part 11

14 4 34
                                    


And...

Ekor!!

Siti sengih jahat kepada Syafiq. Siti memilih teamnya untuk servis dahulu.

"Ta ta~"

"Ish, geram pulak aku."

Mereka berdua masuk ke gelanggang permainan dimana lima player lain telah bersedia di position masing-masing.

"Siti, servis." Adelya memberikan bola kepada Siti. Siti menangkap cermat.

Bam!! Bam!!

"Ni yang aku tak suka ni." Suara Aireel memecahkan kesunyian di dalam dewan.

"Ready weyh. Harith." Panggil Syafiq lalu memalingkan wajahnya ke arah Harith.

"Good luck." Hanya itu pesanan Syafiq sebelum jejaka itu kembali focus kedepan.

Harith yang masih belum faham dengan situasi yang berlaku hanya menganggukkan kepala.

"Priitttt!!!!" Bunyi sahaja wisel yang ditiup oleh Khaireen...

"Nice serve!" Laung Sirrah

Siti menarik nafas terlebih dahulu sebelum melambungkan bola ke atas dan mencari target untuk memukul bola di sasaran yang tepat sebelum...

BAM!!!

Prriiitttt!!!

Harith terkesima.

Bola betul-betul jatuh di atas garisan gelanggang yang berada betul-betul di sisi Harith sekaligus wisel ditiup oleh Khaireen

"WOOUUUUU!!!!" Sorakan player memenuhi ruangan dewan apabila bola yang diservis pantas oleh Siti berjaya melepasi jaring.

"1-0!!" Lantang suara Khaireen bersuara.

Mimi segera menukarkan helaian score yang menunjukkan 1-0.

"Cantek arh Siti!" Najiha ber-high five bersama Siti.

"Heheh, biasa je."

"WOIH, MANA ACI!!" Jerit satu suara di sebelah sana.

"Apa??" Tanya Siti kepada adiknya Syafiq.

"Kasi can lah kat kitorang. Kalau kau servis macam tu selalu, baik kitorang tak payah main. Hmphh!!"

"Hek eleh mamat ni. Takkan nak main dengan lemah-lembut." Bidas Adelya.

"Aduhh, bukan macam tu Adelya. Kesian aku tengok si Harith ni, macam terkena kejutan budaya dah hah. Dah lah bola Siti tu betul-betul lalu tepi dia. Kau tak kesian ke kat dia?" Balas Naim bagi kata-kata Adelya.

Kesemua mata beralih ke arah Harith yang sedang berdiri canggung di tempatnya.

"Ha sudah, kau lah ni. Yang kau tuju bola kat dia tu kenapa? Dia baru masuk kot." Syafiq mula bertanya.

"Eh, aku pulak. Aku mana tahu bola tu nak pergi kat dia. Lagipun, dia kan pernah main volleyball kat sekolah lama dia. Peringkat negeri pulak tu."

Terkejut semua yang berada di situ setelah mendengar ayat yang meluncur keluar dari belahan bibir Siti.

Harith terkejut mendengar kata-kata gadis tersebut.

'macam mana dia tahu?' bisik hati Harith

"Sies arh kau Siti?" Musykil Adelya

"Iyee, kau tak caya ke?" Soalan dibalas soalan.

Adelya menggelengkan kepalanya sebagai balasan.

"Nanti lah aku cerita eh."

"Janji eh."

VolleyballWhere stories live. Discover now