15: Puncak Gunung Ledang

56 7 7
                                    

"Sekecil burung kedidi,
adinda terbang ke hati kekanda".

Terpasung Tuah mendengar titah baginda sultan. Bibirnya dikemam menahan rasa pedih yang membunuh di dalam hati. Rasa pedih yang membunuh setiap saluran darahnya sehingga Tuah terkunci dalam dilema. Rasa pahit yang seolah menelan hempedu dia tepis tanpa endah. Setiap kali air muka si dia menyapa pandangan minda, setiap kali itu juga Tuah menyangkal perasaannya yang dia sendiri sedar sudah lama terbuku.

Ketebalan perasaan yang mampu membuatkan dia rasa bahagia itu tidak mengatasi ketaatannya pada Melaka. Apa sahaja dia sanggup lakukan demi melihat Melaka aman. Bahkan, tiada darah penghuni Melaka yang akan tumpah selagi Melaka berada dalam pengawasannya. Demi Melaka, dia hidup. Demi Melaka, dia berbakti.

Biarpun melihat si dia pergi dari pangkuannya.

Semua ini untuk bumi Melaka dan kemasyhurannya. Tiada yang bernafas di bumi Melaka tanpa titah Sultan. Betapa kecilnya dia untuk membantah malah menpertikaikan keputusan baginda diraja. Apa yang baginda titah, Tuah anggap sebagai kewajipan. Bahana ke atasnya jika selainnya berlaku.

Sayang, pegangan Tuah itu akhir sekali menjeratnya.

Kerana kini, dia berada betul-betul di kaki Gunung Ledang namun dengan hati yang memikul seberat-berat perasaan gundah-gulana dan rasa rindu yang terpaut sedia. Malah, mengetuai rombongan yang dia sendiri tahu bakal menjadi asbab si dia akan melontarkan kebencian yang mendalam terhadap Tuah.

Mudah untuk Tuah. Seberat mana sekali pun beban dalam hati terasa, Tuah masih Tuah. Tidak pernah sekali mengungkapkan perasaan sambil diselindungi wajah tembok tanpa riak rasa.

Tuah menarik nafas panjang. Dikerling rombongan pembesar yang setia di belakangnya dari tadi sedang duduk berehat setelah sekian lama berjalan dari istana Melaka. Tuah langsung tidak duduk, sebaliknya dia bermundar-mandir di kawasan tersebut sambil matanya hanya tertancap pada puncak Gunung Ledang dengan perasaan yang sukar dia ungkapkan.


















Gerak-geri Tuah diperhatikan oleh sepasang mata bundar milik Seroja. Dari tadi dia perhatikan Tuah hari ini, Tuah tampak tidak senang duduk. Bahkan bila seluruh ahli rombongan duduk berehat, Tuah tetap berdiri dan berjalan mengelilingi kawasan kaki Gunung Ledang.

Sesekali, Tuah menangkap anak mata Seroja yang memandang terus ke arahnya. Namun, tiada reaksi yang diberikan menandakan apa yang bermain dalam minda seorang Tuah ini jauh lebih membebankan daripada kewujudan Seroja pada waktu ini. Dari istana lagi, Tuah langsung tidak menuturkan apa-apa arahan ataupun kata-kata kosong. Dia hanya diam seribu bahasa, malah matanya hanya menunduk ke arah jalan sahaja.

Para pembesar pun tidak banyak bunyi. Semua hanya diam seolah membaca perasaan Tuah. Seroja yakin ada sesuatu yang berlaku pada Tuah yang Seroja tidak tahu.

Tapi itu bukan masalah utama Seroja.

Masalah utama Seroja ialah Gunung Ledang itu sendiri. Nak tercekik air liur Seroja bila melihat Gunung Ledang yang bukan main tinggi. Selaku manusia yang jarang melakukan aktiviti fizikal, Seroja rasa macam nak meraung. Mustahil dia nak panjat Gunung Ledang macam panjat tangga? Sudahlah ini zaman sebelum Gunung Ledang ada trek mendaki.

Pada waktu sebeginilah, Seroja menyesal mengaku dia boleh meramal masa. Dah tak pasal-pasal kena ikut. Katanya, sultan mahu Seroja ramal jawapan dan keinginan Gusti Puteri atas hajat baginda untuk memperisterikan Gusti Puteri. Tapi tak sangkalah sampai tahap Seroja pun kena ikut sama mendaki. Tak ke masalah.

Hikayat Cinta MelakaWhere stories live. Discover now