Bunyi yang terhasil daripada telefon pintar Siti berjaya membuatkan Siti mencelikkan mata dari lena."Aduh, siapa pulak yang call pagi-pagi buta ni." Ujar Siti dalam mamai.
Nama kenalan yang terpapar di skrin telefon dibaca.
"Hah, hello!" Jerit satu suara dari corong telefon.
"Hmmm, assalamualaikum." Ujar Siti dengan suara yang baru bangun dari tidur.
"Kau baru bangun!?" Si pemanggil menjerit lagi.
"Hey hey, jawab salam dulu. Pagi-pagi buta dah memekak."
"Ye lah, waalaikumussalam warahmatullahi taala wabarakaaaatuhh. Puas hati?"
"Hah, kan bagus tu. Sejuk sikit telinga yang mendengar ni hah. Ni tak, tiba-tiba dah jerit. Sakit telinga aku."
"Whatever."
"Hah kau, pagi-pagi buta call aku ni pehal? Kacau orang tidur je." Siti bertanya tujuan si pemanggil menelefon dirinya.
"Pagi buta abah kau, dah pukul 9:30 pagi, matahari dah terpacak kat atas tu kau tahu tak?!" Marah khaireen
"Ye ke? Tapi kat sini baru pukul 7." Seloroh Siti.
"Kau ingat kau bercuti luar negara ke hanat?"
"Ouh, tak eh?."
"Nasib kau jauh je sekarang ni, kalau tak memang aku lempang hidung kau."
"Uuuu takutnya."
"Bab-, eii kau ni."
"Jangan marah, nanti berkedut. By the way an, anak-anak aku macam mana? Sihat??"
Siti mengubah posisi meniarap kepada bersila.
"Alhamdulillah, masih berjalan dengan empat kaki."
"Hotak kau!"
"AHAHAHAHAH, gurau je kak. Kucing kau elok je tu hah duk menggatai dengan kucing siapa tah." Ujar Khaireen.
"Kau ada dekat rumah aku ke sekarang ni?" Soal Siti
"Eh tak lah, aku ada dekat rumah jodoh aku, hantar rombongan meminang." Khaireen berloyar buruk dengan sahabatnya
"Elok-elok lah giler!"
"Alah, iyee aku ada dekat rumah kau lah ni."
"Bagus lah kau ni, mesti amirul berkenan kan sebab rajin." Sakat Siti
"Hish, budu arh kau."
"Elelelele, padahal suka kan? Kan?"
"Ni aku call kau sebab mak aku nak tumpang kirim keropok. Macam biasa, kau balik nanti mak aku bayar. Bye!! Muah!!"
tuttt....
Panggilan ditamatkan oleh Khaireen selepas memberitahu tujuannya menelefon Siti.
Siti memandang skrin telefonnya yang gelap.
"Aik? End call macam tu je?"
Siti menggeliat kecil.
"Sambung tidur pun sodap ni."
Siti merebahkan badannya kembali. Mata yang kian tertutup kembali cerah apabila mendengar seseorang memanggil dirinya.
"Kakak!!!"
"Coming!!" Segera Siti bangkit dari pembaringan apabila mendengar Puan Syuhada menyeru namanya.
"Tu dia, awal kau bangun harini kak." Syafiq yang sedang makan nasi dagang buatan Tok Som menyapa kakaknya apabila melihat Siti melangkah masuk ke dapur.
YOU ARE READING
Volleyball
Teen Fiction"NEVER GIVE UP" Itulah slogan yang dipegang oleh seorang gadis yang bernama Siti Nursyafiqah dari Sekolah Rendah. Mengisahkan seorang gadis iaitu player volleyball daripada sekolah rendah sehingga Sekolah Menengah. Ketika berada di sekolah menengah...