part 9

13 4 29
                                    


5 Navy

"Sila memperkenalkan diri anda." Ujar Syafiq.

Harith memperbetulkan kotak suara miliknya sebelum memulakan pertuturan.

"Ekhem, nama diberi Muhammad Harith Mikael Bin Hanafi and you guys boleh panggil Harith or Mikael." Ujar Harith.

"Ok, hmm korang ada apa-apa nak tanya?" Tanya Syafiq kepada classmates- nya.

"Single or taken?" Tanya seorang pelajar perempuan bernama Ainul Mardhiya atau lebih mesra dikenali sebagai Dhiya.

"Or." Jawab Harith sepatah.

"Pfft-" Syafiq yang berada di sebelahnya menahan tawa dari pecah apatah lagi kesemua pelajar yang berada di dalam kelas tersebut juga menahan tawa mereka.

Ni kira kena reject cara halus ke acane.

"Erghh! Whatever." Ujar Dhiya dengan menyampah untuk cover perasaan malu yang menyelebungi diri.

"Kalau dah takde pape, kau cari lah sendiri tempat yang boleh kau duduk." Syafiq meninggalkan Harith lalu menuju ke tempat duduk yang berada di hadapan Naim bersebelahan dengan Haqeem.

Harith melangkah menuju ke group Syafiq dan bertanya...

"Aku duduk kat sini boleh? Aku tengok semua satu group 5 orang, group ni je 4 orang." Tanya Harith kepada mereka berempat.

"Duduk je lah, ambil meja kat belakang sana. Pastu letak kat sini." Kata Aireel apabila Syafiq tidak membalas pertanyaan Harith kerana jejaka tersebut telah selamat sampai ke alam mimpi.

Tch- pengawas yang bertanggungjawab lah konon, hampeh punya Syafiq. Kau tidur lam kelas, bertanggungjawab lah sangat.

Harith telah selesai meletakkan meja di kumpulan jejaka-jejaka tersebut.

"Hmmm nama korang apa?" Usai Harith melabuhkan duduknya, Harith memulakan perbualan dengan salam perkenalan.

"HAH!!!" Dengan secara tiba-tiba Syafiq mengangkat kepalanya dan menepuk meja secara mengejut seusai mendengar Harith bertanya kepada mereka bertiga.

"Apebende siot, nasib tak menyembur." Ujar Haqeem sambil mengelap mulutnya yang baru sahaja selesai meminum air.

"Entahnya mamat ni." Sambung Aireel.

"Aku ingat kau tidur hanat." Sambung Naim pula.

"Heheheh, kau tanya nama diorang kan tadi." Tanya Syafiq kepada Harith yang masih terkejut dek jeritan Syafiq sebentar tadi.

Harith hanya menjatuhkan kepala bagi balasan pertanyaan Syafiq.

"Mueheheheh, ok yang ni nama dia Naimah, sebelah dia tu pulak Aireen, yang tepi aku ni pulak Haqeemah, aku pulak Syafiqah. Selamat berkenalan abe Harith~ rawr~" Di akhir ayat, Syafiq mengecilkan suara garau miliknya untuk meniru suara perempuan.

Tetapi Syafiq tidak perasan yang 3 orang sahabatnya itu sedang menahan amarah yang menggelegak di dalam diri.

"Bila ketikanya pulak nama aku jadi Naimah ni."

"Siot arh mamat ni, nama aku best kot. Kau tukar nama aku jadi Aireen, tak macho arh ceni."

"Haqeemah kepala hotak kau."

Nah kau, 3 orang sekaligus. Rasain loh Syafiq.

"Halah, orang tolong kenalkan pun salah ke hah?"

"Salah tu tak salah, tapi..." Percakapan Naim terjeda sebelum...

VolleyballWhere stories live. Discover now