9: Jalan-jalan Cari Cinta

52 9 0
                                    

Bahari tersenyum lebar melihat Seroja dihadapannya. Di mata Bahari, Seroja kelihatan indah berias seperti wanita Melayu, manis berbaju kurung dan berkain kelubung. Fajar baru menyingsing, tetapi Bahari dan Seroja sudah selesai bersiap-siap untuk keluar. Bukan hendak kemanapun, cuma sekadar mahu pusing-pusing bandar Melaka atas titah baginda Sultan atas asbab menyambut kedatangan tetamu baru di istana iaitu Seroja lah orangnya. Sungguh, Seroja menerima kebaikan baginda Sultan dengan hati terbuka tetapi jauh di sudut hatinya, Seroja menyangka baginda Sultan terlalu mudah memberi percaya. Nasiblah Seroja ini bukan siapa-siapa.

Hanya dengan sebab Seroja 'meramal' kemenangan Jebat semalam, Seroja terus diterima sebagai tetamu di istana.

Apa-apa sahaja lah, sekurangnya ada juga tempat untuk Seroja berteduh.

"Sudah siap, Seroja?"

Seroja mengangguk.

"Sudah. Jom Bahari".

Kedua-dua anak gadis sunti itu pun berjalan ke arah bandaraya Melaka. Kata Bahari, dia mahu menjengah ke pasar pagi untuk membeli barang basah. Seroja ikutkan saja, lagipun bukannya dia tahu selok-belok di sini. Ke mana Bahari menuju, ke situ juga lah Seroja menuju.

Perjalanan ke pasar pagi memang sepatutnya tidak lama. Tetapi, banyak pula cabaran yang dihadapi Seroja. Antaranya kasut terompah tinggi yang sedang dipakainya. Sudahlah perjalanan ke pasar pagi perlu melalui jalan bukit yang curam, memang bergetar-getarlah kaki Seroja menapak. Seroja pun pelik bagaimana Bahari dengan selambernya boleh berjalan laju. Macam stiletto pun ada kasut terompah ini. Seroja mana pernah pakai stiletto. Paling hebat Seroja pernah pakai pun sekadar kasut wedges dengan tumit dua inci, itu pun untuk menghadiri temuduga.

"Bahari, jalan lah slow-slow sikit. Nak terpeleot dah saya nak kejar awak ni", Seroja merengek.

Bahari yang sudah jauh meninggalkan Seroja di hadapan berpaling dengan wajah berkerut.

"Slow-slow itu apa, Seroja?", soal Bahari.

"Slow-slow tu perlahan. Jalanlah perlahan sikit, nak tercabut dah kaki saya ni".

"Eh tak boleh lambat-lambat, Seroja. Nanti habislah barang basah. Ikan yang baru diangkat nelayan nanti habis semuanya".

Bahari kembali menapak semula. Seroja mulai redha, mustahil dia nak mengejar si Bahari yang laju kalah anak Cheetah. Tak pasal-pasal tergolek pula Seroja. Dah lah jalan curam.

"Ish menyesal aku ikut. Ini semua salah kau lah terompah! Kan dah kena tinggal", ngomel Seroja.

Nak marah tapi Bahari dah meluru ke depan. Terpaksalah marah diri sendiri.

Setelah berhempas-pulas hendak menapak ke pasar pagi, akhirnya Seroja sampai juga. Walaupun masih pagi lagi, ramai orang sudah berpusu-pusu ke pasar. Boleh dikatakan semua membawa bakul rotan berisi pelbagai keperluan dapur. Patutlah Bahari kelam-kabut nak ke pasar. Orang-orang di sini memang jenis ke pasar awal rupanya.

Riuh-rendah suasana di pasar walaupun masih pagi. Penjaja-penjaja menjerit-jerit memanggil pembeli untuk singgah ke kedai mereka. Di sebalik pasar, kanvas lautan biru menghiasi panorama mata. Di situ juga Seroja dapat lihat nelayan mengangkat hasil tangkapan dari perahu masing-masing untuk dijadikan bahan jualan. Satu suasana yang Seroja perasan ialah penjual-penjual di sini bukan terdiri daripada kaum Melayu semata-mata. Ada juga penjual Cina yang menjual tembikar dan porselain, penjual dari Arab yang menjual minyak wangi dan penjual dari India yang menjual rempah-ratus. Yang hebatnya, tidak kiralah apa pun latar belakang mereka, semuanya berinteraksi dalam bahasa Melayu seolah semua berbangsa Melayu.

Hebat betul bahasa Melayu pada ketika ini!

Satu per satu gerai Seroja lawati. Tiada niat pun hendak membeli sekadar mencuci mata. Bahari yang entah kemana Seroja tidak kisah. Baginya, barang-barang jualan di pasar ini ialah jauh lebih menarik. Lagipun kalau terpisah dengan Bahari sekalipun, nanti boleh sahaja mereka bertemu semula.

