part 5

18 2 29
                                    


"WOOUUU, APENIII TAKNAK TAKNAK!!! MAK ABAH, TENGOK NI!!"

Mimi hanya melihat abangnya yang terlebih over itu.

"Bising lah abang ni. Balik-balik dah bising, sakit telinga tahu tak dengar abang terpekik sana sini."

"Eh budak ni, suka hati aku lah. Kacau hidup kau ke budak."

"Memang lah kacau, kita duduk serumah kan. Abang ni buduh ke."

Setepek kau.

Jejaka itu baru sahaja ingin membalas kata-kata adiknya itu, tetapi satu suara membalas terlebih dahulu.

"Diamlah! Asyik-asyik gaduh. Bising tahu tak. Mak tidur kat atas tu." Siti bersuara bagi menghalang adik-adiknya mulakan perang mulut.

"Eh?!?! Kakakku sayang!!" Syafiq menghampiri Siti lalu melabuhkan duduknya di tepi Siti.

And yup!!! Syafiq merupakan adik kembar kepada Siti. Diorang adalah kembar tidak seiras. Ramai yang tidak mengetahui bahawa Siti mempunyai saudara kembar kerana wajah mereka yang tidak seiras. Hanya player  vb dan segelintir pelajar sahaja yang tahu mereka adalah kembar.

"Weyh kak, kau nak tahu tak??" Syafiq ingin memulakan perbualan bersama si kakak.

"Tahu ape?" Siti hanya melayan.

"Ada jiran baru pindah rumah sebelah kita ni kak." Kata Syafiq dengan bersungguh-sungguh.

"Dah tu? Nak suruh aku bentang karpet merah ke cane? Pastu tabur bunga macam tu?"

Syafiq menahan sabar apabila mendengar balasan minta kaki daripada si kakak.

Aku bagi kaki kang!!

"Betul lah Adel kata, kau ni memang spoil arh."

"Haih. Dah tu, apa tujuan kau bagi tahu aku ada jiran pindah sebelah ni."

"Ahah!! Kita ni sebagai jiran mithali harus menghantar lauk ke kuih ke apa ke sebagai salam perkenalan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara jiran. Kau tak tengok drama ke kak." Panjang lebar Syafiq menerangkan hujahnya kepada Siti.

"Ada ke scene macam tu dalam drama??" Tanya Siti.

"Entah, aku pun main hentam je. AHAHAHAHAH."

"Haih. Penat layan budak macam kau ni."

"Eh?? Excuse me sis. Kita sama umur okey, lewat 6 minit je. Kalau aku budak kau pun budak.

"Pape je lah budak."

"Kau memperbudakkan ak-"

"Apiq."

Ayat Syafiq terjeda apabila medengar suara Puan Syuhada memanggil namanya.

"Ye mak." Sahut Syafiq

Puan Syuhada menuruni anak tangga dengan berhati-hati lalu menuju ke arah anak-anaknya berada.

"Ayah kamu mana?"

"Ayah ada kat luar. Tengah sembang dengan jiran baru." Terang Syafiq.

"Ouh, bila diorang sampai?"

"Entah, orang pun tak tahu. Tadi masa orang balik, orang tengok dah ada kereta depan rumah tu. Mak pergi lah kat ayah sana, boleh sembang-sembang dengan jiran baru."

"Hah ye lah, mak nak pergi dekat ayah kamu kejap." Pamit Puan Syuhada.

"Okey mak." Balas mereka 3 beradik.

Setelah melihat ibunya keluar dari rumah, Siti mengajukan soalan kepada Syafiq.

"Eh Apiq, aku nak tanya kau satu benda boleh."

VolleyballWhere stories live. Discover now