prolog

77 6 6
                                    

BAM!!

Seorang gadis yang berada di dalam dewan itu mengalihkan pandangannya kepada seorang gadis yang membuka pintu dewan latihan bola tampar dengan tergesa-gesa akibat terlambat menghadiri latihan tersebut.

"SORRY WEH!!! AKU LAMBAT!!!,
Huh...huh...huh penatnya."
Tercungap-cungap si gadis itu mencari nafas.

Gadis yang berada di dalam dewan itu memasang muka blur lalu hatinya berkata...

'lambat apakebenda nya, kau tak nampak ke aku sorang je kat sini buduh.'

"Mana yang lain??" Tanya si gadis kepada gadis yang berada di dalam dewan dengan muka yang keliru apabila hanya mereka berdua sahaja di dalam dewan tersebut.

"Hmmm?? Mana ada lambat. Latihan pukul 3 lah, ni baru pukul 2:30. Kau terlebih awal ada lah. Yang lain ada kat rumah lagi kut. Asal??" Tanya seorang gadis yang bernama Sirrah Dahlia selepas menjawab soalan sahabatnya itu.

"Sies arh kau, tadi si Adel mesej aku dia kata ada latihan pukul 2 harini. Aku ingat aku dah lambat dah tadi. Memang nak kena budak ni." Rungut gadis yang bernama Siti Nursyafiqah.

"Hmm pape je lah Siti oii, meh sini tolong aku pasang net ni lagi bagus daripada kau bebel sorang-sorang. Macam kau tak kenal dengan perangai kawan kita yang sorang tu. Nanti budak tu datang kau bebel lah sampai kering tekak kau tu." Ajak Sirrah.

"Hmm ye lah." Tak sporting arh Sirrah, dengar lah luahan hati kawanmu yinii."

Dengan malasnya Siti membantu Sirrah memasang net volleyball di dalam dewan untuk latihan hari ini.

Beberapa minit kemudian Sirrah bersuara untuk memecahkan kesunyian antara mereka berdua dengan menanyakan soalan kepada Siti.

"Siti, kau datang sini dengan motor kan??" Tanya Sirrah.

"Ye lah, kenap-"

BAM!!!

Belum sempat Siti menghabiskan ayatnya, bunyi pintu dewan dibuka secara mengejut membuatkan 2 orang sahabat tersebut tersentak. Muncul lah seorang gadis dan diikuti beberapa player volleyball yang lain.

"HYE JODOH!!!" Sapa gadis yang bernama Adelya Humayra dengan sopannya.

"Bukan lah, HYE BODOH!!! Tu baru betul." Jawab gadis yang berada di sebelah Adelya yang bernama Najiha Mysara dengan bangganya.

Ini lagi sopan.

"Haih, datang dah..." Keluh Siti dan Sirrah serentak.

"Kawan kau lah tu." Kata Siti kepada Sirrah.

"Eh, asal aku pulak. Kau arh."

Ha sudah, tak ngaku kawan pulak dah...

"Ha WAALAIKUMUSSALAM!!!" Jawab Siti kepada sahabat nya iaitu Adelya dan Najiha.

"Pfft-" Sirrah dan yang lain menahan tawa. Kan dah kene

"Pergh, deep siak kau Siti." Kata Adelya sambil memegang dadanya.

"Entah kau, rilek arh." Kata Najieha pula.

"Rilek tak rilek, asal kau bagitahu aku latihan ada pukul 2. Padahal pukul 3?? Tanya Siti kepada Adelya dengan suara yang ditahan.

VolleyballWhere stories live. Discover now