part 6

19 4 12
                                    


"Mimi!!! Cepat lah. Kau nak pergi ke taknak ni!" Jerit Siti sambil menuruni tangga.

"Tadi aku suruh bersiap kau buat apa." Sambung si gadis itu lagi.

"Ye, orang turun lah ni. Asyik marah je kerja. Tak sakit ke tekak tu?" Ujar Mimi.

"Tak." Jawab Siti lalu menuju ke arah ibunya di ruang tamu.

"Mak, kakak pergi dulu. Mak nak kirim apa-apa tak?"

"Hmmm, mak rasa mak nak makan ayam madu lah. Boleh tolong beli."

"Boleh, tu je ke??"

Puan Syuhada hanya menjatuhkan kepala bagi menjawab pertanyaan anaknya itu.

"Ayah nak apa-apa tak?" Siti bertanya kepada ayahnya pula yang berada di sebelah ibunya.

Encik Saifullah meletakkan tangannya di dagu seperti berfikir.

"Ayah nak madu."

Siti memasang muka bingung selepas mendengar kata-kata ayahnya itu.

"Madu?? Tanya Siti dan Mimi serentak.

"Madu apa ayah? Madu lebah ke?" Tanya Siti.

"Madu untuk mak kamu lah, AHAHAHAHAH." Terbahak-bahak Encik Saifullah ketawa sebelum...

"Ark- Aduh!!" Encik Saifullah menggosok tempat yang terkena cubitan ketam si isteri

"Apadia abang, saya tak dengar lah apa abang cakap tadi. Boleh bagitahu sekali lagi hmm." Kata Puan Syuhada dengan senyuman yang dapat menaikkan bulu roma semua penghuni di dalam rumah tersebut.

"Err, bukan-bukan. Ayah kata ayah nak ayam madu, sama macam mak kamu lah ye. Hah macam tu, mak kamu ni. Dengar benda lain ni." Encik Saifullah tersenyum kerang busuk.

"Pfft-" Siti, Syafiq dan Mimi hanya menahan ketawa mereka dari pecah apabila melihat muka cuak ayah mereka.

"Hpmh, ye lah tu. Abang jangan macam-macam eh. Saya karate abang karang."

"Tak tak, abang sayang bidadari syurga abang yang sorang nii." Ujar Encik Saifullah lalu mencubit manja kedua-dua belah pipi Puan Syuhada.

Puan Syuhada tersenyum malu dengan layanan si suami.

Aikk?!? Tadi bukan marah ke??

"Ekhem!! Bersemut rumah ni karang." Ujar Syafiq apabila melihat kesawitan ibu dan ayahnya.

"Biarlah, kalau jealous cakap je lah." Balas si ayah.

"Apenii ayah, kasihanilah anakmu ini kerana single. Uhuhuhuhu."

"Tak kesian pun." Jawab si ayah sarkastik.

"Erk- gue nggak papa kok, serius nggak papa." Syafiq memegang dadanya seperti acah tersakiti.

"Acah arh mamat ni." Kata Siti.

"Entah nya, hempuk kang." Sambung Mimi.

"Eh, ada lagi dua orang ni. Ingatkan dah blah tadi. Pergi arh cepat, nanti habis kang makanan aku kirim tu."

"Nak pergi lah ni, tak hingin aku duduk kat sini lama-lama tengok muka seposen kau tu." Ujar Siti

"Shh- Aku tahu muka aku hensem, kau tak payah bagitahu pun aku dah tahu." Syafiq mengisi bakulnya dan mengangkat sendiri.

"Senyap arh abang. Menyampah lah dengar." Mimi bersuara setelah dari tadi mendiamkan diri.

"Asal aku pulak, kau arh diam. Ni mulut aku bukan mulut kau."

"Dah dah, kang aku sumbat kusyen ni dalam mulut sorang-sorang kang." Kata Siti.

"Kakak pergi dulu mak, ayah." Siti menyalam tangan si ibu dan ayah diikuti oleh Mimi.

VolleyballWhere stories live. Discover now