7: Gelanggang Pertempuran

44 6 2
                                    

Seroja mengipas badannya yang panas. Walaupun orang lain beriak bersahaja dan langsung tidak terkesan dengan kepanasan di gelanggang istana, namun Seroja dah macam cacing kepanasan. Punggungnya tak senang duduk, rasa macam terbakar pun ada. Mungkin sebab suhu di gelanggan istana yang membuatkan Seroja panas, tetapi sepasang anak mata helang milik Tuah yang menikam tajam dari ruangan hadapannya. Walaupun manusia di situ ramai, malah terlalu ramai hingga ada yang terpaksa duduk berhimpit, fokus Tuah langsung tidak berubah dari terus mengawasi gerak-geri Seroja.

Walaupun jarak antara Tuah dan Seroja jauh, masih Seroja dapat merasa anak mara helang itu memincing ke arahnya. Seroja langsung tidak membalas renungan itu, sebaliknya wajahnya dipaksa untuk beriak normal, seakan tidak terkesan dengan mata helang itu walaupun hampir seluruh bahagian organ dalamannya rasa nak pecah.

Tuah mungkin dapat membau keresahan dalam hati Seroja. Dia tahu gadis itu dalam keresahan. Penipuannya di hadapan baginda Sultan tadi terlalu jelas di hati kecil Tuah. Tidak mengapa, dia biarkan si gadis itu untuk membuktikan kesahihan ramalannya sebelum dia sendiri yang campur tangan.

Seroja ditempatkan bersama Bahari dan dayang-dayang yang lain , agak jauh dari pentas gelanggang tapi masih boleh dilihat dengan jelas. Dalam hati, Seroja hanya mampu berdoa bahawa tekaannya tepat. Kalau tak tepat, bersiap-sedialah jawabnya. Confirm kena tetak dengan Tuah. Telan air liur Seroja dibuatnya. Teringat pula penipuannya di balairung sebentar tadi.











"Buktikan pada beta bahawa kamu benar penilik masa depan", titah baginda Sultan.

Mendengar kata-kata Sultan, Seroja terdiam. Bibirnya tidak tahu ingin membuahkan apa-apa kata. Malah matanya hanya mampu memandang kosong pembesar-pembesar di keliling Sultan. Seulas bibir kering Seroja digigit perlahan, satu tabiat yang Seroja sering lakukan jika dia sedang tekun berfikir.

Dia tak tahu sama ada dia perlu meneruskan pembohongan ini ataupun mengaku sahaja. Kalau dia mengaku dia dari masa depan, lagi lah mereka anggap dia gila. Baru mengaku penilik masa depan pun dah kena anggap gila. Tapi kalau Seroja teruskan juga pembohongan ini, lagi nahas jawabnya. Buat kalau tekaannya salah, memang kena humban dalam penjara. Ringkasnya, apa-apa pilihan yang Seroja pilih mempunyai pengakhiran yang sama iaitu penjara. Tapi Seroja tetap memilih untuk meneruskan juga pembohongan ini.

Sekurang-kurangnya ada masa untuk dia cipta strategi sebab kalau nak tahu dia menipu atau tidak, mestilah kena tunggu peristiwa itu berlaku pada masa depan bukan?

Dalam Seroja diam, seorang pembesar yang duduk di sisi Sultan mengangkat tangan.

"Mengapa Tun Mamat?", Sultan menyoal.

Seroja seakan terpana. Wah, tak sangka Seroja tengah lihat Tun Mamat dengan mata kepalanya sendiri. Biar dalam saat genting ini sekalipun, Seroja masih sempat kagum.

Tun Mamat mengangkat ampun pada baginda sultan sebelum matanya bersabung dengan mata Seroja. Wajahnya sedikit sinis, memandang rendah pada Seroja. Baginya Seroja kelihatan seperti jenaka. Mana mungkin seorang manusia biasa boleh menilik masa hadapan?

"Tuanku, apa tuanku setuju jika kita dengar ramalan dari gadis ini berkaitan pertempuran wakil Demak dan Jebat? Adakah Demak akan memenangi perlawanan malam ini ataupun Jebat?"

Beberapa pembesar mengangguk tanda setuju. Seroja kerling ke arah Tuah. Nampaknya Tuah pun turut mengangguk dengan cadangan Tun Mamat.

Semua orang di balairung itu bersetuju kecuali seorang sahaja, sudah tentulah Seroja. Tetapi, Seroja tetap diam dan memaksa dirinya untuk turut mengangguk kononnya bersetuju padahal dia langsung tidak tahu apa-apa.

Hikayat Cinta MelakaWhere stories live. Discover now