part 17

12 3 14
                                    


Harith berjalan menghirup udara pagi di taman yang berdekatan dengan kawasan perumahan bersama dengan adiknya Hani.

"Abang." Panggil Hani.

"Ye?"

"Dekat sekolah baru tu, Hani tak ramai kawan lah." Luah Hani.

"Aik? Takkan seorang pun takde?"

Hani berfikir sejenak.

"Hah! Ada-ada. Nama dia Mimi tak silap, dia baik. Dia orang first tegur Hani. Hani suka kawan dengan dia. Dia kata dia ada abang dekat sekolah tu. Abang kenal?" Soal Hani.


"Haaccumm!" Bersin Mimi.

"Woih, terkejut aku." Syafiq mengurut dada bagi menghilangkan terkejut.

"Siapa pulak petik nama aku ni." Mimi menggosok hidungnya.


"Abang? Form berapa abang dia?" Tanya Harith.

Hani menunjukkan 5 jari kepada Harith.

"Lima?"

"Haah."

"Hmmm entah lah, tak kenal kut." Harith melabuhkan punggungnya di bangku yang berhampiran seraya memalingkan wajahnya ke hadapan melihat beberapa orang sedang melakukan aktiviti mereka sendiri.

Ting!
Ting!

Bunyi Notification dari handphone milik Harith menyentak Hani. Harith masih lagi leka memerhati persekitaran.

"Abang." Panggil Hani

Tiada balasan daripada Harith.

"Abang." Panggilan kedua masih lagi tidak disahut.

"Muhammad Harith Mikael bin Hanafi!"

"Y-ya, saya?!" Hampir luruh jantung dibuatnya apabila jeritan nyaring milik adiknya masuk ke dalam salur penderangannya.

"Awak ni dah kenapa? Abang awak ni belum pekak lagi tahu tak?"

Hani menjengil mata memandang abangnya.

"Tu, telefon tu duk berbunyi dari tadi. Takkan tak dengar, jauh sangat termenungnya tu. Fikir apa? Girlfriend eh." Teka Hani.

"Eh, memandai je. Siapa lah yang nak dekat abang awak yang hensem ni." Ujar Harith. Terselit pujian untuk dirinya.

"Eh, macam lain je." Pelik Hani

Harith memandang skrin telefon yang kini memaparkan mesej daripada nombor yang tidak dikenali.

012-3******

Harith Mikael...

Kau budak lelaki tu kan.


Kening Harith berkerut membaca mesej tersebut.

"Ni siapa pulak yang tanya soalan kbat ni? Terang-terang nama aku tu identiti lelaki. Takkan perempuan pulak kut. Kau ingat aku sajat." Perlahan suara Harith membebel terhadap mesej yang dibacanya.

"Hah, apa abang cakap?"

"Tak ada apa. Jom balik." Ajak Harith.

"Alah, nak balik dah. Hmm jom lah. Esok datang lagi eh." Pinta Hani dengan muka yang berharap.

Melihat sahaja anggukan dari si abang, Hani terlompat keterujaan.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Team VBVH

Cikgu Yana
Assalamualaikum guys

Saya nak bagitahu, naik cuti nanti, kita ada friendly match dengan beberapa buah pasukan dari sekolah lain.

VolleyballWhere stories live. Discover now