2: Bumi Baru

52 9 0
                                    

"Seroja!"

Terhenjut badan Seroja apabila disergah dengan suara nyaring tepat di telinganya. Matanya yang dibuka mengejut memincing seketika kerana terik matahari yang menghala tepat ke kornea mata coklatnya.

Seroja mengambil masa untuk mengesan persekitaran sekelilingnya. Persekitaran rumah kampung beratap rumbia dan berdindingkan buluh hutan yang diikat bersama rotan. Normal kampung la.

Sekejap.

Kampung ?!

Terus segar kedua biji mata Seroja meliar di sekelilingnya. Sah, memang ini rumah kampung. Namun, itu tidak cukup mengejutkannya.

Apa yang mengejutkannya seorang Seroja Puteh ialah figura gadis muda berambut paras pinggang yang sedang berdiri di hadapannya sambil bercekak pinggang dan berwajah bengis kalah watak ibu tiri Cinderella. Sudahlah berwajah bengis, siap dengan pakej berbaju kebaya merah ketat yang melekat di lekuk tubuh gadis muda itu. Jika dilihat dengan lebih teliti, terdapat satu tahi lalat besar di hujung bibir gadis itu, tidaklah terlalu besar tapi boleh lah nak nampak kalau dilihat dengan mata kasar.

Seroja bingung dengan gadis berwajah bengis di hadapannya ini. Usha orang padat macam ada hutang pulak?

"Hoi Seroja! Aku sudah perintahkan kau angkat jemuran dari tadi lagi! Sekarang, hujan sudah turun. Sudah basah baju kebaya aku!", panjang leteran gadis berbaju kebaya merah itu.

Seroja memandangnya kosong.

Dia salah dengar ke apa? Kenapa kuno sangat bahasa perempuan bengis ni?

"Seroja! Kau dengar atau tidak!", sambung gadis itu lagi.

Seroja masih diam tidak berkutik, tak menjawab sepatah pun. Seroja mssih sibuk meliarkan matanya di sekeliling kawasan bilik yang kecil itu.

Mungkin geram dengan reaksi Seroja yang kelihatan bingung, lantas, gadis berwajah bengis itu menarik lengan Seroja lalu ditarik keluar dari biliknya tadi. Terbangun Seroja dari perbaringannya.

"Hoi, apa tarik-tarik ni? Cakap elok-elok tak boleh ke?", jerit Seroja.

Apa minah ni ingat dia je ke yang boleh tengking orang? Seroja pun boleh okay. Sudahlah tak kenal siapa, tiba-tiba tarik lengan orang. Sakit pulak tu.

Seroja memandang pelik gadis bengis di hadapannya ini. Entah mengapa, wajah gadis ini semakin memerah. Seroja tak pasti mengapa, tapi andaiannya mungkin kerana menahan amarah.

Ceh, dia ingat Seroja ni senang kena pijak ke? Apa dia ingat dia hebat ke?

Seroja mencebik.

"Sudah berani kau melawan aku!", gadis berkebaya merah itu mengherdik Seroja. Seroja diam tidak membalas. Bukan sebab tak tahu nak balas apa, tapi Seroja sendiri bingung dengan keadaan sekarang.

Siapa perempuan ini? Kenapa dia melayan Seroja dengan teruk? Seumur hidup Seroja, dia belum pernah bertemu gadis ini.  Tiba-tiba kena marah macam dah lama kenal.

Kenapa rasa macam Seroja berada dalam mimpi? Tapi jika mimpi, mengapa semuanya seperti realiti? Sakit dek cengkaman kuat wanita bengis itu pun Seroha dapat rasakan. Habis merah lengannya dikerjakan.

Baju kebaya merah yang masih basah dihayunkan di hadapan wajah Seroja dengan ganas. Terpercik air dari baju tersebut mengenai wajah Seroja dek baju kebaya berwarna biru gelap itu masih basah.

"Kau lihat ini, Seroja! Kebaya ini basah! Aku mahu pakai kebaya ini esok untuk bertemu anak Pak Deraman. Kau asyik beradu sahaja! Guruh kilat pun kau tidak hiraukan".

Seroja mendengar sahaja leteran gadis muda ini berbicara tentang baju kebayanya yang masih basah. Dalam hati, Seroja mencaci gadis tersebut. Keringkan je la dalam dryer, itu pun nak kena ajar ke. Tambahan pula sekarang banyak coin laundry, lagi senang.

Hikayat Cinta MelakaWhere stories live. Discover now