part 15

13 4 27
                                    


"Mana diorang ni."

Siti berjalan di dalam kedai kepunyaan Pak Wahab ingin mencari dua orang sahabatnya serta Syafiq.

"Iqa!!"

Panggilan dari seseorang berjaya membuat langkah Siti terjeda.

Termengah-mengah satu figura mengaturkan nafasnya lalu berhenti di sebelah Siti.

"Kejut aku, panggil macam nok gocoh."

"Hahah dok dok eh, aku panggil gitu sebab takut mung dok dengor. Mung buat nape sini?" Soalan yang terlebih bijak daripada Fairul diaju kepada Siti.

"Basuh pinggan." Jawab Siti sarkastik tanpa memandang wajah si jejaka.

"Nawok mung arh Iqa."

"Doh tu, aku mari sini nok beli arh. Soalan pun terlebih bijok."

"Maleh aku cakap dengan mung."

"Mung mari cakap dengan aku lu."

"Doh ye arh, tapi aku nok tanya soalan ke mung boleh dok?"

"Jangan soalan matematik doh arh."

"Serius eh aku tanya." Suara Fairul bertukar nada.

"Mung maroh ke aku agi ke?"

Raut wajah Siti bertukar tanpa riak. Suasan mula menjadi janggal apabila kata-kata Fairul sampai ke pendengaran Siti.

Syafiq yang melihat kakaknya bersama dengan Fairul mula tidak senang duduk. Dari tadi jejaka itu hanya memerhati kakaknya bersembang dengan lelaki bernama Fairul.

"Heh heh, jaga SOP lah. Mana boleh duduk dekat-dekat. Jarak 1 meter maa." Syafiq mencelah di antara Siti dan Fairul bagi menghilangkan suasana yang tidak berapa elok bagi mereka semua.

"Hah, siap dah ke? Yang lain mana?" Dua soalan diajukan kepada Syafiq.

"Dah, tiga ekor tu tengah melantak aiskrim depan kedai!" Ujar Syafiq dengan suara yang dinaikkan satu oktaf supaya 'tiga ekor' yang disebutnya dapat mendengar.

"Kitorang dengar lah bebal!" Adelya juga tidak mahu mengalah, suaranya juga dikuatkan.

"Ups, tersengaja lah!"

"Hish kau ni, bising lah. Malu orang tengok."

"Mana ada orang dalam kedai Pak Wahab ni. Kau tengok?" Syafiq memusingkan kepala kakaknya kekiri, kekanan, kedepan dan seterusnya kebelakang.

Dua beradik yang sedang asyik bertekak tidak menghiraukan kewujudan Fairul yang berdiri tidak jauh daripada mereka.

"Jom lah budak, nanti lambat pulak nak round kampung ni. Aku malas nak dengar budak kat luar tu bising-bising." Telinga Syafiq ditarik Siti agar mengikuti langkahnya keluar dari kedai.

Siti melangkah meninggalkan Fairul yang masih lagi berdiri statik tanpa dia menjawab soalan dari jejaka itu.

"A-adeh, woii! Aku nak bayar kejap. Kang tak pasal-pasal Pak Wahab report polis kata aku ambik air tak bayar." Syafiq melepaskan tangan kakaknya yang berada di telinga miliknya.

"Hish, gi lah cepat." Badan Syafiq ditolak kasar oleh Siti.

Siti berjalan mendekati tiga orang sahabatnya yang sedang rancak berborak pasal apa tak tahu lah.

"Eh minah ni, main tolak-tolak pulak. Aku tolak masuk longkang baru tahu longkang tu tinggi ke rendah."

"Eh, macam salah je ayat aku? Hmmm patutlah BM kau tak dapat A bangang." Kutuk Syafiq kepada dirinya sendiri.

VolleyballWhere stories live. Discover now