasnya. Terjenguk - jenguk Ayra ke dalam kelas. Kelihatannya agak sunyi dan kosong saja. Ayra mendengus kecil. Haish mamat ni pergi mana ?
Seketika Ayra meneruskan lagi pencariannya. Kawasan kelasnya kelihatan agak sunyi disebabkan dah ramai pelajar yang balik. Hanya dirinya saja yang tercari - cari akan kelibat si Arya. Dia mula turun ke blok bawah.
Namun setibanya di suatu tempat, kedengaran suara orang tengah berborak. Ayra rasa macam familiar akan suara - suara tersebut. Maka dia mula mengintai sedikit.
Ayra mula mengintai disebalik dinding yang menghala ke arah datangnya suara orang yang berborak itu. Kelihatan ada dua orang pelajar iaitu perempuan dan lelaki. Pelajar perempuan memakai hoodie sambil kepalanya tertutup. Ayra tak dapat nak kesan sangat siapa pelajar perempuan tu. Namun dia sedikit tersentak apabila melihat wajah pelajar lelaki yang ada di situ.
" Fael ? "hatinya mula berbisik.
Ayra mula mencuri - curi dengar perbualan Nufael bersama pelajar perempuan itu.
" Sayang listen...you jangan lah macam ni... Jangan merajuk okay ? You tahu kan yang I cuma betul - betul sayangkan you sorang aje... "ucap Nufael. Sedikit sebanyak menyentakkan hati Ayra yang mendengarnya tika ini.
What ? Nufael curang dekat belakang aku ? Jadi ni ke yang dimaksudkan oleh Arya ?
" Habistu... How Ayra ? Takkan you tak ada langsung perasaan dekat dia ? You dah lama kan stay dengan dia ? " ucap perempuan di hadapan Nufael ketika itu yang masih membelakangi Ayra. Ayra seakan - akan mula tidak senang hati bila dia mendengar jelas suara pelajar perempuan itu. Takkan lah dia....
Nufael menggeleng.
" No.. I tak pernah sayangkan Ayra pun... You know right ? Apa motif I dengan dia ? I cuma sayangkan duit dia aje... "ucap Nufael.
Kprak ! 💔
Bagai nak luruh hati Ayra mendengar pengakuan yang dibuat oleh Nufael itu. Matanya mula berkaca.Kata - kata sayang Nufael tempoh hari mula datang silih berganti.
" Walau apa pun yang terjadi... Saya akan tetap usahakan hubungan kita ni... Saya takkan lepaskan awak Ayra... Even mama awak tak suka saya sekali pun.. Saya tetap akan cuba cari cara untuk buat mama awak suka saya.. Dan terima saya.. Awak jangan risau ehh.."
Seketika pelajar perempuan dihadapan Nufael mula menurunkan topi hoodie yang menutupi rambutnya sejak daripada tadi. Terlihat sepenuhnya pelajar perempuan itu. Namun kali ni, memang menitis air mata Ayra dibuatnya. Dia menekup mulutnya sendiri. Menahan esakannya sendiri.
Kenapa ?
" Betul ni you sayangkan I sorang aje kan ? "kata Dareena.
" Yes dear. Only you.. "kata Nufael seraya menarik Dareena ke dalam pelukannya.
Tergeleng - geleng kepala Ayra dalam diam menidakkan semua yang sedang terlayar di hadapan matanya. Ya Allah apa semua ni ? Selama ni diaorang permainkan aku ? Nufael tipu aku ? Dareena bestfriend aku sendiri curang dengan boyfriend aku ?
Zap !
Tangan Ayra ditarik pantas sehingga dia tertoleh ke belakang. Ayra sedikit tersentak melihat si gerangan yang menariknya itu.
YOU ARE READING
My Sweet Mr. Short !
RomanceARYA | AYRA Dia seorang yang hampir sempurna. Namun seperti yang digambar hanya lah ' HAMPIR ' sempurna. Kenapa ? 155 cm. Itu ketinggiannya. Itu biasa bagi perempuan tapi tidak pada dia yang lelaki. Namun itu kenyataan yang harus diterima. " Walau...