part 20

23 4 45
                                    


"Mika! Dah siap ke belum? Dah lewat ni. Nanti diorang tunggu lama pulak." Bergema suara Puan Husna memanggil anak terunanya yang bersiap mengalahkan perempuan.

"Ye umi, Mika turun." Langkah kaki tertib menuruni anak tangga seraya menyisir rambutnya yang jatuh ke belakang.

Puan Husna melirik anaknya yang segak dengan kurta hitam yang tersarung kemas membaluti batang tubuh Harith Mikael.

"Kenapa umi tengok Mika macam tu? Ada apa-apa ke kat muka Mika?"

Belum sempat Puan Husna ingin bersuara, Harith terlebih dahulu menyambung ayatnya.

"Shh... Mika tahu kenapa. Umi nampak kehenseman dekat wajah mika kan? Kan?"

Puan Husna memandang Harith atas bawah.

Bombastic side eye
Criminal offensive
Side eye

"Amboi umi, tajam benor side eye orang."

"Eh, suka hati umi lah. Ni abi kamu mana, ya Allah kenapa lama sangat bersiap kaum adam dalam rumah ni. Yang kamu turun lambat tadi kenapa? Make-up?"

"Eh, apa umi fikir macam tu. Mika packing barang sikit tadi. Lusa dah nak bertolak." Jelas Harith sopan.

Puan Husna hanya mengangguk faham.

Kelihatan seorang lelaki yang masih tegap walaupun berusia dalam lingkungan 40-an menuruni tangga dengan laju.

"Sorry-sorry, abi lambat turun. Mari kita pergi." Bahu Puan Husna dipaut untuk berjalan beriringan bersama.

Harith dan Hani membontoti dari belakang sambil menjinjit buah tangan menuju ke rumah sebelah iaitu rumah Encik Saifullah.



°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°




"Ayah, ayah, ayah. Oooooo ayah." Encik Saifullah yang mendengar panggilan anaknya itu hanya membiarkan seperti angin lalu.

Melihat ayahnya yang tidak menghiraukan dirinya, dia mula berdehem membetulkan suara.

"Ayah. Saya, Muhammad Syafiq Safwan bin Saifullah. Berikrar dan berjanji. A-" 

"Kamu ni dah kenapa nak berikrar bagai apiq oii." Encik Saiful menepuk dahi dengan kelakuan anak terunanya seorang itu.

"Dah ayah tak nak dengar orang nak cakap apa." Ujar Syafiq seperti berjauh hati.

"Kamu nak cakap apa? Pastikan apa yang keluar dari mulut kamu tu bukan benda yang mengarut eh."

"Takde lah, kan lusa orang dengan akak nak bertolak. Astu orang kan sebagai anak yang paling disayangi di dalam rumah ni, just nak bagitahu kat ayah jangan rindu orang sud-"

Gelanggang wrestling kini dibuka.

Encik Saifullah kini mengunci pergerakan Syafiq dan menggeletek anaknya sehingga keluar air jernih dari tubir mata.

"Jangan nak perasan sangat. Kalau kamu tak ada kat rumah ni, lagi aman hidup." Kata Encik Saifullah seusai berhenti geletek Syafiq.

Nafas yang sedikit megah diatur kembali sedia kala.

"Aduh, penat. Hak alah ayah ni, nak manja-manja sikit un tak oleh."

"Ni manja, nak?" Penumbuk ditayang dihadapan Syafiq.

"Uuuuu garangnya ayah kita, rawr gitu. AHAHAHAHAHAH UHUK UHUK." Tersedak air liur dibuatnya apabila ralit ketawa dengan lawak hambarnya sendiri.

"A-air."

VolleyballWhere stories live. Discover now