Kain kelubung yang terletak kemas di atas kepalanya Seroja ramas dengan rasa tidak selesa apabila dua pasang anak mata jejaka Melayu itu jatuh padanya. Keberadaan dua orang pahlawan Melayu yang sedang menunggu keputusannya di atas kuda tunggangan mereka membuatkan dirinya resah. Dirinya rasa ingin menjerit dan menolak suruhan si Jebat tetapi entah mengapa dia diam membeku.
Matanya bergilir-gilir memandang antara Jebat dan Tuah. Jebat dengan wajah terujanya manakala Tuah dengan wajah seriusnya seperti biasa.
"Ayuh cepat, Seroja. Naiklah bersama Tuah", ujar Jebat.
Aiii, si Jebat ni memang meminta untuk kena tampar.
Seroja menggigit bibirnya kuat. Ya Allah, kenapalah si Jebat ni tak reti nak faham?
Ah lantaklah, lagi cepat dia naik, lagi cepat momen ini berlalu. Laju Seroja menapak ke arah tubuh sasa Gagah. Tertelan air liurnya apabila melihat ketinggian tubuh Gagah yang jauh lebih tinggi darinya. Ligat otaknya memikirkan cara ingin memanjat badan Gagah.
Tuah menggulingkan mata. Baginya, Seroja telah membuang masanya. Nasiblah kerana Jebat ada, ikutkan hati sudah lama Tuah tinggalkan sahaja si Seroja ini pulang berseorangan. Bukannya Seroja itu siapa-siapa untuknya.
Seroja mengerutkan dahinya. Kakinya diangkat untuk naik ke atas pelana kuda tapi gagal kerana kainnya yang ketat. Seroja cuba lagi sekali tapi gagal juga. Meluat lah macam ni!
Baru Seroja ingin mencuba memanjat buat kesekian kalinya, pergerakannya terhenti. Jebat menuruni kuda putihnya dan mendekati Seroja. Niatnya ingin membantu gadis itu memanjat kuda Tuah. Nak diharapkan Tuah, belum tentu Tuah akan tolong.
"Sini, biar patik tolong tuan hamba".
Ayat tersebut meluncur keluar dari bibir Jebat sambil tangannya dihulurkan agar dapat diraih oleh Seroja. Senyuman memagut hati wanita itu dia lekat di bibirnya. Hati Seroja bukan main berbunga-bunga, akhirnya si knight in the shining armor beraksi juga.
Sambil memekarnya bunga-bunga cinta dalam hati Seroja, tangannya turun dihulurkan untuk dibantu oleh Jebat. Sekali imbas macam sedang dilamar putera raja pun ada, lagilah buat Seroja menggeletis. Namun begitu, huluran Jebat tidak Seroja sambut. Masih ada rasa malu terhadap pahlawan Melaka di hadapannya ini.
"Takpelah, patik boleh naik sendiri".
Seroja menggaru lehernya yang tidak gatal. Senyuman kecil tanda maaf dia hadiahkan kepada Jebat.
"Tidak mengapalah, tuan hamba. Patik rela hati ingin membantu tuan hamba. Tidakkah sukar untuk tuan hamba memanjat kuda setinggi Gagah ini?"
"Eh, takpelah. Patik boleh naik sendiri. Cuma ambil masa sikit je".
"Tak sanggup patik lihat tuan hamba bersusah-payah sebegini. Biarlah patik tolong".
"Takpelah, patik bole—Ahhh!"
Kali ini, desakan Jebat hanya sempat Seroja balas separuh jalan. Secara tiba-tiba, Seroja terasa cengkaman kekar di bahagian pinggangnya sebelum tubuhnya diangkat tinggi. Baru dia sedar, punggungnya dilabuhkan di atas pelana kuda tanpa dia sendiri perasan.
Seroja terkedu. Begitu juga dengan Jebat. Segalanya berlaku sekelip mata. Jelas dia wajah Jebat terlihat terkejut.
