6: Sultan Melaka

46 5 0
                                    

Telapak tangan yang berpeluh Seroja kesat di permukaan fabrik persalinan barunya. Memang menjadi kebiasaan untuk tangan Seroja berpeluh jika Seroja tidak sedap duduk. Sesekali, tangannya mengurut perlahan dadanya yang berombak kerana corak pernafasannya yang tidak teratur akibat gementar. 1001 perkara yang berlegar di benak fikirannya, namun satu pun tiada jalan penyelesaiannya lagi. Masakan dia nak senang duduk?

Baju dan seluar dari tempat kerjanya kini sudah bertukar dengan sepasang kebaya songket berbenang emas yang tersarung elok di badannya. Wangian ros yang dicalit di badannya pun langsung tidak menarik perhatian Seroja walaupun Seroja sangat meminati wangian ros. Malah, untuk melihat dirinya yang sudah dihias dengan cantik pun Seroja tidak mahu. Dia terlalu sibuk memikirkan nasibnya selepas ini.

Sudahlah dia menipu bahawa dia penilik masa depan. Kalau kantoi dia menipu, memang mati lah dia di tangan Tuah. Lagipun mustahil lah nak tilik masa depan, ingat dia Dr Stranger ke ada portal masa?

"Adinda..."

Lembut sahaja panggilan dayang yang ditugaskan menyiapkan Seroja sebelum menghadap Sultan.

Seroja tersentak. Matanya berpaut dengan mata dayang tersebut.

"Adinda tidak ingin melihat diri adinda di cermin?", soal dayang.

Seroja tersenyum kecil sebelum mengangguk perlahan. Perlahan, Seroja dipimpin dan dibawa mendekati cermin di hadapannya.

Seroja pandang kosong pantulannya di cermin. Cantik. Persalinan yang diberikan kepadanya memang cantik. Baju kebaya labuh yang memeluk susuk tubuhnya dengan sempurna dan dipadankan dengan kain kelubung tenun yang diletakkan kemas di atas kepalanya. Sekali imbas memang macam perempuan melayu terakhir.

"Cantik, terima kasih".

Seroja senyum kecil, tanda berterima kasih pada dayang yang menyiapkannya. Senyuman kecil Seroja dibalas semula dengan senyuman lebar oleh dayang. Namun selepas Seroja menayangkan senyuman kecil pada dayang, bibirnya kembali kendur, beriak kosong sahaja wajahnya.

Hanya satu yang bermain di fikirannya.

Nasibnya nanti.

Tanpa Seroja sedar, matanya mulai berair. Perlahan, mutiara air mata mengalir dari tubir mata dan jatuh ke pipinya. Dibiarkan sahaja tanpa dikesat air mata tersebut kerana Seroja sendiri tidak menyedari air matanya sudah mengalir. Kehadiran dayang di sisinya langsung Seroja tidak ambil peduli. Tidak kisah lagi tentang tanggapan dayang itu kepadanya.

"Adinda? Adinda baik-baik saja?", soal dayang itu, jelas terpancar wajahnya yang sedang beriak cuak.

Seroja menggeleng sekuat hati. Rasa takut menyelubungi dirinya. Dibawah hujung keris, nyawanya terletak. Takkanlah Seroja tidak takut? Dia hanya mahu pulang, mengapa satu per satu dia terpaksa hadapi?

Seroja mahu menyalahkan takdir. Apa motif dia dicampakkan ke sini? Adakah dia sudah gila? Bagaimana dia boleh memutarkan masa?

Ah, makin serabut Seroja dengan persoalan-persoalan ini.

Perlahan, dayang itu mendekati Seroja. Bahu Seroja dielus lembut dan air mata yang mengalir laju di pipi Seroja dilap dengan penuh berhati-hati, seolah Seroja sebuah patung porselin yang mahal harganya.

"Apa gerangan adinda?", tanya dayang.

"Saya Seroja. Seroja Puteh".

"Patik namanya Bahari. Patik dengar adinda Seroja bukan orang sini, bukan?"

Seroja mengangguk lagi.

Bahari tersenyum kecil. Elusan di pundak Seroja bergerak ke belakang badan Seroja. Pelukan ketat Bahari hadiahkan pada Seroja tanpa rasa canggung. Kuat pegangan Seroja pada Bahari, seolah Seroja memang memerlukan sokongan dari seorang yang dia percayai. Pelukan dari Bahari terasa ikhlas, malah terlalu ikhlas untuk dilepaskan oleh Seroja. Bahari juga membiarkan sahaja pundaknya dibasahi dengan air mata jernih Seroja.

Hikayat Cinta MelakaWhere stories live. Discover now