1: Nafas Baru

73 8 0
                                    

Seroja memandang segala kertas kerja di atas mejanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seroja memandang segala kertas kerja di atas mejanya. Lelah terasa melihat segala beban kerjanya yang bersepah di atas meja pejabat. Salah diri sendiri juga, sapa suruh minta kerja ni?

4 bulan sudah berlalu, segala keperitan dan kepedihan lalu Seroja makin lupa. Betullah kata orang, masa membuatkan kita sedar akan kehidupan yang jauh lebih panjang perjalanannya. Masa menutup segala luka dan membuka helaian baru dalam kehidupan. Namun dengan masa sahaja tidak cukup, diri juga perlu mencari ikhtiar untuk bangkit. Bangkit dari terus diselubungi rasa hiba. Bangkit dari menjadi manusia yang mundur.

Baru sahaja Seroja mahu memulakan kerjanya, pintu biliknya dibuka. Kalau pintu bilik dibuka tanpa salam tu, dah tahu dah siapa. Siapa lagi kalau bukan Puan Leha, manusia yang paling dibenci oleh Seroja. Ada sahaja yang Puan Leha ni tak puas hati dengan Seroja. Seroja duduk salah, berdiri salah. Entah-entah bernafas pun salah.

Seroja menarik nafas panjang. Kena siapkan mental kerana Seroja tahu ada sahaja kesalahannya yang bakal ditegur oleh Puan Leha.

Apa Puan Leha ni ingat Seroja takut sangat ke dengan dia? Nasib dia 10 kali ganda lagu tua dari Seroja, kalau tak dah lama kena backflip.

"Oi Seroja! Dari tadi aku terpekik panggil nama kau", bingit suara Puan Leha.

Punyalah bingit suara nenek kebayan ni sampaikan rakan sekerja Seroja yang lain turut mendongak untuk melihat adegan Seroja bakal dimarahi. Malu? Seroja dah lali. Kena marah depan bos pun pernah, setakat depan kawan sekerja ni apa hal la sangat.

"Ye Kak Leha. Seroja baru je habis meeting. Manalah Seroja dengar akak panggil", balas Seroja malas-malas.

Fokusnya langsung tiada di nenek kebayan tersebut, sebaliknya Seroja menyibukkan dirinya dengan skrin komputer. Sebenarnya tiada paparan pun di skrin komputer Seroja, tapi hentam sajalah. Bukannya nenek kebayan tu tahu pun!

Muka cemberut Puan Leha Seroja tilik sekejap saja. Seroja memang kuat membalas Puan Leha. Waktu bulan pertama dulu, Seroja masih boleh bertahan. Bila dah lama, naik tanduk syaitan Seroja. Apa Puan Leha ingat Seroja ni innocent sangat ke?

"Seroja, aku nak kau tengokkan patung dekat muzium harini. Bulan depan YB nak datang melawat muzium, kau pergilah tengok kalau-kalau ada patung yang rosak ke. Encik Ahmad suruh kau yang check".

Seroja gulingkan anak matanya. Sah-sah ni bukan kerja dia, ni kerja Kak Leha. Tiba-tiba nama Seroja pulak yang kena.

"Tapi, kak—"

"Takde tapi tapi. Encik Ahmad dah suruh kau kan. Takkan aku pulak yang kena pergi? Dah abis kau check, kau hantar laporan dekat aku", potong Kak Leha.

Belum sempat Seroja mahu menolak suruhan tersebut, Kak Leha terus berganjak keluar dari bilik Seroja. Dah macam kilat lajunya. Seroja tak sempat berkelip pun, dah hilang dah orang tua tu.

Hikayat Cinta MelakaWhere stories live. Discover now