Mata Seroja terkunci pada pergerakan Tuah yang kembali memanjat badan sasa Gagah setelah berjaya mengangkat Seroja naik ke atas pelana kuda miliknya.
" Patik tidak suka berbuang masa. Pulang sekarang ke istana, kau perlu berehat Jebat".
Tuah memecahkan keheningan.
Jebat pun menurut, dipanjat kuda putihnya. Tak ubah seperti pak turut Jebat dibuatnya.
Tidak menunggu lagi, kuda hitam itu pun bergerak laju dengan menapak sederas mungkin. Seroja yang terkejut dengan pergerakan tiba-tiba Gagah hampir terdorong ke belakang, nasib lah ada si Tuah. Sempat juga Seroja menggenggam baju melayu Tuah agar tidak jatuh tergolek. Pertama kali Seroja menunggang kuda, terasa macam atas roller coaster. Terhuyung-hayang macam nak terbang.
Dalam ketika itu pun Seroja belum dapat mencerna segala apa yang berlaku. Kelajuan kuda si Tuah yang sudah jauh meninggalkan kuda putih Jebat pun langsung tidak membantu. Deruan angin yang menampar kasar wajah Seroja cukup membuatkan Seroja lemas. Sudah berapa kali Seroja hampir nak terjatuh disebabkan dia duduk secara side saddle. Sebelah tangan kuat menggenggam baju melayu Tuah manakala sebelah tangan lagi menahan kain kelubungnya dari terbang mengikut angin. Genggaman pada baju melayu Tuah tidaklah begitu membantu kerana banyak kali juga Seroja hampir tertungging. Tunggu masa saja muka Seroja jatuh bersujud atas bumi. Sudahlah si Gagah ni bukan main tinggi. Kalau jatuh, mesti patah kaki.
Genggaman Seroja pada baju melayu Tuah dikuatkan lagi. Rasa macam nak tercabut dah baju melayu Tuah dibuatnya.
"Tuah, perlahan sikit boleh tak? Saya nak jatuh ni".
Tuah senyum sinis.
"Ini kan kuda patik. Gagah memang biasa berlari laju. Kalau tuan hamba mahu perlahan, carilah kuda yang lebih kecil".
Mata Seroja memincing ke arah Tuah. Apa dia ingat Seroja ni hadap sangat ke dekat kuda tua dia ni. Dia yang angkat Seroja naik atas kuda dia, bukannya Seroja yang nak.
"Eh eh. Awak ingat saya hamak sangat ke kat kuda awak ni? Viva saya laju lagi lah!"
Tuah mendecit.
"Bersyukurlah Gagah mahu membawa tuan hamba pulang ke istana. Kalau dituruti kata hati, ingin saja patik biarkan tuan hamba di tengah belantara. Entah apa si Jebat lihat pada tuan hamba, sehingga sanggup begini rupa".
"Bukannya saya yang nak naik. Awak yang angkat saya naik. Saya boleh lah jalan kaki balik, cuma Jebat yang tak kasi".
"Haih Jebat Jebat. Terlalu mudah mempercayai orang. Patik tidak pasti apa helah tuan hamba tapi patik kurang gemar dengan keputusan tuanku membiarkan entah siapa-siapa ke dalam istana".
"Keputusan tuanku bukan atas kehendak awak tau. Bukannya saya ada niat buruk pada tuanku. Tuanku hanya perlukan saya sebagai nujum, itu sahaja".
"Mungkin tuan hamba boleh menipu tuanku, tetapi menjadi tugas patik untuk memastikan tuanku tidak jatuh pada tangan pihak seperti tuan hamba..."
Tuah sambung.
"...kerana patik yakin tuan hamba tidak punya niat baik pada Melaka".
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Melaka
RomanceMencintai dan dicintai. Dengan rahsia dan kuasa cinta, masa tidak lagi mampu memutuskan dua atma yang bersatu atas lafaz cinta. Dua waktu zaman berbeza, namun satu rasa yang sama. " Fitrah kanda milik adinda selamanya, atma ini hanya berdegup dengan...