Khaireen berjalan ke sana ke sini sambil menjenguk ke pintu dewan seperti menunggu seseorang.Najiha yang melihat gadis tersebut tidak berhenti berulang-alik di hadapannya mula berasa rimas.
"Kau ni dah kenapa senah, tak reti duduk diam ke? Bikin kepala pusing maa." Tangan Khaireen ditarik untuk duduk disebelahnya.
Tetapi, tindakan itu tidak dapat hentikan matanya melilau melihat sekeliling.
Najiha memegang wajah Khaireen dengan kedua-dua belah tangannya untuk menghentikan perilakunya.
"Lihatlah mataku yang cantik ini wahai manusia. Ku pasti kau akan terpukau. Muahahahahah."
Tangan Najiha ditepis Khaireen
"Heh, tak terpukau pun lah. Lain lah kalau scandal kau yang tengok." Ujar Khaireen.
"Huh? Yang mana satu? Sorry to say lah, aku ada ramai scandal kat sekolah ni. Uhuk!" Batuk dibuat-buat Najiha.
"Eh lupa, alah yang 'F' tu." Khaireen memberi klu.
"Mana satu ek."
"Fa....h....rr-" mulut Khaireen dicekup Najiha.
"Ok, cukup. AHAHAHAHAHAH. Amende bongok, taknak aku dengan dia. Euww~ not may taste."
"Suka hati kau lah, aku nak pergi dekat Siti kejap." Pamit Khaireen sebelum meninggalkan Najiha.
"Sampai hati kau Khai tinggal aku sorang-sorang. Majuk arh ceni!" Najiha menarik muka.
"Hah aku panggil 'F' kejap suruh pujuk kau eh. Alolo sian dia."
"Babbi."
Khaireen meninggalkan Najiha dengan tawa yang keluar dari bibirnya.
"Haih, lambatnya." Khaireen mendekati Siti yang sedang berbual dengan si kembarnya.
"Wey-"
"Sorry lambat." Suara seorang jejaka tinggi lampai berada di muka pintu dewan mematikan pergerakan seorang gadis bernama Nurul Khaireen.
"Weyh, Mirul! Lama dho tak jumpa kau." Kelibat Syafiq terus mendekati jejaka yang bernama Amirul Aakif merangkap seorang manager untuk team lelaki.
Amirul hanya senyum segaris sebagai balasan dan mengambil tempat di bahagian lelaki bagi menunggu para guru bimbingan tiba di dewan.
"Yoww, lama tak nampak. Game kau macam mana? OK ke KO?" Sapa Naim diakhiri dengan persoalan.
"Game OK, sekolah kita dapat johan." Balas Amirul tenang dan bersahaja sambil matanya memandang buku bacaan yang berada di tanggannya.
"Power giler kau, depan-depan senyap je eh. Atas padang, fuh! Mantap." Puji Naim melambung.
Khaireen yang tidak jauh dari mereka memasang telinga mendengarkan perbualan mereka berdua.
'crush aku bila je tak power.' Getus hati Khaireen memuji Amirul.
"Weyh, siapa ni?" Soal Harith apabila dirinya mendekati Naim dan Amirul sedang berbual.
Di samping Naim menjadi tempat berlabuh Harith.
"Ouh, ni. Kalau kau nak tahu, ni lah manager kita. Kau ingat team perempuan je ke ada manager-manager ni, team kita pun ada lah. Handsome pulak tu, tapi aku lagi handsome." Sempat Naim memuji dirinya.
Harith hanya mengangguk faham.
"Harith." Tangan dihulur sebagai tanda perkenalan.
"Mirul." Amirul senyum segaris sebelum menyambut huluran tangan daripada Harith.
YOU ARE READING
Volleyball
Teen Fiction"NEVER GIVE UP" Itulah slogan yang dipegang oleh seorang gadis yang bernama Siti Nursyafiqah dari Sekolah Rendah. Mengisahkan seorang gadis iaitu player volleyball daripada sekolah rendah sehingga Sekolah Menengah. Ketika berada di sekolah menengah...