Gerai tembikar milik seorang pedagang Cina menjadi tujuan Seroja seterusnya. Cantik-cantik pula tembikar yang dijual. Mata Seroja tertancap pada sebuah pinggan porselain yang diukir dengan motif bunga Lotus ataupun dalam bahasa Melayunya dipanggil bunga Seroja. Mungkin sebab nama bunga tersebut sama dengan namanya, Seroja sangat terpikat dengan pinggan porselain tersebut. Bila dipegang, memang terasa betapa halusnya pembuatan porselain ini. Cantik!

Kalau Seroja ada duit, mesti dah lama Seroja beli. Boleh buat kenangan.

"Hai adik manis. Lu mahu ka itu pinggan? Manyak cantik ooo, baru datang dari Cina semalam".

Seroja sekadar menggeleng. Bukannya taknak, tapi duit takde masalahnya. Berat hati Seroja untuk menolak pinggan porselain itu, tapi lagi berat hatinya untuk membeli.

"Aiyo, manyak rugi ooo. Ini ada satu saja. Orang cantik belilah pinggan cantik", bodek penjual Cina itu.

Seroja tergelak kecil. Pujuk lah macam mana pun, dia tetap tak ada duit.

"Takpalah. Saya tak–"

Kata-kata Seroja tergantung dengan huluran pitih emas kepada si penjual Cina tersebut. Pinggan bermotif bunga Seroja itu kini bertukar tuan, dari pegangan kemas penjual Cina itu kepada genggaman tangan kekar yang tidak Seroja kenali.

Perlahan, pandangan mata Seroja berubah dari tangan kekar itu kepada wajah si penghulur yang manis tersenyum lebar.

"Jebat..."

Jebat masih kekal dengan senyumannya, langsung tidak menyedari bahawa wanita di hadapannya tengah cair macam aiskrim.

Kuat betul mamat ni. Badan berbalut pun masih ada kudrat nak berjalan-jalan.

"Ambillah. Hadiah patik untuk tetamu istana yang istimewa".

"Eh, tak perlulah begitu. Patik tak mahu susahkan tuan hamba".

Huluran pinggan porselain itu tidak Seroja sambut. Rasa bersalah ada, rasa terharu pun ada. Alahai, Jebat oi Jebat. Boleh gentleman lagi tak?

"Ambillah pemberian patik ini. Anggaplah sebagai hadiah".

Seroja mengulum senyuman lebar. Akhirnya, huluran pinggan porselain itu disambut juga oleh Seroja.

"Terima kasih ya, tuan hamba. Cantik betul pinggan ni".

"Sama-sama. Patik cuma rasakan bahawa pinggan itu berhak menjadi milik tuan hamba. Rugi jika pinggan ini tidak menjadi milik tuan hamba. Sama cantik sama padan".

Ya Allah, Seroja rasa macam nak meletup sekarang. Darah menyerbu ke wajah Seroja. Pipinya dari pucat berubah merah padma kerana malu. Jebat baru puji dia cantik, macam mana boleh tak malu ni!

Seroja beku seketika. Tak tahu mahu berikan reaksi apa. Yang dia tahu, hatinya tengah berbunga-bunga. Rasa macam seluruh dunia berwarna pelangi.

Jebat pula tergelak kecil melihat reaksi tunggul Seroja. Tak sangka dengan hanya sebaris pujian itu boleh membuat Seroja diam seribu bahasa. Pipi merona merah Seroja itu kelihatan comel dan cantik di mata Jebat, membuatkan dia geli hati melihat gelagat Seroja.

"Seroja, tuan hamba tidak apa-apa?"

Soalan menempa maut. Boleh pulak dia tanya macam tu lepas baru mengorat Seroja? Sengaja betul.

"E-Eh, patik tidak apa-apa. Patik termengelamun, teringat pula pada Bahari. Entah kemana dia pergi".

Tipu, Seroja bukannya teringat pada Bahari. Malah Seroja terlebih bahagia untuk mengingati Bahari yang lesap entah ke mana.

Jebat tertawa. Alahai, ketawa pun bunyi macam lagu. Macam mana ni?

"Oh, tuan hamba datang bersama Dayang Bahari rupanya. Patik ingatkan tuan hamba bersendirian. Baru patik berhasrat ingin menjadi teman tuan hamba buat seketika".

Seroja menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tak tahu nak respon apa. Akhirnya, Seroja diam sahaja. Buat-buat menilik pinggan porselain di tangannya.

"Seroja".

Seroja menganggak kepalanya menghadap Jebat semula. Keningnya dijungkitkan sedikit.

"Hmm?", balas Seroja.

"Jika tuan hamba tiada keberatan, sudikah tuan hamba ikut bersantap bersama?"

Hikayat Cinta MelakaWhere stories live. Discover now